29 July 2011

Ramadhan Bakal Menjelang : Selamat Beribadat dan Semoga Beroleh Keampunan dari Ilahi


Assalamualaikum semua.. Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di serata dunia (tak tahu la pulak kalau ada yang tak perasan bulan puasa dah nak dekat ni!).

Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan ialah bulan suci yang telah dipilih oleh Allah untuk melimpahkan kepada semua hambaNya dengan rahmat dan kasih sayang. Tak lupa juga dibuka pintu-pintu Syurga, ditutupi pintu-pintu Neraka, dan dilebarkan pintu kemaafan dari Yang Maha Esa.


Terasa hiba bila Ramadhan kini menjelang, bukan kerana teringatkan kampung halaman yang belum dijengah, bukan kerana teringatkan sanak-saudara yang masih ada mahupun yang telah pergi, tetapi menginsafi diri, rohani jasmani, adakah ini Ramadhanku yang terakhir? Andainya YA, disusun 10 jari memohon ampun maaf dari anda semua, semoga kita bertemu lagi di Ramadhan tahun depan jika diizinkan Tuhan, insyaAllah.

Dengan 30 juzuk dari kalamullah Al-Kitab sebagai pemimpin hati, semoga diri ini menjadi insan kamil, yang memberi manfaat kepada anak watan, agama dan tanah air. Perjuangan menulis di sini akan diteruskan, selagi ada pembacanya biarpun seorang. Bulan keberkatan bulan keampunan buat semua, moga-moga kita tergolong dalam kalangan 'kumpulan yang sedikit'. Kerana yang menerima keampunan, redha, dan SYURGA dari Allah tidak ramai jumlahnya, sangat sedikit. Andai kita dalam golongan yang 'sedikit' itu, maka kita beroleh keberuntungan di akhirat kelak.

Salam Ramadhan. Penuhi Ramadhan dengan amal ibadat, jumpa lagi pada entri seterusnya.


28 July 2011

Sedikit Panduan Kepada Pemula


Salam semua. Kali ini Mr.Hac akan membincangkan serba sedikit panduan kepada para pemula (newbie) yang berminat dalam bidang hacking. Perlulah diketahui bahawa sebelum membaca atau mempelajari apa-apa tips, teknik ataupun trik, anda perlu tahu ada satu istilah yang disebut sebagai 'Hackers Mindset'. Anda boleh merujuk di sini untuk membaca serba sedikit mengenainya.






Kepada mereka yang ingin memulakan langkah untuk mempelajari 'seni' hacking, berikut Mr.Hac senaraikan beberapa panduan untuk anda.

  •  Jangan sesekali percaya kepada laman web yang mengenakan bayaran untuk perisian yang kononnya dapat menggodam atau sesiapa sahaja yang mendakwa akan membantu anda menggodam mana-mana e-mel yang anda mahu asalkan mereka dibayar. Anda berkemungkinan besar ditipu.
  • Setakat ini TIADA perisian yang dapat menggodam e-mel apatah lagi akaun FACEBOOK secara terus (direct) walaupun Chinaman Facebook Hacker mendakwa perisian/tools dari mereka boleh melakukannya, integriti perisian tersebut boleh diragui kerana Admin blog Chinaman Facebook Hacker memuat naik perisiannya ke dalam akaun Sharecash. Jika beliau takut perisian itu akan diedarkan secara tidak sah (leech) di akaun perkongsian fail yang lain, beliau sepatutnya mengenakan bayaran dan memberikan pautan muat turun hanya selepas bayaran dibuat. Tetapi dengan memuat naik ia ke Sharecash, biarpun terdapat 'survey' yang perlu dibuat sebelum dihalakan ke halaman pautan muat turun, ia dapat di-bypass dengan beberapa cara dan akhirnya perisian itu tetap dapat dimuat turun dan diedarkan secara tidak sah. Kemungkinan ia telah digabungkan bersama dengan trojan/keylogger adalah tinggi!
  • Sebaik-baiknya jangan gunakan perisian public/home keylogger yang diberikan secara percuma di mana-mana blog atau laman web. Kebiasaannya mereka yang mengedarkan perisian itu berniat jahat dengan menggabungkan (compile) perisian keylogger yang anda muat turun dengan perisian keylogger yang lain. Bahaya menanti anda.
  • Seboleh-bolehnya carilah masa untuk mempelajari pengaturcaraan (programming). Anda perlu ingat, sebuah perisian yang bagus tercipta oleh seorang pengaturcara yang hebat. Tetapi seorang pengaturcara yang hebat, tidak terhasil dari perisian yang bagus itu! Jika anda tidak mahu mempelajari pengaturcaraan, maka kebolehan anda akan terhad kepada kebolehan perisian yang anda gunakan.
  • Bersabarlah kerana ilmu itu tidak datang sekaligus dan anda boleh terus menjadi pandai. Tidak. Anda perlu berusaha mempelajari dan memahami setiap ilmu mengenai komputer dari asas sehingga lanjutan secara perlahan-lahan. Bak kata pepatah dalam filem Nur Kasih The Movie, "Empayar Rom tidak terbina dalam masa sehari!".. Ahaha! ^^


Fahamilah, penggodam itu bukanlah mereka rajin menggodam Facebook atau laman web, tetapi penggodam itu adalah mereka yang sangat mahir dalam ilmu komputer baik pengaturcaraan mahupun sekuriti (keselamatan). Sampai kita berjumpa lagi dalam entri seterusnya, InsyaAllah.



Cara Sign In Dua Akaun Gmail Serentak


Google telah menambah satu lagi fungsi menarik iaitu Multiple Sign-in untuk akaun Gmail. Secara teorinya, dahulu anda perlu log keluar dari akaun utama jika anda mahu menggunakan akaun Gmail yang lain. Namun sekarang, Google telah menambah Multiple Sign-in supaya anda tidak perlu berbuat begitu lagi dan dapat menggunakan dua akaun Gmail secara serentak. Rujuk -> Gmail Blog


Cara Sign In Dua Akaun Gmail Serentak


1. Pertama sekali anda pergi kepada google.com/accounts

2. Cari 'Multiple sign-in'. Klik Edit.


3. Klik pada On dan tandakan pada semua kotak.


4. Setelah itu anda cuba log masuk ke akaun Gmail anda yang lain (secondary) dengan klik pada 'Switch account'.


5. Pilih E-mel yang anda mahu.



Anda boleh semak senarai produk/perkhidmatan dari Google
yang menyokong Multiple sign-in di sini -> Products with multiple sign-in



27 July 2011

Apa Itu Steganography dan Cara Melakukannya?


