31 October 2011

DeskPins : Aplikasi Mesti Ada


Salam sekalian jelata…


Adakah anda seorang pekerja yang banyak menggunakan komputer? Jika ya… komputer anda sepatutnya sudah ada aplikasi yang bernama DeskPins. Siapa tegar IT yang tidak kenal dengan DeskPins. Perkakas yang telah digunapakai sedari zaman Windows XP lagi. Bayangkanlah ianya telah di keluarkan pada tahun 2004 tetapi masih lagi relevan penggunaannya sehingga ke hari ini. Agak pelik… walaupun tak pernah di kemaskini dari keluaran pertama sejak 2004 lagi tapi masih boleh di serasikan dengan jentera baru seperti Vista, Windows 7 dan Windows 8 (rasanya boleh kot..)

Hari ini kita tak payahlah hendak pergi melanun. DeskPins memang di datangkan khas secara percuma tanpa was-was untuk encik dan cik sekalian. Anda bayangkanlah DeskPins perisian berbayar? Pastinya sudah terlalu banyak kemaskini sana-sini atas alasan keserasian dan kestabilan. Puii..taktik orang berdagang..


Anda boleh gunakan aplikasi ini tanpa kerisauan yang tak masuk akal. DeskPins adalah sebuah aplikasi yang amat ringan dan santai. Kewujudannya dalam sistem komputer anda takkan menjejaskan aplikasi yang sedia ada. Dia ni memang bukan jenis kacau orang punya. Bahkan antivirus pun boleh berkawan baik dengannya. Tak percaya…?

Oh ya...hampir terlupa hendak bagi tahu tentang fungsi benda ni. Namapun DeskPins.. agak-agaklah anda sudah faham maksud merangkap penggunaannya. Dalam bahasa mudah aplikasi ini adalah untuk melekat atau menampal. Sebagai contoh..anda sedang gunakan Notepad tapi pada masa yang sama anda juga perlu membuka aplikasi lain. Dengan DiskPins anda boleh melekat Notepad tersebut TANPA DI TINDIH (always on top) oleh aplikasi yang bakal anda lancarkan.


Untuk lebih memudahkan lagi penggunaanya anda boleh mengubah Hotkeys mengikut keselesaan anda. Walaupun fungsi start up di sediakan rasanya tak payahlah gunakan fungsi tersebut. Lancarkan saja dari start menu bila di perlukan dan secara automatik ia akan berada di dalam bar tugas anda.

Selamat mencuba dan selamat maju jayalah anak cucu cicit bangsaku.
Sekian..

Klik -> DeskPins ©pr67am™ 201110

Kata Laluan Zip: pr67am

Menggunakan RaptorVPN Dalam Ubuntu/Linux Mint


Meskipun RaptroVPN bukanlah servis OpenVPN percuma paling laju yang pernah Mr.Hac cuba, tetapi sekadar untuk pengetahuan, maka anda boleh mencubanya melalui tutorial dalam entri ini. (Setakat yang Mr.Hac guna, YourFreeVPN paling laju dalam kategori OpenVPN percuma).

1. Pertama sekali muat turun dahulu pemasang klien Windows dari laman web RaptorVPN. Log masuk terlebih dahulu dan cari ruangan 'Downloads'. Lupa nak beritahu, yang sebelum tu anda perlu memasang Network Manager OpenVPN melalui Ubuntu Software Center untuk Ubuntu atau Software Manager untuk Linux Mint. Caranya ialah dengan menaip 'network-manager-openvpn' pada kotak cariannya dan terus pasang!


2. Tempatkan ia dalam satu folder. Klik kanan padanya (spotflux.exe) dan pilih 'Extract Here'. satu folder dengan nama 'spotflux' akan terhasil.


3. Klik pada ikon sambungan internet, pilih VPN Connections -> Configure VPN
Kemudian klik 'Import'.


4. Dari situ, cari kembali folder spotflux itu tadi, di dalamnya terdapat satu lagi folder dengan nama 'spotflux', klik padanya dan klik pula pada fail 'SpotFlux.ovpn'.


5. Masukkan username (e-mel login anda) dan kata laluan (yang terdapat dalam ruangan 'My E-Mails')


6. Seterusnya klik 'Save'.

7. Siap! Sekarang anda sudah boleh gunakan RaptorVPN dan mulakan sesi anonymity anda! Anda cuma perlu klik pada lambang sambungan internet, kemudian VPN Connections -> SpotFlux

Internet Download Manager 6.07 Build 14 Full Cracked


Quote dari laman web IDM:

What's new in version 6.07 build 14?

