Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Arch Linux

Ok. Dah siap dah install Arch Linux? Kalau dah siap baguslah, kerana hari ini Mr.Hac nak beri sedikit panduan akan apa yang patut atau perlu dipasang selepas siapnya pemasangan Arch Linux pada PC anda (Top things to do after installing Arch Linux man!)


1. Update and sync:

Jalankan perintah di bawah setelah anda log masuk:

pacman -Syy

pacman -Syu

2. Pasang Pulseaudio:

pacman -S pulseaudio

pacman -S alsa-plugins

Sunting fail /etc/rc.conf

nano /etc/rc.conf

Pergi ke bawah sekali dan tambahkan dbus (Sebelum network) dan gdm diakhir sekali (Untuk ini anda perlu merujuk kepada Arch Wiki pada bahagian Display Manager. Sila tukarkannya jika anda menggunakan Display Manager selain gdm - GNOME Display Manager)


3. Pasang Xorg:

pacman -S xorg

lspci | grep VGA
-> Untuk mendapatkan jenis kad grafik anda

pacman -S nvidia
-> Contoh

startx
-> Untuk menguji X, sama ada ia berjalan dalam sistem atau tidak

4. Pasangkan Font:

pacman -S ttf-dejavu ttf-ms-fonts

5. Pasangkan persekitaran desktop:

# Mr.Hac tinggalkan bahagian ini untuk anda 'terokai' sendiri Arch Wiki!

6. Reboot

7. Pasangkan codecs:

sudo pacman -S mplayer gecko-mediaplayer xine-lib xine-ui libdvdread libdvdcss alsa-oss jre
-> Tambahkan flashplugin jika anda menggunakan 32bit

8. Pasangkan Firefox (Akhirnya...):

pacman -S firefox

9. Tambahkan pengguna (Iaitu anda):

adduser arya
-> Gantikan arya dengan nama anda

Pilihan seterusnya anda cuma perlu tekan Enter, Enter dan Enter sehingga diminta memasukkan nama penuh, masukkan saja nama nama, dalam kes Mr.Hac ini ialah 'arya'. Kemudian Enter lagi sehingga diminta masukkan kata laluan. Masukkan kata laluan pilihan anda dan anda boleh logout dengan menaip 'logout'. Done.

Atau anda boleh gunakan baris perintah ini:

useradd -m -g users -G audio,lp,optical,storage,video,wheel,games,power -s /bin/bash arya
-> Seperti biasa 'arya' itu, gantikan dengan nama yang anda ingini ya. Sebenarnya kepenggunaan untuk akaun ini lebih banyak lagi boleh ditambah, tapi ini pun sudah cukup.

Tetapkan pula kata laluan:

passwd arya

10. Tukarkan pengguna itu kepada had penggunaan 'sudo' atau 'root':

nano /etc/sudoers

Di bawah baris berikut tambahkan nama pengguna anda:

root ALL = (ALL) ALL
arya ALL = (ALL) ALL

Ctrl + x + y + Enter untuk menyimpan konfigurasi itu tadi, atau:

Anda uncomment (padam tanda #) pada baris berikut:

wheel ALL = (ALL) ALL

Log keluar, log masuk kembali dengan nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian:

sudo su

Masukkan kata laluan dan sekarang anda sudah boleh gunakan akaun ini sebagai 'root'.

Jika pada waktu pemasangan Arch Linux anda tidak pasangkan 'sudo', maka anda perlu pasangkan ia terlebih dahulu agar akaun ini boleh menggunakan perintah 'sudo' untuk mengemaskini, menaik taraf atau memasang pakej/perisian:

pacman -S sudo

Amacam? Sudah ada keberanian atau pening?
Powered by Blogger.