Apa itu Steganography? Steganography mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Untuk senang faham, ia adalah satu seni dalam menyampaikan mesej yang tersembunyi. Perkataan Steganography berasal dari perkataan Greek iaitu 'steganos' dan 'graphein', yang bermaksud 'diselubungi' dan 'tulisan'. Oleh itu, Steganography ialah 'tulisan yang disembunyikan'. Ia termasuk dalam pelbagai kaedah komunikasi rahsia yang luas dengan menyembunyikan kewujudan mesej. Ia merujuk kepada sains komunikasi yang tidak dapat dilihat.

Untuk tutorial kali ini, Mr.Hac akan mengajar anda bagaimana cara untuk melakukan atau membuat Steganography secara MANUAL. Walaupun terdapat banyak perisian dan laman web yang menyediakan khidmat untuk membuat Steganography, adalah lebih baik Mr.Hac memberi sedikit tunjuk ajar cara manual supaya anda lebih faham proses kerjanya.


Cara Membuat Steganography Pada Gambar:

Benda yang kita perlukan untuk tutorial ini ialah sebuah gambar (apa-apa saiz, dimensi)
dan perisian WinRAR.
Gambar dalam tutorial ini Mr.Hac namakan sebagai IDM.jpg (sekadar contoh)


1. Buat satu folder baru. Namakan ia sebagai 'Cuba'.

2. Salin gambar (dalam kes ini IDM.jpg) ke dalam folder 'Cuba'.

3. Buat satu lagi folder baru dalam folder 'Cuba' itu tadi dan namakan ia sebagai 'IDM'.

4. Salin gambar tadi ke dalam folder 'IDM'. Klik kanan pada folder tersebut
dan pilih 'Add to archive...' atau Add to "IDM.rar"

5. Salin kod berikut dan namakan ia sebagai Mr.Hac.cmd (sekali-sekala nak glamer gak!)

@echo off
copy /b IDM.jpg+IDM.rar Mr.Hac.jpg
echo complete
pause
end




6. Sila fahamkan dalam kod itu tadi bahawa IDM.jpg ialah nama fail yang asal, IDM.rar ialah fail yang mahu disembunyikan dan Mr.Hac.jpg ialah nama fail baru (output) yang mengandungi kedua-dua fail asal dan yang disembunyikan.

7. Akhir sekali klik pada Mr.Hac.cmd, dan satu fail baru iaitu Mr.Hac.jpg akan terhasil.



8. Anda boleh membuka kembali fail Mr.Hac.jpg dengan menggunakan WinRAR dan anda akan dapat lihat fail asal yang berada dalam folder IDM.




9. Atau anda boleh menamakan semula fail Mr.Hac.jpg (Rename), dengan menamakan semula extension-nya kepada Mr.Hac.rar dan anda boleh extrak fail tersebut dengan menggunakan WinRAR.

10. Selesai tutorial kita hari ini!


Ini adalah salah satu contoh Steganography mudah (boleh ubahsuai ikut selera). Anda boleh Google sendiri perisian percuma untuk melakukannya, atau perkhidmatan dalam talian (online) yang menawarkannya.



Download Hacking Firefox E-Book


Download Hacking Firefox E-Book

Hacking Firefox ialah sebuah e-book yang mengajar pengguna pelayar web Firefox untuk mengubahsuai tampilan, prestasi, fungsi, dan konfigurasi. Selain itu ada juga diajarkan untuk and mencipta sendiri extension (Addon) yang anda mahukan. Lebih dari 400 mukasurat untuk anda baca dan fahamkan.

Antara isi kandungan Hacking Firefox:
  • Settings, content, and extension hacks
  • Hacking the interface and themes
  • Performance boosters
  • Anti-phishing and security hacks
  • Toolbar and status bar tweaks
  • Navigation, download, and search hacks
  • Hacks for common plugins
  • Extension and theme creation





Muat turun e-book Hacking Firefox:






26 July 2011

TeraCopy 2.2 Full vs ExtremeCopy Pro 2.0.5 Full With Serial


Download TeraCopy 2.2 Full dan ExtremeCopy Pro 2.0.5 Full With Serial/License Key

Kedua-dua perisian ini ialah perisian yang dapat membantu anda untuk menyalin (copy)
dan menampal (paste) fail dengan lebih pantas.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memasang perisian ini (pasang salah satu sahaja) pada komputer anda, dan apabila anda mahu melakukan kerja-kerja salin dan tampal (copy and paste) dokumen-dokumen, apatah lagi bersaiz besar, biarkan sahaja TeraCopy atau ExtremeCopy mengambil alih tugas ini dan menyalin fail dengan lebih pantas.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan TeraCopy atau ExtremeCopy sebagai default copier tetapi mahu menggunakannya sebagai backup, anda juga boleh menetapkannya pada setting.






Klik -> TeraCopy 2.2 Full With Serial

Klik -> ExtremeCopy Pro Edition v2.0.5 With License Key



Favorite by Mr.Hac? Emm.. TeraCopy kot.. Tapi anda boleh cuba sendiri satu-satu..



Cocoon : Addon Anonymous Web Browsing Terbaik


Entri ini adalah dikreditkan kepada Jomphp.com
Ia diolah mengikut gaya penulisan Mr.Hac. Silakan membaca.

Cocoon: Cocoon ialah Servis Proksi (Proxy Service) yang dijalankan pada pelayar web
melalui plugin (Addon) -> Rujuk Cocoon – Features
Pendek kata apa yang mampu dilakukan oleh pelayan proksi, ia mampu dilakukan oleh Cocoon. Setiap sambungan anda ke internet dienkrip, setiap sesi pelayaran internet anda menjadi lebih selamat.