(Released: Oct 25, 2011)

Added support for new domain names of filesonic site
Added digest authorization for web sites
Fixed bugs


Klik untuk muat turun -> Internet Download Manager 6.07 Build 14

Mr.Hac: Malas nak buat ulasan panjang-panjang. Download aje la eh!

Linux Mint 12 Dengan Kod Nama Lisa?


Beginikah rupanya Linux Mint 12 dengan kod nama (codename) Lisa?
Linux Mint untuk rilisan akan datang ini nampaknya akan memuatkan tampilan Gnome Shell (3) dan pelbagai lagi yang menarik. Sila lihat pada video di bawah. Gempak seh!




SUMBER: Hajimu

Tukar Server Linux Mint Untuk Melajukan Muat Turun


Bagi yang selalu menggunakan Ubuntu atau Linux Mint pasti tahu, bahawa pada kebanyakan perisian yang dipasang adalah melalui Terminal. Sebelum ia dipasang, perisian tersebut perlu dimuat turun terlebih dahulu dan semuanya adalah melalui Terminal. Kelajuan maut muat turun sesuatu perisian dapat dipercepatkan lagi dengan menukar pelayan (Server) kepada yang berhampiran.

1. Buka Software Sources : Menu -> Administration -> Software Sources (Sama dengan Ubuntu)


2. Klik pada 'Download from' dan klik pada 'Select Best Server'.


3. Buat ujian dalam 2-3 kali barulah pilih 'Choose Server'.

Sekarang anda sudah boleh uji kelajuan muat turun perisian melalui Terminal. Pasti berbeza!

Linux Mint dan Gnome 3??


Ni bukan pembohongan ya. Memang Mr.Hac dah cuba pasang Gnome 3 pada Linux Mint. Hasilnya adalah seperti di bawah:






Jangan jaki ok.. Sangat cun!

Kenyataan Dangkal dan Salah Mengenai Linux


1. Mengatakan Linux Sukar Dikuasai
J: Ye ke? Setakat yang Mr.Hac tahu, selain Mr.Hac sendiri sebagai seorang yang bukan dari kalangan 'orang IT', terdapat seorang lagi blogger yang menceritakan dan membuat tutorial mengenai Ubuntu (Linux) iaitu Deensokmo. Beliau mengakui, bahawa beliau bukanlah orang yang pernah menduduki kelas komputer apatah lagi belajar di institusi pengajian awam dalam bidang komputer. Tetapi beliau sekarang sudah boleh dikatakan 'berjaya' apabila mampu menceritakan hal 'luar dan dalam' mengenai Ubuntu. Soalnya di sini, susah ke kalau macam tu?
Ini baru contoh umum. Kalau nak diikutkan, Linux jauh lebih mudah difahami kerana segala di dalamnya adalah 'straight forward'.

2. Mengatakan Linux Memaksa Pengguna Menggunakan Command Line
J: Kebanyakan mereka yang berkata begini adalah dari pengguna Windows yang TAKUT untuk mencuba sesuatu yang baru dan enggan untuk berubah. Apa yang sukar sangat mengenai Terminal? Di bawah ialah paparan Terminal dalam Pinguy OS. Cantik bukan?


Segala baris perintah sudah tersedia dalam pelbagai blog. Hanya tinggal anda sahaja untuk melakukan langkah mulaan. Baris perintah itu pula tidak perlu untuk anda menghafalnya. Hanya salin dan tampal. Semudah itu.

3. Linux Tidak Menyokong Gaming
J: Ini sama sekali tidak benar. Jika dahulu mungkin. Tetapi sekarang situasi sudah berbeza. Pelbagai platform yang membolehkan anda mencuba permainan baru sama ada dari Windows seperti Cedega dan PlayOnLinux atau untuk Linux itu sendiri seperti PlayDeb. Mr.Hac sendiri dah jenuh cuba macam-macam permainan. Nasib baik bukan 'kaki' gaming. Kalau tidak...

4. Linux Tidak Menyokong Perisian Windows
J: Sistem Operasi Linux mempunyai platform untuk perisian Windows 'beraksi' iaitu Wine (Windows Emulator). Sememangnya tidak semua perisian disokong oleh Wine, tetapi anda perlu ingat, anda sudah menggunakan sistem operasi yang baru. Oleh itu tidak perlu lagi mencari 'pakej' yang lama. Jika anda sudah beralih kepada Linux, tolong jangan cari lagi pemasang dengan extension EXE. Beralihlah kepada DEB.

