Theme Mac OS X Lion Untuk Ubuntu 11.10

Jika sebelum ini anda telah diberikan satu Mac OS X Transformation Pack untuk Windows oleh Tuan pr67am, maka kali ini Mr.Hac membawakan kepada anda tema (Theme) Mac OS X Lion untuk Ubuntu 11.10 pula.

Mari kita terus kepada kaedah pemasangan tema.

1. Pasangkan cursors. Buka Terminal dan jalankan baris perintah di bawah:

wget http://dl.dropbox.com/u/47950494/Mac-Lion-Cursors.tar.gz

sudo tar -xzvf Mac-Lion-Cursors.tar.gz -C /usr/share/icons

2. Muat turun tema Mac OS X Lion. Sedikit nota, jika anda sudah pernah membuat folder .themes sebelum ini, maka perintah yang pertama bolehlah anda abaikan.

mkdir ~/.themes

wget http://dl.dropbox.com/u/47950494/Mac-Lion-Theme.tar.gz

tar -xzvf Mac-Lion-Theme.tar.gz -C ~/.themes

3. Pasangkan Mac Icons. Seperti biasa, jika anda sudah pernah membuat folder .icons sebelum ini, maka perintah yang pertama boleh di abaikan.

mkdir ~/.icons

wget http://dl.dropbox.com/u/47950494/Mac-Lion-Icons.tar.gz

tar -xzvf Mac-Lion-Icons.tar.gz -C ~/.icons

4. Pasangkan GNOME Tweak Tool. Sekarang ia dikenali sebagai Advance Settings.

sudo apt-get install gnome-tweak-tool

Anda bolehlah mengikut tetapan seperti di bawah:


Cursor theme -> Mac-Lion-Cursors
Icon theme -> Mac-Lion-Icons
GTK+ theme -> Mac-Lion-Theme
Window theme -> Mac-Lion-Theme


Maka hasilnya adalah seperti di bawah. Lihat pada ikon, ia sama seperti ikon pada Mac OS X Lion. Kira menarik tu kan? Jika anda mahu 'tweak' lebih lagi, itu terpulang kepada kreativiti anda. Andalah yang menentukannnya!



Jika anda mahu pasang Conky seperti dalam gambar, ikuti tutorial INI.

Tengok video sikit!





SUMBER: Convert your Ubuntu 11.10 into Mac OS X Lion
Powered by Blogger.