Mengintegrasikan Prozgui Faster Dengan Firefox dan Google Chrome

Salam semua.


Prozgui Faster ialah sebuah pemuat turun (downloader) yang bagus untuk Ubuntu. Tapi sebelum itu kita perlu mengintegrasikan ia dengan pelayar web yang kita selalui gunakan supaya proses muat turun berjalan dengan lancar.

Untuk Pelayar Web Firefox:

1. Anda wajib ada Addon Flashgot pada Firefox. Jika belum ada, sila pasangkan.

2. Buka Firefox. Klik pada Add-ons -> Extensions -> Flashgot -> Preferences lalu akan keluar tetingkap seperti di bawah:


3. Pergi pada tab General, klik 'Add'. Masukkan nama Download Manager iaitu : ProzGui Download Accelerator

4. Setelah itu cari fail executable pada direktori File System : /usr/bin/prozgui


5. Tandakan pada 'Shown in context menu'. Ok, selesai. Sekarang anda boleh gunakan Prozgui untuk memuat turun pada pelayar Firefox dengan syarat anda jadikan ia sebagai pemuat turun lalai (Default) pada ruang tetapan Flashgot iaitu di tab General dan FlashGot Media.

Untuk Pelayar Web Google Chrome:

1. Untuk mudah kerja, anda klik Chrome Download Assistant, lalu pasangkan ia pada Google Chrome/Chromium anda.

2. Taipkan pada bar URL : chrome://settings/extensionSettings atau anda boleh klik pada lambang 'spanar' -> Preferences -> Extensions dan pergi kepada Download Assistant -> Options, masukkan maklumat-maklumat berikut:

Name : ProzGUI
Command : /usr/bin/prozgui

Klik Add -> Save & Close.



Pilih Prozgui sebagai pemuat turun lalai (Default):


Hei Garuda durjana,

Jika sungguh niatmu,

Ku panah kau menjalar mati,

Ku gantung dirimu di alang,

Keringlah engkau di tiang sula,

Hei panah saktiku!

Jika benar namamu Berana Pura,

Jika benar kau mempunyai kesaktian,

Tunjukkanlah!

Hanyut tanah tak bertuan,

Raja tidak bertuhan,

Ditabal aku di Sanggar Masin,

Raja Qalha Pra Ong Mahawangsa!

Quote from a great song - Sil Khannaz - Merong Mahawangsa
Powered by Blogger.