5. Mengatakan Linux Ketinggalan Zaman
J: Dari sumber mana anda berani mengatakan seperti itu? Adakah anda sendiri pernah mencuba Linux?
Bukan mahu mengata, tetapi Windows dari dulu sampai sekarang tak henti kerisauan dan kerunsingan mengenai virus. Tak payah nak tipu, semua orang tahu. Sedangkan Linux sudah bertahun-tahun ada 'di sini' tiada sebarang virus yang perlu dirunsingkan. Siapa yang ketinggalan dari segi teknologi?

Banyak lagi sebenarnya yang Mr.Hac mahu tulis. Belum puas lagi! Tapi memandangkan tak sempat nak taip panjang-panjang (baru habis bengkel, esok pun ada lagi..aduh!), kita sambung lagi nanti!

30 October 2011

Hide My IP : Unlimited Trial



Salam...

Jauh perjalanan banyaklah pertemuan. Dari pertemuan lahirlah kecintaan. Beberapa minggu yang sudah kita telah temui sebuah perisian yang rasanya layak untuk di kongsikan disini. Definisi layak disini adalah satu perkara yang telah BERJAYA melalui ujicuba dan cemerlang untuk digunapakai. Paling penting sekali ianya di yakini TIDAK mendatangkan kemudaratan pada komputer dan juga diri anda.

Melihat pada tajuk entri di atas anda sebenarnya sudah faham maksud entri pada kali ini. Hide My IP adalah sebuah perisian yang digunakan untuk menghilang atau menyamar IP asal anda. Pada yang baru sampai di sini, rajin-rajinlah menyelak entri lama dalam blog ini. Sudah terlalu banyak cerita, diskuisi dan komen berkaitan dengan IP. Kerana itu adalah satu di antara ilmu yang paling di gemari oleh Tuan Admin. Rasanya sudah cukup dengan kupasan yang beliau buat.


Anggap saja perisian yang akan saya ketengahkan ini sebagai satu alternatif untuk menyenangkan anda membuat pilihan. Yang menariknya tentang perisian ini adalah kerana ia boleh dimanupulasikan. Hide My IP adalah perisian berbayar dengan tempoh percubaan selama 14 hari. Semestinya kebanyakkan kita memang lokek untuk membayar termasuk diri saya. Tanpa membayarpun kita masih lagi boleh menggunakannya secara percubaan. Hahha! Bukan sekadar 14 hari bahkan untuk berhari-hari mendatang. Namapun Unlimited Trial.. asalkan bernama Trial itulah subjek yang paling kita suka.

Apabila hampir tamat tempoh percubaan.. anda cuma perlu lakukan beberapa perkara secara manual untuk terus kekal sebagai pengguna. Tutorialnya saya sertakan bersama link. Jangan risau, kerjanya mudah dan ringkas. Dan jangan risau dengan kemaskininya kerana anda boleh melakukannya tanpa masalah. Dan juga jangan risau pasal virus. Cerita ini tiada kena mengena dengan virus yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Sistem: Semua OS Windows x32 x64

Klik -> Hide My IP ©pr67am™ 201110

Kata laluan: pr67am

Apa Itu Honeypot?


Untuk membicarakan mengenai Honeypot bukanlah satu tugas mudah. Kerana ia memerlukan pemahaman dan pengertian lanjut mengenai apakah ia yang sebenarnya.

Honeypot bolehlah diertikan sebagai sebuah komputer yang kelihatannya tampil bersama dalam satu rangkaian namun sebenarnya ia terasing dan terlindung (encrypted). Ia merupakan sebuah perangkap yang menarik perhatian penggodam. Honeypot boleh jadi lebih dari satu komputer, dan apabila semua rangkaian direka untuk tujuan itu, ia digelar sebagai Honeynet. Pencipta rangkaian ini boleh memantau penyerang-penyerang tanpa mereka mengetahuinya.

Honeypot umumnya digunakan sebagai sistem pengawasan serta mekanisma amaran awal. Disebabkan ianya adalah sebuah perangkap, maka tiada sebarang sistem sekuriti yang dipasang bagi membolehkan aktiviti malicious dikesan.


