[Giveaway] Uniblue Driver Scanner 2012

Salam...

Acapkali sebelum melahirkan sesebuah entri, satu soalan pertama akan meraung dalam kepala. Perlukah info yang ada di kongsikan dengan pembaca? Ada kalanya apa yang kita fikirkan betul akan menjadi tidak betul kepada orang lain. Dan juga adakalanya apa yang kita tidak suka, kemungkinan menjadi kesukaan orang lain. Jadi muktamadnya sebagai penulis saya tetap sebagai penyampai walaupun berdiri di luar maupun duduk dalam kotak perspektif.

Kali ini kita akan berkenalan dengan sebuah produk Uniblue bernama Uniblue Driver Scanner 2012. Bertepatan dengan dengan namanya, Uniblue Driver Scanner 2012 adalah sebuah perisian yang bertindak sebagai pengimbas dan pengenalpasti driver komputer yang telahpun ketinggalan zaman.

Apakah faedahnya driver perkakasan komputer di kemaskini?
.  Keserasian perkakasan menjadi lebih baik dan mengurangkan konflik sistem
.  Peranti ditapis untuk prestasi yang lebih baik
.  Membuang bugs dan kesilapan peranti
.  Keupayaan baru peranti untuk terus bekerja
.  Prestasi komputer menjadi lebih baik dan stabil


Ciri-Ciri Utama Uniblue Driver Scanner 2012
.  Antaramuka yang mudah dikendalikan
.  Fungsi imbasan yang pantas dan cekap hanya dengan 1-Klik
.  Gambaran keseluruhan system berserta cadangan termasuk laporan tahap driver yang lapuk.
.  Muat turun driver cepat dan selamat serta proses pemasangan driver baru hanya dengan 1-Klik
.  Backup dan Restore driver
.  Sesuai guna untuk Windows XP / Vista / 7 (64-bit support)


Pada harga asal USD19.95 Uniblue Driver Scanner 2012 menawarkan lesen sah percuma hanya kepada jelata UK sahaja. Dan sekiranya anda berminat anda perlu mengikuti beberapa langkah mudah di sini.
1. Salin URL laman giveaway : http://mag.uniblue.com/computershopper/ds/index.html
2. Kemudian tampal ke laman proxy UK di bawah ini:
http://www.daveproxy.co.uk/
3. Klik "Get our FREE product" untuk masuk ke laman promosi
4. Kemudian isilah maklumat seperti yang diminta dan klik "Complete Registration" setelah selesai.
5. Dalam masa kurang seminit anda akan mendapat balasan email berserta nombor siri dan pautan untuk memuat turun perisian.

Secara peribadinya saya bukanlah penggemar jenama Uniblue. Pandangan saya, Uniblue Driver Scanner 2012 tidaklah begitu relevan untuk Windows 7. Yang mana sistem pengawal selia perkakasannya masih boleh diharapkan. Berbanding Windows XP amat memerlukan perisian seperti ini. Anda perlu banyak belajar dan memahami perisian ini. Driver adalah perkakas yang amat sensitive.

Nasihat saya, anda mesti berhati-hati. Tidak semestinya apa yang disyorkan oleh perisian ini mesti di ikut 100%...kalau main ikut je nanti padah akibatnya. Apa yang saya review kan di sini adalah atas dasar percuma dan sah! Seperti selalu saya katakan...lain pandang lainlah pandangan. Jadinya anda harus berani bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Sekian.

*Promosi akan berakhir pada 1 Mac 2012
Powered by Blogger.