Antara Ciri-Ciri Cocoon:

1. Mudah digunakan
2. Tidak perlu kepada pemasangan (Installation) yang rumit
3. Berkesan untuk bypass website yang kena block dengan mudah
4. Saiz kecil dan tidak melibatkan pemasangan pada komputer
(ia cuma Addon untuk Firefox, bukan perisian)
5. Pantas, kelajuan memuaskan
6. Menukar IP anda kepada IP dari US (boleh menonton Hulu.com tanpa sekatan)
7. Tidak menyimpan cookies dari pelayar kerana apabila Cocoon diaktifkan, pelayar anda akan bertukar ke mode 'Private Browsing' atau kata mudah 'Incognito Mode'.
8. Walaupun tidak menyimpan cookies, setiap akaun anda diselaraskan (synchronize) jadi anda tidak perlu mengingati setiap butir log masuk (nama pengguna dan kata laluan)
9. Melindungi pelayar sekaligus komputer anda dari ancaman virus dan PENGGODAM.


Cara Menggunakan Cocoon:

1. Daftar akaun Cocoon dengan percuma di sini -> getcocoon.com

2. Sila sahkan (verify) akaun anda di e-mel

3. Pasang (install) Addon Cocoon pada Firefox, restart, dan mula menggunakannya. (Terdapat arahan/panduan dengan jelas selepas pemasangan Addon Cocoon jadi anda tidak perlu bimbang)

4. Log masuk dengan akaun anda (E-mel dan kata laluan yang telah di-set oleh anda)

5. Seperti biasa jika anda berjaya membuka laman web yang disekat, buka laman What Is My IP Address? untuk memeriksa IP anda.



Kekurangan Cocoon? Mungkin bagi Mr.Hac, susah nak muat turun apa-apa dokumen/fail dari internet dan Mr.Hac belum dapat integrasikan ia dengan IDM. Itu sahaja buat masa ini. Tapi dari segi KESELAMATAN dan privasi, Cocoon sememangnya terbaik.

Mahu muat turun Addon Cocoon dan simpan dalam pendrive? Tiada masalah. Klik pada butang di bawah:




Mr.Hac : Nak buat servis VPN atau servis proksi sendiri lepas ni dengan nama COFFIN a.k.a KOFFIN.. Baru la cara.. Cocoon vs Coffin.. Ok tak? ahaha..^^

25 July 2011

RaptorVPN Kembali!


Setelah sekian lama RaptorVPN menutup akses ke pelayan OpenVPN mereka, hari ini Mr.Hac mencuba nasib dan ternyata RaptorVPN (OpenVPN) sudah dibuka kembali!
Sebelum ini mereka menutup akses OpenVPN kerana rutin penyelenggaraan.

Tapi kini anda sudah boleh kembali menggunakan servis OpenVPN RaptorVPN yang 100% percuma, dengan kelajuan muat turun dan muat naik yang maksimum serta boleh digabungkan bersama dengan OpenVPN Portable. Bagi mereka yang sukakan versi installer, maka anda boleh terus memasangnya pada komputer. Bagi mereka yang sukakan versi mudah alih pula, anda boleh gabungkannya bersama dengan OpenVPN Portable. Ikuti tutorial berikut.


Tutorial Menggunakan RaptorVPN Bersama Dengan OpenVPN Portable:

1. Log masuk di laman web RaptorVPN dengan menggunakan akaun RaptorVPN anda. Muat turun Client RaptorVPN yang baharu. (Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)




2. Klik kanan dan buka installer RaptorVPN dengan menggunakan WinRAR (Open with WinRAR). Anda boleh dapatkan WinRAR versi terbaru (4.01) di sini -> WinRAR 4.01 Full Crack
Atau anda juga boleh gunakan perisian Universal Extractor



3. Buka folder 'spotflux' dan ekstrak fail-fail mengikut gambar di bawah
(ca.crt, hostname.crt, hostname.key, SpotFlux.ovpn, SpotFlux-alt.ovpn, ta.key):



4. Sekiranya anda belum mempunyai OpenVPN Portable, anda boleh memuat turunnya
pada laman ini -> OpenVPN Portable


5. Salin (copy) dan letakkan fail-fail yang telah anda ekstrak tadi ke dalam direktori
OpenVPNPortable -> data -> config


6. Langkah seterusnya anda sudah boleh menggunakan RaptorVPN seperti biasa.


7. Klik pada fail exe OpenVPNPortable dan klik 'Connect'
(klik kanan dahulu pada ikon OpenVPNPortable yang berada di system tray, pilih 'SpotFlux' atau SpotFlux-alt' kemudian baru klik Connect)..


8. Masukkan nama pengguna (username) anda iaitu e-mail yang anda gunakan untuk mendaftar dengan RaptorVPN dan masukkan kata laluan (password) yang dihantar ke e-mail anda. Ambil perhatian, sila masukkan kata laluan servis, bukan kata laluan akaun RaptorVPN anda. Dua kata laluan ini berbeza. Anda boleh dapatkan kata laluan ini di dalam akaun RaptorVPN anda pada pautan 'My Emails' dan anda akan dapat lihat 'Your RaptorVPN Account Information and Setup Instructions'. Klik padanya dan satu tetingkap baru akan dibuka (Rujuk gambar).






9. Setelah anda masukkan nama pengguna serta kata laluan, tunggu sehingga sambungan VPN berjaya..


10. Setelah sambungan berjaya dilakukan, cuba buka browser anda..sekiranya anda boleh melayari internet tanpa sebarang masalah, anda boleh periksa alamat IP anda di sini -> What Is My IP Address?




Tingkatkan Prestasi Komputer Dengan SlimComputer


If you've ever gotten a new PC and it came loaded with promotional programs, toolbars, links to advertising or trial offers, then you know how frustrating these things can be. Community-powered feedback is the key to SlimComputer's state-of-the-art cleaning. In real time, SlimComputer assesses your new PC to identify programs, toolbars, and startup entries that users vote "optional". You can then use this data to decide what you want to keep on your computer - SlimComputer.


