[Customize] Mac OS X Lion Untuk Windows


Salam...

Fitrah manusia gemarkan kelainan dan keindahan. Akibat kekangan dan aturan susila merumitkan idaman menggapai semua impian. Tetapi yang 'rumit' itulah menjadikan ruang akal kita lebih berfikir demi menongkah kemustahilan. Lalu terciptalah ragam percubaan dan kejayaan kepada si pengidam.

Siapa yang berani katakan protokol hak tidak bisa diubah dan berubah? Sedangkan jantina boleh di songsang terbalikkan. Yang lelaki menjadi...Auw! Yang perempuan menjadi...Wow! Walaupun tidak seasli dari ladang...dah namanya 'hukum' tetap bersisa batasannya.

Mengidamkan buah apple, dengan 25sen sudah boleh dapat dari kedai Kak Limah. Inginkan laptop Apple? No! No! No! Dengan seribu sen pun, bau Apple pun tak lepas. Damnn...! Nak juga Apple!...Jeng! Jeng! Jeng!... Ada dua cara murah dan muktamad untuk anda menukar Windows menjadi Apple.

Cara pertama dengan menggunakan sistem operasi Mac yang telah diubahsuai untuk sistem Windows. Inilah kaedah yang telah pr67am™ gunapakai sejak setahun yang lalu dan bergaya klon dengan Mac OS X Snow Leopard. Tapi malangnya untuk Mac Os X Lion saya masih gagal melakukannya...hissk! Mungkin kerana specs komputer saya yang tidak lagi menyokong OS yang terbaru ini. Yang mana Mac OS X Lion lagi power dan lebih kepada sistem 64 bit.


Cara kedua dengan kaedah menukar Antaramuka Windows anda. Termasuklah bunyi, kursor, tema dan lain-lain sehingga menyerupai jenama Apple sebenar. Walaupun sekadar penyedap mata memandang sahaja kerana masih lagi menggunakan sistem operasi Windows. Namun tetap juga memadai untuk sesiapa yang sukakan kreativiti dan perubahan.

Ada satu perisian yang terbaru dan paling mudah digunakan sekiranya anda berminat bertukar wajah ke Mac OS X Lion. Hanya dengan melakukan 1 klik pemasangan segalanya siap bertukar. Berbanding kaedah dulu-dulu yang terpaksa memasang satu-satu dan meredah pula ke Command Prompt dan System 32...Haishh! Itupun belum tentu menjadi. Tapi dengan perisian ciptaan windowsx ini, adik yang masih darjah pun boleh buat.


SkinPack ini termasuklah mengubah dan menambah; tema, wallpaper, utility dock, skrin login, bunyi, kursor dan ikon. Hampir lengkap mengubah Windows bosan anda ke Mac OS X Lion. Dari pandangan peribadi, si pereka SkinPack ini, amat mementingkan kestabilan sistem sehingga terpaksa melucutkan beberapa perkara yang terdapat dalam Mac OS X Lion yang sebenarnya. Perisian boleh di gunakan ke atas semua sistem Windows tanpa berpantang-larang.

Usah ditenung lama-lama Kak Limah oiii…! Gosok gincu dan sapu bedak cap Amoi kat muka tu...Jom keluar bergaya sakan dengan transformasi. Oh! Windows ku Apple ku..aduhai!...

Sekian.

Muat turun : [ pr67am™ ]
Powered by Blogger.