[Tips] Windows 7 Genuine?

Salam...

Mencari yang asli bukannya susah. Membayar yang asli itulah yang amat susah. Mencari yang palsu bukannya payah. Menentukan bukan palsu itulah yang amat payah. Pandang belakang jalan berlenggang rambutnya panjang. Pandang depan mekap terang dadanya kembang. Bila bersembang...Wow! Ketawa mengilai memanjang. Hoh! Jembalang Tokong dah nak datang...kui3...

Lazimnya sebagai pembeli komputer baru anda sepatutnya mendapatkan sistem operasi Windows yang asli seperti yang dijanjikan oleh peruncit atau pengilang. Adakah anda akan telan bulat segala kata manis penjual? Atau percaya bulat pada logo Genuine Microsoft Software seperti yang anda lihat di atas? Anda akan tersedak selagi yang bulat itu anda terus telan tanpa mengunyah dengan cermat setiap persoalan. Cuma sedikit masa sahaja yang diperlukan untuk anda mengenali samada Windows anda asli atau tiruan. Melalui 3 kaedah yang saya anggap terbaik di dunia dan boleh dipercayai.

Kaedah 1 :
1.  Buka Command Prompt yang terdapat dalam fail Accessories dari Start Menu. Dan jalankan Command Prompt dengan Run As Administrator.
2.  Masukkan kod : sfc /scannow


3.  Kemudian tekan Enter. Biarkan ia membuat imbasan (scan) sehingga lengkap 100%.
4.  Selesai pengimbasan anda akan medapat keputusan samada terdapat sebarang kesalahan dalam sistem operasi Windows anda.

5.  Sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti CRACK, secara automatik ia akan membaiki (fix) sekaligus membuang (remove) CRACK dari sistem operasi.
6.  Kemudian tutup Command Prompt dan hidupkan semula komputer sebagai pelengkap proses.

Kaedah 2 :
1.  Boot dengan mana -mana dvd Windows 7, tak kisahlah dvd yang asli atau tiruan.
2.  Pilih Repair your computer

3.  Masuk ke System Recovery Options kemudian pilih Command Prompt.

4.  Masukkan kod : bootsect.exe /nt60 ALL


5.  Dalam masa kurang seminit anda akan mendapat keputusan Successfully updated NTFS filesystem bootcode. Ertinya kerja pengimbasan sudahpun selesai. Dan secara automaik sistem anda telah di kemaskini dan sebarang unsur LOADER telahpun di nyahpasang.
6.  Sila hidupkan semula komputer untuk lanjutan keputusannya.

Kaedah 3 :
1.  Pergi ke laman Microsoft untuk memuat turun kemaskini KB971033
2.  Pasang kemaskini tersebut dan hidupkan semula komputer setelah selesai.
3.  Dan secara automatiknya segala keraguan dalam sistem operasi Windows anda telahpun dibersihkan.
*Sayugia diingatkan walaupun kemaskini KB971033 sudahpun siap terpasang terlebih dahulu dalam Windows Update, crack / loader sebenarnya masih boleh dipasangkan kemudian. Jadi, jika inginkan penilaian yang mutakhir, anda perlu memasang semula kemaskini tersebut.

*Anda harus melalui satu persatu 3 kaedah di atas sekiranya inginkan jawapan yang paling maksima.
*Untuk melihat paparan logo Genuine Microsoft Software : Klik kanan My Computer > Properties > Windows activation.


Tutorial ini sekadar satu peringatan dan didikan supaya kita bijak dalam membuat penilaian. Adakah anda pengguna Windows asli? Kalau sudah tahu tangan tu berbau petrol, jangan sesekali berani bermain dengan api.

Sekian.
Powered by Blogger.