Ciri-Ciri SlimComputer:
  • Remove Trial Offers
  • Remove Toolbars
  • Remove Pre-loaded promotional software
  • Remove Ad Links
  • Disable unneeded services
  • Uninstaller

Tertarik dengan SlimComputer? ya. Mr.Hac juga begitu kerana ianya 100% percuma.
Kalau nak dibanding beza dengan perisian lain, anda boleh pertimbangkan untuk mengguna SlimComputer kerana ianya setanding dengan perisian berbayar yang lain (Uniblue Powersuite sebagai contoh). Lagi pula ia mempunyai Uninstaller, dan ini merupakan ciri tambah yang baik kepada SlimComputer. Anda juga boleh memasangnya dalam versi mudah alih (portable) setelah siap dipasang pada komputer.

P/S: Sekiranya anda terganggu dengan ciri 'Update', anda boleh memilih untuk tidak mengaktifkannya pada 'Settings'.





Mahu mencuba? Klik -> SlimComputer

Mahu versi mudah alih yang sudah siap? Klik pada butang di bawah:




Mediafire




Silakan mencuba.






24 July 2011

Cipta Kalkulator Mudah Dari Notepad


Salam semua.. Setelah beberapa hari Mr.Hac tak kemaskini entri, malam ni Mr.Hac tulis entri yang ringkas aje la.. Cukup untuk 'segarkan' mata yang mengantuk tu. Ye tak?
Lagipun selepas wujudnya Forum Hacker Malaysia, Mr.Hac semakin yakin ilmu seperti ini akan terus menjadi minat baru buat anak-anak Malaysia, Melayu khususnya. Jadi anda mempunyai lebih banyak rujukan sekiranya Mr.Hac tidak kemaskini entri sekalipun. Ok?

Cipta Kalkulator Mudah Dari Notepad

Idea ni datang masa sedang cuba mencongak di Netbook Mr.Hac ni. Memang ada kalkulator dari Windows tapi Mr.Hac tak mahu gunakannya. Tak cantik. Hehe.. Jom kita cuba buat sendiri!

Salin dan tampal (copy and paste) kod berikut ke dalam Notepad:

@echo off
title Nama Kalkulator
color 1f
:top
echo ---------------------------------------
echo Ayat Yang Anda Suka
echo ---------------------------------------
echo.
set /p udefine=
set /a udefine=%udefine%
echo.
echo = %udefine%
echo ---------------------------------------
pause
cls
echo Previous Answer: %udefine%
goto top
pause
exit


SIMPAN ia sebagai .bat, tukarkan ekstensi .txt kepada .bat (contoh: kalkulator.bat)
Apabila anda klik, hasilnya akan jadi seperti ini (contoh):




Selamat mencuba. Jumpa lagi. Assalamualaikum.


SUMBER/RUJUKAN: Instructables



22 July 2011

Google Memberi Amaran Jutaan Komputer Dijangkiti Virus


Google telah mula mengeluarkan amaran kepada pengguna Windows terdapat bentuk tertentu malware tempatan yang dikesan melalui aliran trafik rangkaian.

Kod berniat jahat tersebut bergerak melalui laman web yang mempromosikan 'penipuan', termasuk program-program sekuriti palsu. Mereka yang dijangkiti dengan virus itu akan diberi amaran dengan satu mesej muncul di bahagian atas carian yang dijalankan melalui Google. Firma carian itu menganggarkan bahawa lebih daripada dua juta orang telah terkena jangkitan.


Trafik Yang Dicuri : Google menemui sejumlah besar mesin yang dijangkiti ketika melakukan penyelenggaraan rutin ke atas pusat data. Ketika penyelenggaraan, pelayan Google akan ditutup (offline) dan ini bermakna trafik carian bagi kelompok mesin itu akan berkurangan.Bagaimanapun, Damian Menscher menulis di blog rasmi Google, mematikan satu kelompok tidak menghentikan semua trafik.

Siasatan mendedahkan bahawa trafik yang dihasilkan oleh virus mungkin dari satu juta komputer yang menjalankan Windows. Setakat ini, kata Google, mereka telah memberi amaran kepada beratus-ratus ribu pengguna dan menjangka akan memberitahu lebih ramai lagi.


Hacker Malaysia : Forum Pembelajaran Hacking Terbaru


Assalamualaikum semua. Setelah munculnya forum SILENT HACKERS, sekarang muncul pula sebuah lagi forum KHUSUS untuk para pemula mempelajari tips dan teknik-teknik menggodam (hacking) iaitu HACKER MALAYSIA!

Klik untuk paparan lebih besar



Forum ini mula dibuka secara rasmi pada 26 Jun 2011 (Tengok gambar tu. Mr.Hac sedang temuramah pengasasnya). Forum Hacker Malaysia diasaskan oleh individu yang menggelarkan dirinya sebagai UncleSHARK. Katanya, beliau mula tergerak hati untuk membuka Forum Hacker Malaysia selepas peristiwa serangan Anonymous Hackers. Beliau juga hanya tahu mengenai Forum Silent Hackers Malaysia (SH) selepas ada ahli forum yang bercerita mengenainya, bererti UncleSHARK bukanlah 'serpihan' ahli dari SH (hehe..propa ni). Bila ditanya harapannya untuk forum, beliau berharap agar kesemua ahlinya akan mengetahui erti sebenar 'godam' dan keselamatan IT, serta sesiapa sahaja yang pandai dalam bidang ini tidak menyalahgunakan ilmu yang diberikan.

Mahu daftar sebagai ahli? sila klik pada butang di bawah:

21 July 2011

Laman Sosial Anonymous, AnonPlus Digodam (Defaced)


Kumpulan penggodam Anonymous yang menyaksikan penangkapan ahli-ahli mereka pada Selasa lalu, menghadapi satu lagi tekanan dan tamparan hebat, apabila laman sosial mereka iaitu AnonPlus digodam dan diubah tampilannya (defaced).

Kumpulan itu telah mengumumkan awal minggu ini bahawa mereka baru memulakan AnonPlus selepas akaun 'Your Anon News' telah ditolak oleh rangkaian sosial baru Google, Google +, kerana melanggar piawaian laman.




