Menyingkap Tabir 2012 Setelah Labuhnya Tirai 2011


Kini tahun baru muncul lagi. Setelah hampir setahun kita bersama, kita memasuki fasa baru sekali lagi dalam kehidupan ini. Pelbagai kisah suka duka, ragam manusia, tangis dan tawa telah pun kita hadapi. Sesungguhnya tahun 2011 adalah tahun yang indah, tahun hikmah.

Jika Dato AC Mizal ingin menjadi salah seorang individu terkaya Malaysia, untuk tahun mendatang Mr.Hac pula ingin menjadi salah seorang genius di negara tercinta kita. Mungkin tidak sehebat adik Adi Putra yang mampu mencipta formula Matematik dan menjadi rujukan pensyarah Universiti, mungkin jua tidak mampu menghafal 100 nombor rawak dalam tempoh 30 saat sepertinya. Tetapi harapan Mr.Hac adalah untuk menghasilkan blog IT yang paling bermutu, menjadi rujukan seantero Malaysia dan negara luar serta gudang ilmu yang pelbagai.

Andai kata terlalu banyak salah silap, maaf dipinta, 0 dan 0 hendaknya. Moga tahun 2012, tahun Naga, tahun kekayaan ini bakal membawakan kepada kita suatu pengalaman yang luar biasa hebat!


P/S: Maaf kerana lama tak update entri. Cuti seminggu dimanfaatkan sepenuhnya untuk keluarga. Kini kita bersama semula. Jangan bimbang, jangan ragu, selepas ini pasti ada lagi entri baru.
Powered by Blogger.