Arch Linux : Embrace The Power

Tahun 2011, Mr.Hac telah perkenalkan kepada anda beberapa distribusi Linux atau distro yang sangat mesra dengan pendatang baru seperti Ubuntu, Linux Mint, Pinguy OS, Zorin OS dan Ultimate Edition 3.0. Seperti yang anda sudah pun diberitahu sebelum ini, Linux memberi anda kuasa untuk memilih, mengubah dan mereka bentuk mengikut kehendak anda, cara anda, keserasian anda.


Buat mereka yang sudah lama 'bergelumang' dengan 'kegilaan' ini, anda pasti gatal tangan untuk mencuba benda baru. Oleh itu, sebuah distro bernama Arch Linux adalah sangat-sangat sesuai untuk anda.

Arch Linux disasarkan kepada golongan 'pertengahan' (intermediate) dan pakar mahupun separa pakar. Ini adalah kerana boleh dikatakan anda perlu membinanya betul-betul dari permulaan atau istilah lainnya build from scratch!

Apa yang akan anda perolehi setelah boot dari CD atau USB ialah sebuah paparan pemasangan dalam bentuk teks semata-mata. Anda perlu aturkan sendiri setiap baris perintah untuk memasangnya. Itu baru proses pemasangan asas. Belum lagi bercerita mengenai pemasangan setiap komponen atau perisian yang lain. Segalanya dilakukan atas kehendak anda, apa yang anda mahu untuk ada pada/dalam sebuah sistem operasi. Dari pengurus fail, persekitaran dekstop sehinggalah kepada tetapan rangkaian, semuanya dilakukan sendiri oleh anda sebagai pengguna.

Bagaimana? BERANI untuk mencuba? Anda boleh dapatkan fail ISO Arch Linux dari laman web rasminya di sini -> Click Me If You DARE

Anda boleh baca dan fahamkan kaedah pemasangannya di sini -> LH

Mr.Hac: Sudah mula bosan kurang selesa dengan 'user-friendly' distro. My Geeky Mind forced me to do something more than usual. Hati puas bila semua yang ada dalam distro tu dari kemahuan diri sendiri.
Powered by Blogger.