Tidak banyak post yang telah dibuat. Tetapi pautan Web AnonPlus kini dihalakan (redirect) ke AnonSource Technologies, yang mana antara isi kandungannya mempermainkan logo serta slogan Anonymous.

Dengan penangkapan 16 orang dari beberapa buah negeri, serta penangkapan oleh Perkhidmatan Polis Metropolitan UK dan Agensi Polis Negara Belanda, boleh dikatakan para penggodam Anonymous berada di bawah tekanan. Berikut adalah apa yang dikatakan oleh salah seorang ahlinya kepada mereka yang mengubah tampilan tersebut:


You seriously think hacking one little site will stop a movement for free speech ? HOW DARE YOU challenge us by saying "How dare you rise against to the World" are you f-----g serious we are rising up against oppression!

Now before i go I want my loyal readers to know that "anon+" is still being made , it will be hosted for all to see very soon and i am sorry that there is so much ignorance still in our ranks. Once "anon+" is done we will be able to educate those who don't understand the fight or that they are replacing one oppressive regime for another. Thank you and you will see more of me very soon. I hope real anonymous members see how dumb it was to take down a site only calling for freedom of speech and hope for the world.


Sekutu Anonymous, LulzSec, mengubah tampilan laman web akhbar Rupert Murdoch, The Sun, dan Anonymous mengatakan mereka bertanggungjawab untuk serangan Penafian Perkhidmatan (DoS) yang menyebabkan kegagalan laman-laman berita Murdoch, termasuk The Times dan Sunday Times. Murdoch's News International terbabit dalam skandal penggodaman telefon yang telah menggegarkan Britain.

Anonymous meraih populariti atas serangan Penafian Perkhidmatan ke atas Visa dan MasterCard akhir tahun lepas. Serangan tersebut merupakan satu bentuk balas dendam kerana syarikat-syarikat itu menghentikan sumbangan dalam talian semasa kontroversi WikiLeaks, menyekat sumbangan kepada Bradley Manning.



Apa Itu Crack, Patch, Serial, Keygen?


Terdapat 4 cara untuk 'mengubahsuai' sesuatu fail dan menggunakannya dalam versi penuh (Full Version). Cara ini menjadikan sesuatu program yang kita gunakan itu tidak lagi disekat penggunaannya atas sebab versi percubaan sudah tamat dan sebagainya. Tujuan ia dibuat adalah untuk mengelakkan daripada program tersebut disalin semula dan diedarkan secara tidak sah. Namun apa jua dalam internet adalah tidak mustahil dilakukan dan ia boleh dilepasi (bypass) dengan 4 cara/tools iaitu:

  • Crack
  • Patch
  • Serial
  • Keygen


Penerangan:


Crack : Crack ialah fail dari program, yang istilah mudah fahamnya - 'pre-hacked' oleh para Crackers yang mahir. Biasanya crack merupakan fail .exe dari sesuatu program tetapi dalam versi yang telah diubahsuai. Ia juga boleh jadi fail DLL atau fail utama dari program (contohnya registry) yang digunakan untuk 'mendaftarkan dirinya' sendiri atau memeriksa status perisian secara atas talian. Fail yang telah diubahsuai (Cracked) biasanya tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Kelemahan untuk fail versi ini ialah ia boleh menjadi besar kerana ia merupakan versi ubahsuai sahaja dari versi yang asal. Apabila seseorang pengguna mengemaskini perisian, ia akan menyalin kembali (overwrite) fail crack tersebut dan ia akan kembali kepada keadaan asal. Perkara ini selalu berlaku untuk perisian IDM (sekadar contoh).

Patch: Patch lebih baik dari Crack. Ianya bersaiz lebih kecil dan biasanya mempunyai maklumat mengenai kegunaanya. Ia adalah satu program yang berasingan digunakan untuk perisian yang telah siap dipasang untuk membuat fail itu menjadi Crack (.exe, DLL). Dengan Patch, anda boleh membuat fail CRACK. Apabila anda klik pada fail Patch, kebiasaanya anda akan dapat melihat 'nama kumpulan' yang mengeluarkannya, Cracker yang telah membuatnya, maklumat tentang fail pada perisian yang akan di-crack dan lain-lain lagi.

Serial: Kebanyakan orang sudah tahu apa itu 'serial' @ 'serial number' dan bagaimana untuk menggunakannya (dalam bahasa melayunya 'nombor siri'). Lazimnya serial yang disediakan akan mendaftarkan program perisian dengan nama Cracker program tersebut atau laman web yang mengedarkannya. Adakalanya serial boleh digunakan dengan mana-mana maklumat (seperti nama anda), dan adakalanya ia telahpun ditetapkan (nama, e-mel, syarikat). Kelemahan terbesar kepada serial adalah istilah yang dipanggil 'blacklisting'. (Google 'what is serial blacklisting' jika anda tidak tahu makna istilah ini)

Keygen: Keygen adalah singkatan bagi 'Key Generator'. Keygen adalah penyelesaian terbaik kepada kaedah membuat crack pada perisian. Keygen membolehkan anda untuk menjana data pendaftaran yang betul untuk program menggunakan mana-mana maklumat anda seperti (nama, e-mel, syarikat) tanpa mengubah apa-apapun dalam program (sama dengan serial, tetapi selalunya hanya untuk anda). Ada masanya keygen akan menjana satu serial bagi anda untuk digunakan, dan ada masa yang lain ia mungkin menjana fail lesen yang perlu diimport ke dalam program. Keygen mempunyai pelbagai kegunaan lain. Untuk perisian yang memerlukan pengaktifan, seringkali keygen akan membolehkan anda untuk menggunakan kaedah 'Phone Activation'.

P/S: Banyak program yang memerlukan pengaktifan membolehkan anda berbuat demikian melalui Internet atau melalui telefon. Keygen hanya meniru apa yang dilakukan oleh orang di syarikat perisian untuk anda.

