[Customize] Boot Screen Untuk Windows 7


Salam...

Mengenang alam lampau. Terkenangkan Otai Atuk dengan desktopnya. Terkenangkan desktopnya pastinya tidak lupa dengan Boot Screen biru terpancar nama Microsoft. Memang nostalgia amat...! Kini semuanya telahpun terarkib dalam memori. Boot Screen biru Microsoft sudah tiada. Termasuklah Atuk yang sudah terlebih sangat Otainya sampai tak kelihatan lagi di dunia ini.

Kembali pada teknologi silam memang mustahil. Itu sudah jadi Pak Kadok menongkah arus namanya. Ilmu teknolgi berkembang pantas, jadi jangan dibiarkan diri anda terlalu jauh ketinggalan dari aliran kemodenan. Tetapi sesekali terasa ingin mengimbau sejarah, tidak salah untuk melepaskan rindu secara virtual. Bolehkah ini dikatakan satu kreativiti?


Boot Screen adalah paparan muka yang anda temui pertama kali selepas membuka komputer. Lazimya anda akan lihat skrin hitam bersama logo Windows dan sebaris ayat Starting Windows... Kepada sesiapa yang sudah bosan dengan paparan muka rutin tersebut, anda boleh menukarnya dengan cara paling mudah dan berkesan sekali. Bahkan anda boleh menukar imej termasuk menulis perkataan mengikut kreativti sendiri.

Pertama sekali anda perlu memuat turun Windows 7 Boot Updater [ pr67am™ ] Inilah satu-satunya perisian di dunia ini yang saya anggap sebagai terbaik dan paling berkesan walaupun masih di peringkat Beta semenjak Mei 2011. Perisian ini adalah versi mudah alih (portable) jadi tidak memerlukan sebarang pemasangan. Dan pastikan komputer anda telah di pasang dengan Fremawork Net 4.0 terlebih dahulu.


Seterusnya anda perlu memuat turun Wallpaper terlebih dahulu mengikut citarasa masing-masing.
.  Windows Classic Boot Screens (Windows 1, Windows 95, Windows 98 or XP)
.  Windows 7 Radian
.  Windows 7 Mobile
.  Windows 8 Concept
.  Mac OS X Snow Leopard
.  Ubuntu
.  Android
.  CyanogenMod

Semua tatakerja hanya sesuai untuk Windows 7 sahaja. Sebelum membuat sebarang tetapan, anda boleh pra tonton hasil kerja dalam skrin penuh dengan klik Play atau Screen. Kemudian klik Apply untuk mengesahkan tetapan yang telah anda buat. Anda juga boleh melakukan tetapan sama pada fungsi Resume. Selepas semua tetapan selesai, sila restart untuk melihat hasilnya.

Sebenarnya masih banyak lagi Wallpaper Boot Screen yang menarik dan kreatif di luar sana. Di sini saya hanya berkongsikan Wallpaper default sahaja. Sesekali ubahlah Windows bosan anda. Walaupun hanya tatapan untuk beberapa saat sahaja, tetapi yang bersaat itulah yang menghairahkan. Semestinya itulah sifat semulajadi kita :)

Sekian.
Powered by Blogger.