Ultrabook : Legasi Baru Bakal Kuasai Pasaran 2012

Jika anda pernah menggunakan atau mempunyai MacBook Air, anda pasti tahu betapa ringan, nipis, bergaya, dan berkuasanya ia. Tahukah anda MacBook Air dikatakan tergolong dalam kategori Ultrabook? Pendapat ini sukar disangkal jika anda teliti spesifikasi yang 'ditetapkan' oleh Intel. Jadi apa itu Ultrabook?


Ultrabook ialah istilah dari Intel untuk sebuah komputer dalam kategori laptop yang sangat mudah alih, nipis, ringan lagi berkuasa. Teknologi Ultrabook menggabungkan pemproses mobil baharu (Intel CULV) dengan grafik yang disekalikan, dan juga penggunaan Solid State Drive (SSD) berasaskan flash. Hayat bateri yang lebih lama iaitu 5 jam ke atas, dan dapat memulakan operasi sejurus ia dibuka dengan cepat.

Ultrabook mengikut 'definisi' yang diberikan Intel, ialah laptop yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core, dengan ketebalan tidak lebih dari 21mm (0.8 Inci) dan mempunyai hayat bateri yang lebih panjang. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 11.6 inci atau 13.3 inci dan beratnya di bawah 1.4kg. Boleh digunakan dengan cepat dari mode tidur (sleep mode). Tak lupa juga prestasinya yang super duper bagus, laju, pantas, dan lancar.


Salahkah Teknologi Berkembang, Harganya Mengikut Sama?

Seperti yang kita ketahui, setiap kali sesuatu teknologi itu berkembang, maka ia menuntut 'harga' yang sama. Ada yang mengatakan punca disebalik naiknya spesifikasi komputer adalah disebabkan pengeluaran sistem operasi Windows Vista dan menyusul pula Windows 7 selepasnya yang mana ia memerlukan sekurang-kurangnya RAM dengan kapasiti 1GB untuk menjalankannya.

Tetapi anggapan ini tidak tepat kerana biarpun Microsoft tidak mengeluarkan sebarang sistem operasi yang memerlukan spesifikasi lebih tinggi, teknologi akan tetap berkembang, dan menjadi lebih maju seiring dengan perubahan zaman.

Ya, sememangnya spesfikasi lebih tinggi, harga lebih tinggi juga. Tetapi harapnya kita tidak menjadi katak di bawah tempurung yang asyik merungut dengan harga. Jika kita di tempat pembangun perisian, perkakas, dan sebagainya yang berkaitan, kita juga akan berharap penerimaan 'harga' untuk teknologi yang kita terokai. Soal mampu atau tidak, itu bukan lagi alasan.

Soalnya, bersediakah kita dengan ciptaan baru tahun demi tahun? Apakah kita bakal dikejutkan dengan penemuan terhebat? Sama-sama kita nantikan.
Powered by Blogger.