Terdapat pelbagai jenis Honeypot diluar sana sebenarnya. Ada yang membahagikan ia kepada High Interaction dan Low Interaction. Ada pula yang membahagikan ia mengikut jenis deployment iaitu kepada Production dan Research Honeypot. Ada juga yang membahagikan mengikut jenis penglibatan iaitu Honeyd, Honeytrap, Nephentes, Mwcollect dan Honeynet. Biar apa jua jenisnya, yang paling penting apakah faedah yang kita perolehi darinya? Antara faedah-faedah Honeypot adalah seperti berikut:

1. Memberi amaran akan serangan yang bakal datang.

2. Memantau aktiviti penyerang/penggodam.

3. Dapat mengetahui kaedah serangan penggodam.

4. Mencipta sebuah 'virtual environtment' untuk mengelirukan penyerang tersebut.

5. Berguna untuk menganalisis malware.

Diharapkan agar anda membuat kajian sendiri dengan lebih lanjut mengenai tajuk ini. Secara asasnya Mr.Hac berharap anda dapat memahami tentang apakah yang dimaksudkan sebagai Honeypot dan kegunaannya. Kita jumpa lagi pada artikel seterusnya!

Torrent : Suatu Kaedah Berkesan


Salam sekalian jelata…

Torrent kini telah di anggap satu kaedah tradisional untuk muat turun. Ramai yang sudah tidak lagi mengemari Torrent atas alasan kelajuannya yang lembab tak bersebab. Itu tidak di nafikan… Tambahan pula kini sudah banyak pemuaturun santai seperti IDM dan JDownloader.

Jadi kenapa perlu adanya Torrent? Sebabnya… ada sebahagian fail yang kita perlukan HANYA wujud di laman Torrent sahaja. Menorrent juga tak perlu risau tentang talian hayat kerana ia mudah di sambung balik bila terputus talian. Dan yang paling hebat tentang Torrent ialah..anda jarang sekali menemui link mati walau setelah bertahun di upload. Hmm... Kenapa tidak gunakan saja Torrific? Torrific hanyalah ‘orang tengah’ yang kadang-kala terlalu lambat bertindak-balas atau tidak berbalas langsung bila server terlalu sesak.

Nak cuba? Jom sama-sama kita cuba ubah Torrent anda sehingga mencapai tahap senyum... Tak susah mana pun! Paling PENTING anda tidak menggunakan ip sebenar sewaktu menorrent. Melalui ujicuba kita: Raptor, BFVPN, CyberGhost dan UltraVPN adalah antara 'rakan' cemerlang untuk Torrent. Dan untuk kaedah kali ini kita telah menggunakan perisisian µTorrent 2.2.1 (versi lama tapi lebih selesa ) dan UltraVPN (terlebih dahulu anda perlu add exlusions nya dalam antivirus). Untuk info lebih lanjut tentang UltraVPN sila ke: Link1 Link2 Link3 Link4

Setelah selesai memasang µTorrent 2.2.1 sila ke Options > Preferences > dan ikuti langkah demi langkah seperti paparan di bawah:



 Langkah 6: Klik kanan pada ruangan Logger.
 Langkah 7: Klik kanan pada fail yang hendak di muat turun.

Banyak cara untuk melajukan Torrent sebenarnya. Dan untuk makluman.. Ini adalah salah satu kaedah yang paling berkesan berdasarkan pengalaman dan ujicuba kita. Untuk pengguna streamyx sekiranya kelajuan µTorrent anda menyamai atau kurang sedikit dari IDM itu sudah di kira satu kejayaan. Dan untuk pengguna broadband.. kelajuannnya mungkin mampu melangkaui luar jangkaan..
Sebelum mulakan Torrent pastikan aplikasi UltraVPN dilancarkan terlebih dahulu. Kemudian pergi ke sini untuk mengujicuba µTorrent anda. Pastikan anda memilih fail yang selamat. Nilaikan sendiri dan semak komen pengguna lain. Dan pastikan fail tersebut mempunyai seeds yang baik kerana ini akan mempengaruhi kelajuan µTorrent anda.

Selamat mencuba noohhhh! Manalah tahu… Bulan jatuh ke riba Si Pungguk? Lalalala…

Klik -> Torrent ©pr67am™ 201110

Kata laluan: pr67am

29 October 2011

Cara Terbaik Menyekat USB Anda Sebagai Penyebar Virus


Salam sekalian jelata yang di rindui…

Sebenarnya... terlalu banyak yang hendak di kongsikan di sini. Dek keterbatasan waktu, azam minima 2 entri seminggu tak tercapai oleh azam..huhuhu. Kita tabik dengan Tuan Arya Putra.. tanpa kami penulis di sinipun beliau sebenarnya mampu mengkarnivalkan blognya dengan puluhan entri bak hujan. Anda carilah blog IT BM di Malaysia yang paling pantas kemaskininya selain blog IT bersumberkan berita, forum dan plagiat. Hebat tak? Dan anda adalah di antara pembaca yang ‘terhebat’ kerana telah berada di dalam blog yang ‘hebat’.