Sila ambil perhatian bahawa berkemungkinan setiap fail yang anda muat turun dari internet (Crack, Patch, Keygen) kerapkali mengandungi virus yang terdiri dari Trojan (biasanya keylogger) tetapi mungkin juga ia merupakan False Positive Alarm dari antivirus. Oleh itu sekiranya anda tidak pasti dengan apa yang telah anda muat turun, buat backup terlebih dahulu, dan kalau takut, jangan gunakannya, tambahan lagi sekiranya sekuriti komputer anda lemah! (antivirus tidak dikemaskini, atau tiada antivirus langsung kecuali anda 'Advance User'). Jika anda mahu menggunakannya juga, sila gunakan Sandboxie bersama.



SUMBER : Torrent Invites

Download Official Windows 7 ISO Direct Download Links


Download Official Windows 7 ISO Direct Download Links - Official 32-bit & 64-bit

Mr.Hac dengan pantas menaip entri ini setelah membaca khabar angin mengenai Windows 8 yang bakal keluar awal tahun depan..ya..khabar angin tersebut sudah lama tetapi pautan (links) yang Mr.Hac dapat ini baru je terjumpa (pautan ini juga dah lama!)

Sebelum Windows 7 menjadi sistem operasi yang dilupakan setelah munculnya Windows 8, lebih baik Mr.Hac sebarkan dulu pautan-pautan ini.

P/S: Boleh ke Windows 7 dilupakan sedangkan hampir kesemua pejabat kerajaan masih menggunakan Windows XP yang sudah sedekad lamanya! Tambahan pula bukan semua orang tahu menggunakan Windows 7!






Windows 7 Professional x64 (64-bit)

English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65805/X15-65805.iso

Windows 7 Professional x86 (32-bit)

English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65804/X15-65804.iso

Windows 7 Home Premium x64 (64-bit)

English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65733/X15-65733.iso

Windows 7 Home Premium x86 (32-bit)

English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65732/X15-65732.iso

Mr.Hac cuma dapat senaraikan sampai sini sahaja..
untuk melihat senarai yang lebih lengkap, anda boleh rujuk sini -> My Digital Life

Anda perlu tahu bahawa pautan ini datang dari sumber pelayan berkelajuan tinggi..Jadi jangan risau mengenai saiznya..Pasti akan cepat siap dimuat turun, melainkan kelajuan internet anda sememangnya perlahan..(itu ubatnya kena cari tempat yang laju atau kena langgan servis yang laju la..heh!)



 Sedikit Tips:

Anda boleh jadikan ISO yang telah dimuat turun (mana-mana ISO) sebagai All-In-One ISO dengan menggunakan -> eicfg_removal_utility.zip




Sebelum anda patch ISO yang anda pilih, buatlah backup terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati..gunakan eicfg removal utility untuk 'membuang' fail 'ei.cfg' dan dengan ini ISO anda akan berformat All-In-One..


Untuk merakam (burn) ISO kepada USB, gunakan Bootable USB yang telah dikompilasikan ini
(klik pada butang di bawah):



1. Mempunyai 3 pilihan dengan 3 folder
2. 1 untuk Win 7, 1 untuk Vista/XP, dan 1 untuk XP sahaja


Anda boleh crack Windows 7 ini dengan menggunakan -> Open 7 Activator

Nak lagi best? Gunakan OEM Branding ini untuk membuat ia kelihatan asli -> OEM Branding

Enjoy guys!




Penggodam Menyebar Khabar Angin Kematian Ketua Taliban


Taliban telah menjadi mangsa penyebaran berita palsu yang mengatakan khabar angin bahawa pemimpin mereka, Mullah Omar telah meninggal dunia berikutan serangan jantung.

Mesej teks palsu kelihatan disebarkan dari telefon yang digunakan oleh jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dan Qari Yousuf telah digunakan untuk menyebarkan khabar angin itu.

Mesej tersebut:

Spiritual Leader Mullah Mohammad Omar Mujahid has died. May Allah bless his soul.



Mujahid menafikan khabar angin itu dalam satu temu bual dengan Reuters: "Ini adalah kerja-kerja perisikan Amerika, dan kami akan membalas dendam terhadap pembekal rangkaian telefon" katanya, sambil menambah bahawa laman web Taliban telah disekat sejak 14 Julai.

SMS yang dihantar akibat telefon bimbit digodam (Spoofed Text Message) tidak bergantung kepada kerjasama dengan pembekal perkhidmatan rangkaian telefon tetapi adakah Mujahid akan peduli untuk mendengar hal ini? Sementara itu, Mullah Mohammed Omar telah bersembunyi sejak Oktober 2001 apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat meletakkan ganjaran USD 10 Juta (RM31 Juta) ke atas penangkapannya.



20 July 2011

Remaja Dituduh Atas Serangan Anonymous dan LulzSec


Seorang budak lelaki berusia 16 tahun ditangkap di London semalam di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer yang disyaki terlibat dalam serangan siber oleh kedua-dua kumpulan Anonymous dan LulzSec.

Beliau telah ditangkap di selatan London dan masih dalam tahanan di pusat balai polis London.


Gambar Hiasan


Unit pakar jenayah siber Scotland Yard bertindak dalam kerjasama dengan FBI, menahan 16 orang semalam.

Kesemua kecuali dua suspek rakyat Amerika telah didakwa kerana terlibat dalam serangan Penafian Perkhidmatan (Denial-of-Service attack) di laman web PayPal pada awal Disember, yang dilancarkan oleh Anonymous selepas firma pembayaran dalam talian menggantung akaun Wikileaks yang digunakan untuk mengutip derma dari orang awam.

14, termasuk 11 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 dan 42 tahun, ditahan di Alabama, Arizona, California, Colorado, District of Columbia, Florida, Massachusetts, Nevada, New Mexico dan Ohio.

Anonymous, yang menggelar diri mereka sebagai Hacktivist, melihat penggantungan itu sebagai satu serangan ke atas kebebasan internet dan PayPal disasarkan sebagai sebahagian daripada 'Operasi pembalasan dendam Assange' (Operation Avenge Assange). Mereka menggunakan perisian yang dipanggil Low Orbit Ion Cannon dan 'mengebom' laman web dengan trafik yang luar biasa dalam usaha untuk mengatasi pelayan (server) dan memaksa ia offline.

