[Customize] Picfull : Photo Editor Online


Salam...

Kembali lagi ke dalam talian. Berlagak jagoan di atas pelayar dan ingat, bukannya di atas jalan. Ambil alih tugasan profesional bukan lagi angan-angan. Walaupun anda memekak pada asas sekalipun, hanya dengan sedikit keberanian dan kemahuan, tiada jalan yang tidak ditawan. Tak percaya? Ini bukan cobaaan…ini betul-betul kejadian!

Berkenalan dengan Picfull, sebuah pelayan ringkas di atas talian untuk imej. Anda boleh mengubah imej ke satu tatapan yang berbeza bergantung pada nawaitu. Menambah kesan yang hebat dan menyeronokkan dengan 18 penapis (filters) popular seperti Pencil Strokes, Sepia, Posterizer, Blur, Vintage, Aquarelle serta beberapa lagi. Walaupun tidak sehebat Photoshop atau GIMP, tetapi sudah memadai atas nama percuma dan mudah.

Seperti Water Marquee, Picfull juga mempunyai Antaramuka yang ringkas dan senang lantang untuk dikawal. Tanpa sebarang popup, banner atau iklan yang menyemak sesak seperti kebanyakkan laman, Picfull tampak kemas dan bersih. Sekaligus tiada masalah beban loading yang menjengkelkan. Tanpa perlu membuka akaun seperti laman lain seumpama ini, Picfull memudahkan tugasan anda berjalan tanpa protokol terlalu mengada-ngada.


Muat naik fail imej anda ke Picfull kemudian edit atau mulakan proses penyuntingan berpandukan 18 penapis (filters) yang tersedia di sebelah kiri. Seret atas bawah, seret kiri kanan, seret depan belakang dan jangan sampai terseret ketika lap...sudah! Macam tu je! Mudahkan? Main seret-seret je sampai anda berpuas hati dengan kreativiti sendiri.

Seronoknya tugasan dalam talian ialah anda tidak perlu menanam perisian ke dalam cakera keras. Apatah lagi ianya bukan tugasan rutin dan hanya diperlukan untuk sekali-sekala sahaja. Bookmark dan simpan, rujuk ketika waktu tugasan menuntut.

Sekian.

Picfull : [ pr67am™ ]
Powered by Blogger.