Setiap kali komputer di hidupkan.. adakah anda rasa selamat dari VIRUS? YA… anda memang selamat bila di lindungi oleh Kaspersky atau AVG atau Avira dan seumpamanya. YA… anda bertambah lebih selamat bila komputer anda sudah ada Spyware Terminator atau SuperAntiSpyware atau Malwarebytes atau sejenisnya. Cukup ke?

Dammnn… Memang tak cukup! VIRUS tercipta dari pelbagai cara dan ia juga datang dari berbagai gaya. Salah satunya ia datang melalui USB pc anda. Virus jenis ini juga di kategorikan sebagai Malware tahap bahaya. Ia merebak secara diam untuk merosakkan fail dan akan bertapak dalam pc anda sebagai pengintip. Jangan haraplah antivirus besar seperti Kaspersky, AVG, BitDefender dan seumpamanya akan kesan virus kecil macam ni. Apa kelas.. kompeni besar nak tangkap tender kecil!

Peranan kecil seperti ini kita serahkan kepada USB Disk Security. Harus di ingat biarpun berperanan kecil kewujudannya amat di perlukan. Kepada yang sudah tahu… kita kongsikan saja rasa tahu. Dan kepada yang belum tahu… jom kita ambil tahu! Dari pengalaman kita… USB Disk Security adalah sebuah aplikasi yang tak pernah lelap dari tugasnya. Ia akan mengesan dan menyekat secara auto anasir yang berbahaya seperti Malicious dan Autorun.inf pada setiap kali anda memasang usb.

Eh! Bukankah antivirus besar seperti Kaspersky telah ada fungsi untuk USB? Ya anda betul! Tapi kena faham juga, fungsi usb yang ada pada antivirus adalah untuk scan USB dan TIDAK bertindak secara auto menyekat dan menghapus virus kecil yang tersebar melalui usb.

Eh! Bukankah lebih selamat jika fungsi autoplay di matikan? Ya anda betul sekali lagi! Tapi ia sekadar tindakan menyekat sementara dan bukan bertindak sebagai penghapus virus. Padahal Malware atau sejenisnya tetap bernyawa dalam usb anda.

Paling hebat USB Disk Security tidak memerlukan kemaskini. Dan ia tetap berkesan dalam tugasannya walaupun tanpa talian internet (offline). Lebih baik aplikasi ini di lancarkan bersama start up dan jangan bimbang ia adalah perisian yang amat ringan. Tak kisahlah walaupun anda pengguna tegar ram bawah 1GB. Ianya juga serasi tanpa kompromi walaupun digandingkan dengan mana-mana antivirus berjenama di dunia ini.


Sistem: Semua OS Windows.

KEMASKINI TERKINI sila rujuk ke USB Disk Security 6.1.0.432 : Kemaskini

Klik -> USB Disk Security 6 ©pr67am™201110
Kata laluan: pr67am

28 October 2011

My Current PC/Netbook Setup


Hari ni saya nak share setup yang digunakan pada PC dan Netbook yang saya gunakan (erk..rasa ganjil pula guna 'saya'..nak guna 'aku' ke 'saya' ni? Biasa guna 'Mr.Hac' je). Bukan apa. Dah ada orang minta, kita tunaikan aja, ye tak?

Hah. Ini lebih kurang serba sedikit lah setup yang Mr.Hac gunakan. Nak cerita semua tak larat pula. So enjoy reading guys!

PC : HP dc7700

Netbook : HP Mini 110-3130tu-PC


Perkakasan : Standard kilang! Takde masa nak modified!

Sistem Operasi : LinuxMint 11 (katya) ---> Sekarang dah pakai Ubuntu 12.04.

Perisian-perisian yang digunakan:

1. Pelayar Web Lalai : Firefox.
Add-on wajib ada: Adblock Plus, Add-on Compatibility Reporter, Download Helper, DownThemAll, DownThemAll AntiContainer, DownThemAll Scheduler, Firebug, FireDownload, Flashgot, Greasemonkey, Read It Later, VWC Cocoon.

Pelayar Web 'backup' ialah Chromium dan Opera untuk eksperimen.