Tangkapan FBI adalah yang pertama di Amerika Syarikat sejak siasatan antarabangsa Anonymous dilancarkan pada tahun lepas. Siasatan telah diperluaskan kepada LulzSec, kumpulan politik yang lebih kecil dan kurang menyerlah; merupakan pecahan daripada Anonymous pada sejak April memulakan serangan siber besar-besaran dua bulan ke atas organisasi termasuk CIA dan SOCA.


Gambar Hiasan


Lebih daripada 60 orang yang didakwa dikaitkan dengan salah satu atau kedua-dua kumpulan ini kini telah ditahan di seluruh dunia, termasuk lapan di Britain. Scotland Yard's Police Central e-Crime Unit sebelum ini menahan lima individu pada bulan Januari, satu pada bulan April dan satu pada bulan Jun.

Dengan 14 tangkapan Anonymous pada hari ini, agen-agen persekutuan AS menahan seorang lelaki atas penglibatan serangan LulzSec di laman web keselamatan yang dikaitkan dengan FBI. Scott Matthew Arciszewski, 21, dituduh menggodam ke dalam laman web Tampa Bay InfraGard pada 21 Jun.

Beliau didakwa memuat naik tiga fail, mengiklankan pencerobohan di Twitter dan mengarahkan/menghalakan pelawat ke laman web yang berasingan mengandungi arahan tentang bagaimana untuk mengeksploitasi laman web Tampa InfraGard.

Pada masa yang LulzSec mengeluarkan kenyataan mendakwa ia dilakukan untuk mendedahkan penyelewengan oleh elemen industri keselamatan. Difahamkan bahawa Scotland Yard juga akan bercakap kepada remaja berusia 16 tahun yang ditangkap di London mengenai serangan ke atas InfraGard.

Pada akhir bulan Jun, selepas penangkapan anggota lain di Britain, LulzSec mengumumkan bahawa ia akan dibubar. Kumpulan ini walau bagaimanapun muncul kembali minggu ini, menuntut 'kredit' untuk menggodam laman web akhbar The Sun dan menerbitkan berita palsu mendakwa Rupert Murdoch telah mati.

Suspek Amerika Syarikat terakhir, Lance Moore yang berusia 21 tahun, dituduh atas kesalahan mencuri maklumat sulit mengenai pelan rangkaian mudah alih 4G dari syarikat gergasi telekomunikasi AT & T dan menyerahkan ia kepada Anonymous.


FBI Menahan Ahli Kumpulan Anonymous Atas Serangan DDoS


FBI nampaknya telah memeriksa beberapa rumah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada langkah penyiasatan yang lebih meluas ke atas kumpulan penggodam Anonymous dan menahan beberapa ahli-ahli yang disyaki.

Menurut The Wall Street Journal, FBI mencari individu remaja awal 20-an. Fox News melaporkan bahawa 30 hingga 40 waran geledah telah dikeluarkan dengan penahanan 16 orang di negeri termasuk Florida, New Jersey dan California. Jurucakap pejabat FBI San Francisco mengesahkan bahawa tindakan penguatkuasaan undang-undang sedang berjalan.

Pegawai-pegawai kerajaan memberitahu CBS News bahawa FBI telah melakukan lebih daripada satu dozen tangkapan sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas rangkaian Anonymous.




Untuk beberapa bulan, Anonymous telah memecah masuk pengkalan data beberapa syarikat dan organisasi kerajaan, termasuk Agensi Perisikan Pusat dan firma bioteknologi Monsanto, dalam kes ini mendedahkan beratus-ratus muka surat dokumen yang didakwa amalan perniagaan yang tidak beretika.

Selain itu mereka juga memecah masuk data firma perunding Booz Allen Hamilton dan membuang maklumat log masuk untuk 90000 tentera dan kakitangan kerajaan, termasuk Amerika Syarikat CENTCOM, SOCOM, Marine Corps, Air Force facilities, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Department of Homeland Security), Jabatan Negeri dan kontraktor sektor swasta.

Sebagai tindak balas kepada serangan mereka, Senator John McCain, R-ARIZ, meminta penubuhan jawatankuasa kecil baru yang memberi tumpuan kepada memeriksa pelanggaran data terhadap agensi-agensi persekutuan dan kontraktor, dengan matlamat ke arah memberitahu dan melaksanakan pelbagai draf undang-undang keselamatan siber.

Juga pada bulan Julai, Jabatan Pertahanan (US) dengan rasminya melancarkan strategi untuk beroperasi di ruang siber, merangkumi pelbagai langkah-langkah pertahanan yang direka untuk melindungi sistem dan infrastruktur Jabatan Pertahanan mereka dari penyerang.



Cara Crack IDM


Entri ini ditulis susulan dari entri Mr.Hac yang lepas iaitu Internet Download Manager 6.07 Build 5. Memandangkan golongan yang membaca blog ini bukan semuanya terdiri dari advance user, maka Mr.Hac tulis entri ini..terpulang kepada pemikiran masing-masing, terangnya blog ini sememangnya sesuai untuk golongan pemula..bak kata rakan Mr.Hac, devil-404, untuk para master silalah lewat aja sih..

Ok..jangan buang masa..mari kita mulakan..


Cara Crack IDM:

1. Kita akan memerlukan patch (beserta keygen) untuk melakukannya. dalam tutorial ini Mr.Hac menggunakan SND (Search n Destroy) IDM Key Patch..bagi yang belum muat turun, anda boleh dapatkannya pada pautan di bawah:





SND IDM Key Patch beserta installer IDM (6.07 Build 5)




SND IDM Key Patch sahaja




2. Sila pasang (install) IDM pada komputer anda. Jika anda sudah memasangnya, klik pada SND IDM Key Patch. Rujuk gambar di bawah:




3. Anda perlu exit IDM dari system tray, dan pastikan juga ia tidak berjalan dengan memeriksanya pada Task Manager.

4. Kemudian, klik pada 'Patch Server Check' di SND IDM Key Patch..

5. Gunakan Nombor Siri (Serial Number) yang dijana untuk mendaftarkan IDM. Rujuk pada gambar di bawah:




6. Klik OK.

7. Selesai. IDM anda sudah versi penuh (Full Version)!

8. Jika sebelum ini anda pernah memasang IDM, anda hanya perlu klik pada 'Patch Server Check'. Jika ini tidak berkesan, klik pada 'Clear previous registration data' -> 'Patch Server Check' -> daftarkan IDM dengan Serial Number yang telah dijana oleh keygen.

