Transmission Bittorrent Client : Ringkas Tetapi Menawan

Transmission ialah pemuat turun Torrent atau Torrent Client yang telah menjadi client lalai dalam Ubuntu. Ia juga boleh didapati untuk beberapa sistem operasi lain seperti Windows dan Mac.

Transmission amat mudah digunakan. Tampil dengan menu ringkas, tetapi 'semua ada dalam satu', ia tidak memeningkan kepala kerana anda tidak perlu memahami begitu banyak fungsi tambahan yang biasa ada pada Torrent Client lain, yang sebenarnya tidak begitu digunakan sangat pun!


Jika anda menggunakan Ubuntu dan anda mahukan versi yang paling baru, sila gunakan PPA seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:transmissionbt/ppa

sudo apt-get update && sudo apt-get install transmission



Untuk sistem operasi lain, anda boleh lihat pada laman web rasminya: Transmission
Powered by Blogger.