[Info] Top 5 Wallpapers Site

Salam...
Indah itu fitrah. Bosannya melepuk dalam kotak statik total. Sesekali mengingkari mitos, mendongak langit menoleh bumi. Tidak salah menukar wajah dalam rupa yang masih sama. Mengimaginasi kreativiti membentuk peribadi. Hidup mesti tersendiri menjadi pengenal identiti di tengah khalayak. Letih mencuba dan mencari belum tercapai idaman hati. Ayuh! Kami kongsikan sedikit cenderahati.

Top 5 laman wallpaper terbaik dunia berdasarkan pencalonan pembaca dalam kategori tersendiri. Di sini segalanya ada. Anda boleh bawa pulang yang mana satu untuk mengubah muka bosan komputer anda. Tetapi harus di ingat, untuk mendapatkan kualiti yang terbaik anda harus tahu resolusi skrin yang serasi dengan desktop komputer anda. Klik kanan pada Desktop > Screen resolution > Resolution : lihat nilai "recommended". Itulah angka serasi untuk anda. Dan angka itu jugalah yang akan anda gunakan untuk memilih saiz wallpaper untuk desktop komputer anda.

Wallbase
Laman yang kian mendapat perhatian dan semakin popular. Mempunyai pangkalan data imej yang besar. Membolehkan anda mencari dengan kata kunci; warna, tag popular serta penapis tetapi hanya untuk imej resolusi tinggi. Agak leceh! Anda perlu mendaftar akaun untuk mendapatkan banyak kelebihan seperti mendapatkan nisbah (ratio) pilihan sendiri, melanggan dan menyimpan senarai wallpaper kegemaran.
*Rasanya di sini amat sesuai untuk pengguna komputer meja yang mempunyai resolusi skrin yang besar.

Digital Blasphemy
Anda berminat dengan karya yang unik? Di sinilah tempatnya untuk anda memuat turun 3D, seni aneh, fantasi, dunia asing, tamadun misteri termasuk sumber alam yang iconic. Terdapat pelbagai seni CG yang tersedia meskipun sudah agak ketinggalan. Kebanyakannya boleh di dapati secara percuma tetapi jika mendaftar sebagai ahli bermula dengan yuran $20 setahun anda akan mendapat akses untuk mendapatkan wallpaper terbaru siap di hantar terus kepada anda.
*Hmmm...berbayar lagi! Berbaloi ke? Agak berbaloi untuk untuk pengguna swasta yang berkait kerja dalam bidang kreatif.

DevianArt
Satu lagi laman popular mengumpulkan para penggiat kreativiti mempunyai latar belakang yang berbeza dari seluruh dunia. Tidak terlalu mengongkong pengkaryanya dengan syarat yang ketat. Hasilnya ia menjadi sebuah laman yang produktif dan anda boleh dapatkan berbagai wallpaper yang unik termasuklah produk lain yang menarik. Sekiranya anda seorang yang berkreativiti hebat, di sinlah tempatnya untuk anda meluahkan ilham, bakat dan kerjatangan peribadi.
*Menariknya di sini, anda bebas berkarya dan mempamerkan kreativiti dengan idea yang pelik kepada dunia tidak kira walaupun anda cuma seorang amatur.

InterfaceLift
Mempunyai reputasi hebat sebagai destinasi wallpaper yang boleh di padankan dengan mana-mana resolusi, apa-apa ratio dan tetapan pelbagai monitor (multi-monitor setups). Pangkalan data yang kaya dengan gambar besar, maklumat foto untuk setiap wallpaper serta pemandangan semulajadi yang menarik. Dengan tetapan yang boleh ubah memudahkan anda menapis dan melihat semua wallpaper. Juga terdapat pilihan untuk pengguna iPhone dan iPad.
*Tapak yang amat mudah membuat pilihan wallpaper untuk skrin paling kecil sehinggalah kepada yang paling besar.

SimpleDesktops
Sepadan dengan namanya, laman ini membekalkan wallpaper yang tampak ringkas tetapi padat dengan seni. Laman yang mengkhususkan wallpaper dalam warna tunggal dengan grafik dan corak yang mudah meliputi alam semulajadi, grafik mewah, imej pegun filem dan fantasi 3D. Mempunyai pangkalan data agak kecil menyebabkan keterbatasan anda dalam membuat pilihan.
*Layaknya hanya untuk yang pandai menilai seni sahaja. Kalau di tatap dengan akal biasa memang agak membosankan.

Cukup ke dengan Top 5 di atas? Pun anda boleh merujuk dan mencari imej di 4Walled dan Google Images. Di situpun terdapat banyak pilihan walaupun sebahagiannya bukan dalam standard yang khas. Dengan berbagai aneka pilihan seperti ini, lagaknya bergaya sakanlah kita. Rambang mata celaru rasa di buatnya. Tapi... The Paper Wall pun ok apa?

Sekian.
Powered by Blogger.