9. Cuba buka IDM yang ditutup tadi. jika IDM anda tidak mengeluarkan amaran seperti salah satu gambar di bawah, maka anda sudah berjaya.





Cara Crack IDM (II)



1. Ada juga cracker yang membuat Patch dan Keygen secara berasingan. Jika anda mempunyai Patch dan Keygen seperti ini, maka tutorial ini adalah berguna untuk anda.

2. Muat turun IDM Patch and Keygen terlebih dahulu.

3. Ikuti tutorial mengikut video di bawah.







Kepada mereka yang menggunakan Windows 7/Vista,
anda boleh gunakan tool yang ringkas ini -> Internet Download Manager Patcher/Cracker For Lifetime Use!

Atau anda juga boleh crack IDM secara manual:
-> Kaedah Untuk Hack dan Crack Internet Download Manager Secara Manual



Oshirix 2011 : Download


Oshirix2011 telah pun siap dan telah release. Masih lagi menggunakan Debian Squeeze sebagai asas. Namun tidak semua pembaharuan pada Debian Squeeze diguna-pakai oleh Oshirix2011. Contohnya, Oshirix2011 masih mengekalkan sysvinit berbanding insserv agar pengguna lama Debian tidak terkeliru. Oshirix2011 juga masih mengekalkan grub-gfxboot berbanding grub2.

Oshirix2011 kali ini bersaiz lebih besar iaitu sekitar 1.7G. Ini bermakna lebih banyak aplikasi yang dimuatkan.



Antara aplikasi baru yang diperkenalkan ialah:
1. Libreoffice menggantikan Openoffice
2. Wammu untuk pengguna handphone
3. Phctools bagi mereka yang ingin undervolting cpu kerana kernel oshirix datang dengan phc.
4. Gnome-Do
5. Guake bagi memudahkan pengguna terminal
6. Qtel. Atas permintaan pengguna hamradio.
7. Chromium web browser
8. Deluge
9. Sakis3g bagi mereka yang bermasalah atau mempunyai modem 3d yang tidak disokong oleh network-manager
10. Pulse-audio sebagai default


Untuk maklumat lanjut anda boleh layari blog MASOKIS
(credits to you bro)


Anda boleh muat turun Oshirix2011 pada pautan di bawah (klik pada butang):


Torrent

Direct




19 July 2011

Oshirix & Garuda : OS Ciptaan Anak Tempatan Malaysia dan Indonesia!


Pernah dengar Oshirix? Ia tidak sepopular Windows 7, Mac OSX Snow Leopard, Ubuntu Linux, Fedora dan seumpamanya. Namun disebaliknya itu terdapat keistimewaan yang sukar dicabar kerana ia ciptaan anak tempatan menggunakan nama samaran Mambang dan ianya dibina from scratch!. Mambang
telah menerbitkan versi baru Oshirix iaitu Oshirix Squeeze dan screenshotnya boleh dilihat di bawah.





Oshirix Squeeze secara default menggunakan persekitaran desktop LXDE, yang super ringan dan pantas. Dalam sesi standby mode (tidak menggunakan apa-apa perisian), penggunaan memorinya adalah sekitar 70 MB dan ini merupakan penyelamat besar kepada komputer lama yang terkial-kial menggunakan OS Windows XP.


Bagaimana Untuk Dapatkan CD?

Komuniti Mambang menyediakan ISO livecd ini untuk dimuat turun oleh pengguna.


Para pengguna boleh burn Live CD/DVD ini ke dalam sekeping CD/DVD kosong dengan menggunakan software burn CD seperti Nero, ataupun cara paling senang dengan menggunakan Pendrive. Sila lawati laman web di bawah:

Klik -> Pendrive Linux

Anda boleh muat turun manual panduan mengenai Oshirix di sini -> Manual OshiriX


SUMBER : X-LAWS



Garuda OS






Garuda adalah sistem operasi (OS) berasaskan sumber terbuka (Open Source) yang dicipta oleh anak-anak tempatan dari Indonesia. Garuda amat mudah digunakan oleh mereka yang biasa dengan 'persekitaran' Windows.

Bersaiz 3.6 GB, ia menyokong penggunaan dokumen berformat SNI (Standar Nasional Indonesia). Aman dari gangguan virus, berstabiliti tinggi, dan mempunyai pelbagai program dengan pelbagai fungsi. Ianya sama seperti Oshirix, boleh didapatkan secara percuma dengan memuat turun pada pautan di bawah:




 Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi Garuda OS di sini -> GarudaONE
Anda mahu lihat 3D Desktop Environment dari Garuda OS? Tonton video di bawah.




Mengagumkan bukan? Oleh itu selamat maju jaya kepada semua anak-anak tempatan kita. semoga mereka semua berjaya mencipta sejarah baru dengan terhasilnya sistem operasi yang moden lagi futuristik dan aman dari ancaman, moga kalian membanggakan negara kita!


P/S: Komen peribadi dari Mr.Hac, kedua-duanya tampak seperti remix dari OS Linux yang sudah sedia ada seperti Debian Squeeze..ia merupakan olahan atau ubahsuai dari OS asal dan ia diakui sendiri oleh pembangunnya iaitu Oshiri..begitu juga dengan Garuda..satu lagi Linux-based OS, tapi Mr.Hac tak pasti OS mana, tampaknya menggunakan KDE desktop..namun ia diperkembangkan menjadi OS dengan identiti Indonesia..bagaimanapun, usaha mereka harus dihargai kerana bukan satu kerja yang senang untuk mengolah distro dan menjadikan ia berciri 'tempatan'..