Pasang Conky Pada Ubuntu

Melihat kepada permintaan yang agak hangat, entri ini menyusul untuk memberikan jawapan. Susahkah nak pasang (Install) Conky di Ubuntu? Mr.Hac menggunakan Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot dan Conky berjalan dengan cemerlang sekali. Jadi bagaimanakah caranya?

Buka Terminal dan jalankan perintah di bawah:

sudo apt-get install conky

Siap.. Eh.. Itu sahajakah? Bagaimanakah caranya untuk memasang tema? Sebagai contoh, tema Lunatico Rings, kegemaran Mr.Hac seperti gambar di bawah:



Baiklah. Anda boleh mengambil cara ini sebagai contoh. Terlebih dahulu, muat turun fail tema yang Mr.Hac gunakan itu di sini -> Conky Lunatico Rings

Pergi kepada direktori anda tempatkan ia dimuat turun, klik kanan dan pilih 'Extract Here'. Buka direktori Home anda, cipta satu folder dengan nama '.conky'. Potong dan tampal
(Cut and Paste) fail yang telah diekstrak tadi ke dalamnya (conky_lunatico.lua & conkyrc_lunatico).

Anda boleh jalankan Conky dan tema di atas melalui baris perintah berikut:

conky -c ~/.conky/conkyrc_lunatico

Untuk menambahkannya pada waktu mula (startup), buka Startup Application, klik 'New', pada 'Name', masukkan 'conky' dan pada 'Command', masukkan baris perintah di bawah:

conky -p 50 -c /home/Nama_Pengguna_Anda/.conky/conkyrc_lunatico

Pada Nama_Pengguna_Anda, masukkan nama pengguna Linux anda yang telah anda pilih. Sebagai contoh dari Mr.Hac, 'arya'.

Selesai! Cara ini boleh digunakan untuk pelbagai lagi tema! Anda boleh carinya di Gnome-Look.org
Powered by Blogger.