23 January 2012

[Tips] "New" di Context Menu : Bersih & Pantas


By on 4:10 PM

Salam...
Tetamu tidak diundang, itu namanya penyemak. Tetamu tak reti nak pulang, itu namanya penyesak. Tetamu taknak pulang-pulang, itu memang nak kena penyepak. Mengapa di biarkan sahaja si penyemak kalau hanya membuat onak. Bebaskan protokol dari benak. Menentukan yang terbaik adalah hak!

Windows tercipta secara lalai (default) bersama fungsi dan struktur yang lengkap. Tetapi hakikatnya tidak kesemua fungsi-fungsi tersebut memenuhi tatakerja kita seharian. Bahkan sebahagiannnya boleh di kategorikan sebagai sampah. Dah namanya sampah, tentunya amat merimaskan sekaligus boleh menjejaskan prestasi Windows anda.

Cuba anda klik kanan pada desktop kemudian hala ke "New" folder. Dan cubalah amati berapa banyak fungsi atau tugas yang anda perlukan di situ. Paling banyak pun mungkin satu atau dua sahaja. Mengapa tidak anda buang fungsi lain yang tidak diperlukan. Sekaligus boleh menjadikan Context Menu anda lebih bersih, terurus dan ringan.


Pertama sekali anda perlu muat turun ShellNewHandler. Ini adalah perisian mudah alih (portable) dan tidak memerlukan pemasangan. Hanya lancarkan sahaja ShellNewHandler.exe kemudian padamkan centang pada fungsi yang hendak dibuang. Selesai tetapan klik Apply maka siaplah misi anda. Usah khuatir, anda boleh mengembalikan fungsi yang telah dibuang itu sekiranya diperlukan kelak dengan hanya mencentang kembali. Mudah kan?

Terjadi beberapa kes di mana "Briefcase" tidak dapat dbuang dengan perisian. Jangan risau! Sebenarnya anda masih boleh membuangnya dengan meredah ke dalam sistem regkeys.

.  Ke Start Menu taip regedit di kotak Search.
.  Ke > HKEY_CLASSES_ROOT\Briefcase\ShellNew
.  Klik kanan pada folder ShellNew kemudian Delete folder tersebut.

Akhirnya Context Menu di dalam sistem komputer anda tampak lebih kemas dan menarik. Sekaligus menjadikannya lebih ringan.

Sekarang anda telahpun membersihkan Windows anda dengan menidakkan kepada salah satu fungsi yang menjengkelkan. Bijak bukan hanya pada kata-kata. Bijak juga tidak hanya pada gerak kerja. Tetapi sangat bijak apabila anda tahu memilih perkara apa yang berguna.

Sekian.

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment