[Mozilla] WebMail Notifier


Salam...

Jauh di kenang dekat di sayang. Yang hilang di tunggu datang. Yang pergi di tunggu pulang. Masa bercinta pandang-pandang. Bila dah benci serang-menyerang. Masa merindu cakap sorang-sorang. Bila bertemu tak nak pula meminang. Orang tua bilang...itu lah namanya mabuk kepayang! ...kwang! kwang! kwang!...

Orang dulu-dulu pakai surat tampal stem. Orang sekarang pakai email pasang domain. Dalam zaman sekarang kebiasaannya orang dah tak menggunakan satu email sahaja. Mungkin 2 atau 3 atau mungkin lebih lagi. Apakah yang anda gunakan untuk menguruskan kesemua email tersebut? Atau anda masih lagi menggunakan cara manual? Taip satu-satu pada setiap kali anda log masuk ke halaman email anda. Pastinya cara demikian amat rimas dan menjengkelkan.

Bayangkanlah kalau ada 4 atau lebih email yang perlu anda log masuk semata-mata hanya untuk membuat pemeriksaan rutin. Aduh! Tak larat lah bang oii! Atau anda akan ketinggalan email penting kerana malas melakukan pemeriksaan ke atas peti masuk email anda. Sebenarnya ada satu cara yang teramat mudah untuk menguruskan kesemua email anda. Kepada yang belum tahu, saya akan perkenalkan sebuah extension untuk pelayar Mozilla Firefox ciptaan Byungwook Kang dari Korea yang digunapakai semenjak 2007 lagi. Yang boleh menyokong berbagai jenis email seperti gmail, yahoo, hotmail, aol, daum, naver, nate, paran, POP3/IMAP dan seumpamanya.


WebMail Notifier addon untuk Mozilla Firefox yang cuma bersaiz 186KB sahaja. Pastinya tidak akan meninggalkan impak berat ke atas pelayar anda. Berbanding dengan tugasannya yang amat penting itu. Anda cuma perlu masukkan kesemua alamat email dan password email anda pada tetapan option. Dan lakukanlah beberapa tetapan lain mengikut kesesuaian anda. Selepas itu biarkan WebMail Notifier bekerja. WebMail Notifier akan memberitahu anda melalui popup atau alert sound sekiranya terdapat email baru yang masuk ke dalam peti masuk email anda. Mudahkan! Dan anda cuma perlu klik pada popup email sahaja untuk log masuk. Lagi mudahkan!

AMARAN: Sebagai langkah keselamatan, anda di nasihatkan tidak menyenaraikan atau memasukkan email penting seperti yang berkaitan dengan perbankkan ke dalam WebMail Notifier. Bimbang data anda mudah diintip dan di curi oleh pihak yang berkepentingan.

Sekian.

WebMail Notifier: [ pr67am™ ]
Powered by Blogger.