2. Perisian Pejabat : LibreOffice, Microsoft Office (melalui Wine)

3. Pemain Video : Totem Movie Player, UMPlayer.

4. Pemain Audio/Muzik : Rhythmbox, Clementine, Musique, Banshee, Amarok.

5. Penyunting Imej/Grafik : GIMP, Inskscape, KolourPaint, Picasa. (Guna GIMP je, yang lain tak pernah! Haha!)

6. Pemuat Turun (Downloader/Download Manager) : DownThemAll, FatRat, UGet, JDownloader.

7. Bittorrent Client: Transmission (Default Bittorrent Client)

8. Chatting : Ada tapi tak pernah guna sebab tak minat. Lagipun wife ada kat sebelah nak chatting kejadahnya!

9. Hacking : Fern WiFi Cracker, Aircrack-NG, Gerix WiFi Cracker. (Dan lain-lain)

10. Permainan : Hedgewars, Supertuxkart, PlayOnLinux (Windows Medium).

11. Lain-lain Perisian : Ubuntu Tweak, FileZilla, Geany, Netbeans, Ripper X, Sound Recorder, Screen Recorder, Boot-Repair, Network-Manager-OpenVPN.

Amacam? Dah puas hati? Anda punya setup pula bagaimana?

Hasrat Mr.Hac untuk tahun-tahun akan datang: Mr.Hac berhasrat mahu menghasilkan sebuah sistem operasi (Linux) seperti BackTrack, BackBox dan Ubuntu. Mr.Hac mengambil Oshirix sebagai pembakar semangat untuk menghasilkan distro sendiri. Tak lupa juga harapan Mr.Hac tak akan berkubur untuk mencipta sebuah perisian seperti Ultrasurf, dan yang seangkatan dengannya. VPN sendiri? Itu juga dalam perancangan. Masalahnya Mr.Hac ialah 'One-Man-Machine', semuanya atas 'batu jemala' Mr.Hac. Semoga terkabul hasrat ini!

Ranking Hackers Mengikut Negara - It Is Good To Be a King


1. United States : Hebat dalam 'malicious activity', yang dilaporkan oleh Symantec. Serangan berasaskan laman web juga berasal dari negara ini.

2. China: Mendapat ranking kedua dari carta atas serangan berasaskan bots.

3. Brazil : Hebat dalam serangan 'spam' zombies.

4. Germany: Hebat dengan 'phishing host'.


5. India: Kebanyakan blog dengan niche 'hacking tutorial' adalah berasal dari negara ini, di mana anak-anak muda mereka juga merupakan pakar dalam pengekodan serta trik phishing.

6. United Kingdom: Mendapat tempat ke-enam dari senarai ranking, hebat dalam bidang 'malicious code'.

7. Russia: Hebat mencipta virus-virus baru dan sangat menyusahkan pengguna komputer.

8. Poland: Sama seperti negara-negara di atas, aktiviti 'malicious' dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa.


9. Italy: Negara ini dilihat semakin menurun akan aktiviti 'malicious' yang telah dilakukan oleh penggodam-penggodam di negara mereka.

10. Spain: Jatuh ke ranking nombor sepuluh kerana dilihat kesemua aktiviti seperti phishing, spam zombies, DDoS, telah menurun secara mendadak.

*Statistik ini telah dikeluarkan oleh Symantec.

Dua negara 'ekstra':

11. Malaysia & Indonesia: Sepatutnya kita di mana? Patutkah saya meletakkan negara kita dan Indonesia di sini? Terpulang kepada penilaian anda, kerana kita tidak pernah kekurangan pakar IT. Tetapi penggodam beretika? Yang tidak beretika juga? Orang-orang melayu terkenal dengan sifat 'low profile'. Adakah itu puncanya kita tidak menyerlah? Tak pasti. Tepuk dahi tanya komputer.

Download Laman Web/Blog Kepada PDF


Atas cadangan dari seorang pembaca yang perihatin, maka saya tulis entri ini sebagai menghargai cadangan beliau. Namun yang misterinya, setelah habis baca dan log keluar dari e-mel, pagi tadi saya cuba mencari kembali e-mel beliau, langsung tak ketemu. Aneh!

Beliau ingin saya menjadikan satu ruang dalam blog ini untuk dimuat turun kesemua artikel/entri lama yang belum berkesempatan untuk dibaca. Namun disebabkan sudah ada servis percuma lagi terbaik yang wujud, oleh itu saya mahu kenalkan kepada anda semua terutamanya kepada pencadang artikel ini iaitu laman web Joliprint.

