Driverpack Solution: Selesaikan Masalah Mencari Pemacu Selepas Format

Mr.Hac yakin para pembaca ramai yang menggunakan Windows. Maka salah satu perkara pasti ialah anda mungkin akan format komputer anda suatu hari nanti. Sebelum itu anda akan buat salinan terhadap segala pemacu penting yang ada dalam komputer agar anda tidak lagi perlu mencarinya setelah selesai format dilakukan.

Perkara ini tidak lagi akan terjadi setelah keluarnya Windows 8, kerana Windows 8 sudah dilengkapi dengan segala jenis pemacu. Namun, bagi pengguna Windows 7, Vista, dan juga XP yang ceritanya dalam entri ini ialah mereka yang terlupa nak buat salinan terhadap pemacu! Ah.. Macam mana pula tu? Atau mungkin anda malas nak buat salinan. Ahh. Entahlah! Masalah manusia ni macam-macam!

Penyelesaian yang terbaik tiba jua. Driverpack Solution ialah perisian yang mengarkib pemacu-pemacu yang berguna kepada komputer. Apa yang perlu anda lakukan ialah lancarkan perisian ini dan ia bersiap sedia untuk memasangkan pemacu-pemacu yang 'hilang'. Tidak perlu sebarang pengetahuan komputer khusus, tidak perlu internet, ringkas. Cuma saiznya sahaja yang agak 'bagak', iaitu sekitar 3GB, dan anda perlu memuat turunnya melalui Torrent!



Tapi bukan masalah besar sangat kot? Anda boleh cuba muat turun terlebih dahulu Driverpack Solution di sini -> drp.su

Terima kasih kepada pembaca yang mencadangkan perisian ini untuk dicuba oleh Mr.Hac.
Selesai masalah!
Powered by Blogger.