Prozgui Faster : Download Manager Terbaik Ubuntu?

Mr.Hac ada mencuba Prozgui Faster, sebuah download manager/accelerator untuk Ubuntu (Linux) yang baru diperkenalkan. Ia sebenarnya adalah sebuah antaramuka (GUI) untuk Prozilla. Jadi, adakah ia sebagus reviu dari blog-blog IT luar negara? Mari kita lihat beberapa cirinya.

Prozgui Faster boleh dipasang dengan versi terbarunya Prozgui 2.0.7 pada Ubuntu melalui PPA, seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:alza/project

sudo apt-get update

sudo apt-get install prozgui

Jika anda sudah pernah memasang versi sebelumnya, jalankan perintah 'sudo apt-get update' dan kemudian 'sudo apt-get upgrade'. Semudah A,B,C.

Ia boleh diintergrasikan ke dalam pelayar web Firefox melalui Flashgot dan Google Chrome/Chromium pula melalui 'Download Assistant' (Tutorial mengenainya akan menyusul kemudian).

Berikut adalah beberapa paparan Prozgui Faster dalam Ubuntu 11.10 di netbook Mr.Hac.




Pendapat Mr.Hac mengenainya? Not bad at all. Its ok, but not great. For me, I think I'll stick to DownThemAll. Sebab? mungkin kurang serasi agaknya. Nak kata lebih laju dari DownThemAll, errr.. rasanya anda wajib cuba sendiri baru tahu 'feelnya' macam mana!

Cara Menggunakannya? Cukup mudah! Melalui Flashgot, seperti gambar di atas, apa juga pautan muat turun akan terus 'masuk' ke dalam senarai muat turun Prozgui. Atau anda boleh juga buka menunya, iaitu File -> New URL dan masukkan URL fail yang ingin anda muat turun.

Jangan fikir-fikir lagi. Cuba dahulu baru tahu. Bab intergrasi dengan pelayar web Firefox dan Chrome, seperti yang disebut tadi tutorialnya akan menyusul kemudian. Sabar!

Thanks to Mr Tuto atas soalan lu bro! Terus wa taip entri ni tahu!
Powered by Blogger.