[Antivirus] Norman Security Suite V8 : 4 Tahun


Salam...

Adakah anda pencinta Norman? Bukannya Norman mahkamah. Bukan juga Norman Oh! La-La...Ini cerita Norman Security Suite. Satu jenama yang agak nenek dalam bidang pembuat keselamatan dan pemasar antivirus untuk komputer di seluruh dunia. Walaupun agak tersenyap dek loncatan agresif Kaspersky, Avira, Avg dan sekelasnya. Namun Norman tetap berbangga dengan usia bangkanya sebagai penjampi virus yang sendat dengan pengalaman.

Norman Security Suite, tiada kompromi dengan sistem keselamatan. Tidak kiralah anda di dalam maupun di luar talian. Dengan tugasan semua di campur dalam satu, Norman mampu memberikan perlindungan menyeluruh terhadap pengesanan kandungan rootkit. Membolehkan anda rasa nyaman di talian walaupun di tengah laman awam. Seperti jenama antivirus kebanyakkan, ciri-ciri yang termasuk ialah antivirus, antispyware, antiphising, firewall dan kawalan ayahanda bonda (parental controls).

Juga fungsi Norman SandBox Technology pernah diangkat sebagai pemenang anugerah. Nak tahu? SandBox merupakan satu sistem penapisan ketat yang akan memeriksa keselamatan setiap laman sebelum membolehkannya sampai kepada anda. Peronda laman tanpa hala seperti saya memang tidak gemarkan fungsi sebegini. Songeh punya protokol menjadikan talian anda jadi kecut dan lembab. Tapi ingat...biar lambat asal selamat. Untuk pengguna rangkaian statik memanglah amat di alu-alukan.


Kelebihan utama Norman Security Suite:
.  Sistem pengimbasan(scanning)yang pantas.
.  Pengesanan malware yang lebih cekap.
.  Antaramuka yang ringkas dan mudah guna.
.  Tindakan segera ke atas anasir yang di ragui keselamatannya.
.  Firewall bijaksana.
.  Windows 8 sedia guna.

Biasanya Norman Seurity Suite dijual dengan harga €43.96 = RM180.53 satu lesen setahun untuk 3 buah komputer. Tetapi sekarang anda boleh mendapatkan Norman Security Suite V8 dengan percuma untuk tempoh 4 tahun. Haisshh! Kenapa tak katakan percuma je seumur hidup seperti Avira dan AVG? Kan senang..! Tapi ini adalah versi Norman Security Suite DnBNOR edisi khas. Maksud DnBNOR ialah sebuah versi percuma yang dilepaskan kepada awam dengan melucutkan beberapa fungsi. Tiga fungsi tidak terdapat dalam versi ini iaitu: Kawalan Pencerobohan; Sistem Privasi; Antispam. Juga tidak disediakan bantuan teknikal dari pusat. Maksudnya tiada talain hayat jika berlaku sebarang kemudaratan.

Bikin entri sebenarnya tidak boleh dinukil atas hawa sendiri. Saya sekadar berkongsikan info. Padahal ini adalah di antara antivirus di luar arkib piala pr67am™. Sekadar pengalaman saya...Secara jantannya anda uji dan buat penilaian sendiri. Tapi bagi pencinta tegar Norman di luar sana, inilah masa terbaik untuk anda. Pucuk di cita ulam dah mendatang tapi sayang...sambalnya pula yang kurang belacan...hisssk! Tetapi jangan lupa, Norman Security Suite juga merupakan di antara pembuat perisian antivirus yang selalu tersenarai dalam ranking dunia saban tahun. Eh! Kembang hidung tu...

Sekian.

Norman Security Suite V8 > [ pr67am™ ]

Operating system: Windows XP 32-bit SP2 or higher, Windows Vista 32- or 64-bit SP1 or higher, Windows 7 32- or 64-bit.
Powered by Blogger.