Setelah Setahun Usia MHAH


Setahun sudah telah berlalu. MHAH kian matang dengan pertambahan penulis-penulis jemputan beserta artikel-artikel yang semakin melekat di hati. Sebenarnya ini adalah entri ucapan 'belated' birthday kepada blog MHAH kerana blog ini telah dibuat dan ditulis pada 16hb Januari 2011. Namun domain .com itu pula dikonfigurasikan pada 7hb Febuari 2011 dan bakal diperbaharui sebelum 8hb Febuari 2012.

Terasa begitu cepat masa berlalu, dan dalam masa itu jugalah Mr.Hac telah kenali siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan. Ramai yang ingin melihat kejatuhan blog IT berbahasa Melayu ini, tetapi lebih ramai lagi yang menyokong! Terima kasih kepada kawan dan lawan, pembaca dan pembenci, anda semualah pelengkap asam garam MHAH!

Mr.Hac dan para penulis lainnya di sini tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Lembut lidah dari gigi, hendak bercakap apa saja memang senang hati. Tetapi hendak melakukannya lebih payah, dari lidah yang bertutur mudah. Apapun, MHAH akan terus bertapak selagi Mr.Hac ingin menulis dan berjuang, biarpun anak bangsa sendiri menikam dari belakang. Maaf dipinta andai terlanjur tutur kata, selagi ajal belum tiba, selagi itu MHAH akan membantu anda. Mr.Hac tidak menjanjikan bulan bintang, cukup sekadar belajar IT dengan penyampaian yang menarik minat.
Powered by Blogger.