Melalui laman web ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah menyalin artikel-artikel yang anda gemari, kemudian menyuntingnya pula ke dalam perisian pejabat seperti Microsoft Office (Windows) atau LibreOffice (Linux), dan selepas itu anda cetak ia ke atas kertas.

Anda boleh jimatkan masa melakukan kesemua perkara di atas kepada sesuatu yang lebih berfaedah. Melalui laman Joliprint, anda boleh menyimpan artikel yang disukai kepada dokumen berbentuk PDF! Menarik bukan? Dari situ juga anda boleh memilih sama ada untuk memuat turunnya ke dalam PC atau terus mencetaknya.

Di bawah ialah contoh paparan skrin:




Contoh artikel yang telah ditukarkan format kepada PDF -> Cara Menggunakan Ultrasurf

Selamat mencuba dan selamat memuat turun!

Laman Web FAM Digodam Kerana Harga Tiket RM50??


Isu yang paling hangat diperkatakan sekarang ialah berkenaan dengan kenaikan harga tiket perlawanan bola sepak yang telah melonjak naik kepada RM50. Berikutan dengan itu, dapat dilihat pada paparan skrin berikut, laman web FAM yang sedang dibaikpulih setelah digodam.


Berikut adalah paparan skrin pada waktu ia digodam:



SUMBER: Kenahack.com

SRS Audio Sandbox 1.10.1.0 + Crack


Assalamualaikum.. Bagi peminat-peminat musik yang tidak akan tenang kalau tidak mendengar lagu sebelum tidur dan selepas bangun tidur macam aku.. Di sini aku ingin berkongsi satu benda yang amat menarik untuk menyedapkan lagi muzik yang kita dengar iaitu SRS Audio Sandbox! Salah satu enhancer yang sangat sesuai dan terbaik bagi aku untuk window Xp dan Vista..

Ianya amat mudah untuk digunakan dan sememangnya aku amat berpuas hati dengan software ini.. Jom kita tengok sikit...


Penampilan yang kemas dan ringkas namun mendatangkan kesan yang amat efektif.. Chewah ayat.. Hehehemohemo..


Didatangi dengan panduan yang tersedia dengan hanya menekan F1

Diujikaji dan berjaya dengan OS : XP dan Vista

Ingin mencuba hanya muat turun ------>Disini

Ini hanyalah pandangan aku.. Banyak lagi enhancer yang lain yang boleh digunakan.. Sekian..

27 October 2011

SalingSapa.com : Laman Sosial Indonesia



Anda kenal dengan anak muda di atas? Tidak? Beliau ialah seorang anak muda berusia 13 tahun dan berasal dari Indonesia. Beliau bernama Muhammad Yahya Harlan. Apa yang mengejutkan serata dunia ialah apabila beliau telah mencipta sebuah laman sosial mirip Facebook yang diberi nama SalingSapa.com. Sudahlah usianya muda, mencipta pula laman sosial mirip Facebook. Ini sangat mengharukan, dan membanggakan terutamanya kepada ibu dan bapa beliau.

Menggunakan tagline 'Berteman Dalam Dakwah', antara ciri-ciri laman sosial indonesia ini ialah:

1. Terdapat menu Al Quran, di mana kita boleh membaca Al Quran dengan tampilan
yang menarik.

2. SalingSapa.com memiliki pelayan (server) sendiri , sehingga pengguna boleh memiliki kawalan penuh dalam hal data-data, serta isi yg di muatnaik. Fail-fail atau isi yg tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam akan dihilangkan secara automatik.

3. Server berada di Jakarta, Indonesia dan tidak terletak di negara-negara barat bukan di luar negeri, sehingga boleh diakses dengan lebih cepat (untuk melihat /memuatnaik gambar atau naskah ) . Cuma memang untuk Video, Saling Sapa masih masih menggunakan perkhidmatan Youtube.

4. Usia kawan-kawan tidak terbatas, sekalipun baru berusia 6 tahun juga boleh mendaftar . Ini berbeza dengan Facebook yang membataskan usia pendaftar.

5. Juga ada menu permainan (Game), akan tetapi permainan yang ada di SalingSapa.com ini lebih disaring (dipantau), dan akan dikembangkan Game-Game yang mengikuti lunas-lunas Islam.

Agaknya myfriends2u.com tak teringin ke nak ikut ciri-ciri Islamik macam ni ya?
Hmm. Mungkin..suatu hari nanti.. Apapun tahniah kepada Muhammad Yahya Harlan kerana berjaya melakukan sesuatu yang dapat dibanggakan oleh ibu bapa, dan kamu juga buat saya kagum atas kepintaran kamu.
Terbaikkk..Mantap gan..

