[Tips] Masalah Network Connections Selepas Kemaskini


Salam...

Kepala pusing memutar soalan yang tak berjawapan. Mahu bertanya sudah terputus talian. Mahu mencari sudah terbungkam fikiran. Padahal cuma sekenit masalah, sudah celaru gempak musibahnya. Dengan skema cepat melontar masalah kepada tawkey sepet. Aiya! Itu ini - ini itu...Damn! Ratusan RM terburai...pemurahnya orang kita!

Kami ingin berkongsikan satu masalah yang jarang berlaku tetapi tidak mustahil boleh berlaku kepada mana-mana komputer di dunia ini. Pemacu (driver) seperti sedia maklum adalah perkakas yang terlalu sensitif. Tetapi kita harus juga mengemaskini pemacu untuk melaraskannya seiring tuntutan zaman.


Pernahkah anda mengalami masalah rangkaian internet tidak dapat di intergrasikan semula selepas melakukan kemaskini pada kad rangkaian (network card). Tiba-tiba terpampang tanda seruan berwarna kuning pada ikon internet di taskbar. Dan setelah diperiksa pada folder Network Connections nampak kosong dan tak masuk dek akal. Anda pasti terfikir kemana hilangnya kesemua Network Adapter dari folder tersebut. Jawapan klise yang terpancul- Virus?


Untuk makluman, tiada kaitan pun dengan pakcik dan makcik virus. Masalah ini terjadi adalah kerana komputer gagal mengkonfigurasikan semula Network Adapter yang telah di kemaskini. Ini terjadi mungkin kerana bugs dan cache yang keliru. Masalah ini takkan selesai walaupun anda cuba menutup modem dan restart komputer sehingga berabad kalipun. Disini ada satu penyelesaian paling mudah dan jimat masa. Tutorial saya jalankan adalah keatas Windows 7.


1  Ke > Start Menu atau RUN > taip regedit
2  Ke > HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Network
3  Pada tetingkap sebelah kanan Network, anda akan melihat Config. Klik kanan pada Config kemudian Delete. Ingat hanya key Config sahaja yang perlu anda Delete.
4  Selepas selesai, tutup dan restart komputer anda. Lazimnya anda dapat mengembalikan konfigurasi internet anda kepada asal tanpa sebarang masalah lagi.

*Sekiranya terjadi sebarang masalah kepada network connections seumpama ini, anda juga boleh melakukan tindakan yang sama.
*Jangan risau dan takut untuk Delete key Config. Komputer anda secara automatik akan mencipta key Config yang baru nanti selepas komputer di hidupkan semula.


Selesai sudah satu perkara, semoga pembelajaran ini menjadi satu asas yang berguna untuk anda semua. Berfikir dan ingat...jangan tertipu lagi oleh gertakkan teknologi ciptaan akal yang sama sepeti kita.

Sekian.
Powered by Blogger.