Berbicara Mengenai Sistem Operasi

Untuk tahun 2012 ini, Mr.Hac mensasarkan untuk mendapat lebih ramai pembaca dengan entri yang lebih menyeronokkan untuk dibaca, mudah difahami serta menarik perhatian. Seperti tahun 2011 yang banyak membawa Mr.Hac dekat kepada anda, Mr.Hac mula faham kehendak pembaca yang sememangnya mahukan entri mengenai IT yang santai tetapi dalam masa yang sama berilmiah.

Untuk itu hari ini Mr.Hac mahu menulis sedikit mengenai sistem operasi. Jadi apa itu sistem operasi?

Sistem operasi ialah satu set program atau perisian yang dibangunkan oleh pengaturcara profesional atau pakar komputer yang mana ia menggunakan pelbagai perkakas komputer bersambung kepadanya untuk menghasilkan fungsi-fungsi tertentu kepada pengguna. Sistem operasi adalah 'core' kepada sesebuah komputer kerana tanpanya kesemua perkakas adalah tidak berguna. Ia adalah ibarat perantara, penterjemah perkakas komputer kepada manusia (pengguna).


Beberapa Ciri Sistem Operasi:

Kernel: Seperti yang kita tahu Kernel ibarat 'jantung' sistem operasi (OS). Di dalamnya terkandung pelbagai asas kawalan kepada perkakasan.

Antaramuka Pengguna (GUI): Membantu pengguna untuk memahami sistem, pemasangan, atau komunikasi antara pengguna dengan komputer itu sendiri.

Rangkaian: Membantu pengguna membuat sambungan dengan pelbagai sumber seperti internet.

Sekuriti: Tersedia secara lalai, contohnya dalam Microsoft Windows mempunyai Firewall. Namun antivirus tidak tersedia melainkan pembelian secara berasingan. Dalam Windows 7 terdapat antivirus percuma iaitu Microsoft Security Essentials atau MSE. Untuk Windows 8 yang bakal keluar mungkin pada pertengahan tahun ini pula khabarnya MSE akan lebih berupa Windows Defender.

Pelbagai Tugas: Fungsi pelbagai tugas (Multi-tasking) memudahkan kita melakukan berbagai tugas dalam satu masa. Spesifikasi komputer juga mungkin lebih tinggi untuk ini.

Beberapa sistem operasi yang popular untuk komputer adalah seperti Microsoft Windows, Mac OS dan semestinya Linux. Tak lupa juga sistem operasi yang dijalankan dalam telefon bimbit pintar seperti Symbian, Android, Blackberry OS dan iOS.
Powered by Blogger.