Entri ini telah disunting (edited) dari artikel asal : PANDANG-pandang

Musique : Penjenamaan Semula Minitunes


Jika anda sudah pernah membaca entri mengenai Minitunes, maka anda pasti tahu ia adalah pemain media percuma untuk Linux. Pengguna Windows juga boleh memasang dan menggunakannya, cuma perlu dibayar. Itu sahaja bezanya.

Namun sekarang Minitune sudah dijenamakan semula, kepada 'Musique' dengan mengekalnya versinya iaitu 1.0. Setakat ini saya tidak pernah mencuba di Ubuntu Oneiric, tetapi yang menariknya ia dapat dipasang pada LInux Mint (versi 11, Katya yang sedang saya gunakan sekarang).

Di bawah ini ialah contoh paparan skrin Musique 1.0 pada Linux Mint 11:


Ringkas tetapi berkuasa, jika anda rindukan Winamp Media Player pada Windows, saya sarankan anda mencuba Musique kerana ia tidak seperti pemain media/muzik Linux yang lain. Bunyi yang dihasilkan adalah memuaskan hati dan setanding dengan perisian berbayar Windows.

Jika anda menggunakan Ubuntu atau Linux Mint, pasang Musique melalui Terminal dengan baris perintah seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8
sudo apt-get update
sudo apt-get install musique

Kredit kepada Webupd8 atas PPA yang telah disumbangkan.
Oh ya. Lupa hendak beritahu, yang banyak bugs telah diperbaiki, sebagai contoh jika dulu anda tidak boleh melajukan (fast forward) lagu yang sedang dimainkan, kini tidak lagi! Jadi jangan lupa mencuba pemain muzik ini ok!

Ikon Tema Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Yang Baru?


Canonical mengumumkan akan ada ikon tema baharu yang bakal dibuat untuk Ubuntu 12.04 Precise Pangolin.
Akan tetapi tiada maklumat terperinci yang diperolehi. Namun berikut saya tunjukkan beberapa paparan skrin yang diperolehi dari laman Webupd8:





Kalau beginilah rupa bentuk ikon tema Ubuntu 12.04, tak teragak-agak untuk Mr.Hac bertukar kepadanya kembali! Cantik betul! Psssttt..tapi masih sayangkan Linux Mint!

Anda Adalah Seorang 'Geek', Gila Komputer, Ketagih Internet Bila...


Pernahkah anda terfikir bahawa anda melihat orang lain sebagai seorang yang 'gila komputer'?
Sedar atau tidak sebenarnya anda sama sahaja? Jom kita tengok sikit-sikit sifat seorang yang dikatakan 'gila komputer' ini..

1. Jika anda merupakan seorang blogger, maka perkara pertama yang anda fikirkan sebaik saja bangun dari tidur ialah 'Entri apa aku nak update hari ni?'


2. Mungkin ketika ini ada seseorang sedang bercakap dengan anda, tetapi mata anda sentiasa memandang ke arah skrin komputer dan bukan menghala ke muka beliau.

3. Disebabkan terlalu obses dengan komputer, mimpi anda pun berkaitan dengan komputer juga!

4. Sehari tak buka komputer dan tidak dapat melihat pelayar web, anda rasa dunia seperti menindas jiwa raga anda.


5. Setiap hari pasti anda memperolehi ilmu baru kerana anda pasti membuka pelayar web untuk memasuki dunia internet anda, menuju ke Google dan taip, 'What is bla bla bla' atau 'How to bla bla bla'.

6. Sanggup bertekak dengan kawan-kawan tentang pendapat anda mengenai dunia IT.

7. Masuk ke setiap blog dan forum yang berkaitan komputer/internet.

8. Sehari tak makan dan minum tak mengapa, tapi jangan tak buka internet. Gelap dunia terasa.


9. Ketagih dengan tabiat muat turun sehingga penuh cakera keras dengan video dan lagu-lagu. Padahal dalam 100 video tu, mungkin ada satu atau dua sahaja yang betul-betul habis tonton. Yang lain buat pekasam.

10. Makan komputer, minum komputer, main komputer, tidur komputer, mandi pun komputer! Teruk dah ni!

Haha..Kita skip artikel serius-serius hari ini ok. Nak yang serius baca yang lepas-lepas atau tunggu je esok-esok..
Anda ada tanda-tanda seorang 'geek' seperti di atas? ^^