Apa Itu Crypter dan Kegunaannya?

Dalam entri yang lepas kita sudahpun membincangkan mengenai Binder, sejenis perisian/tool yang digunakan untuk menggabungkan dua jenis fail menjadi satu fail dengan satu nama dan satu ekstensi. Kali ini kita akan membincangkan mengenai Crypter pula.

Apa Itu Crypter?

Crypter ialah sebuah perisian atau tool yang digunakan untuk 'menyembunyikan' virus, keylogger atau trojan yang dibuat oleh penggodam untuk mengelakkan ia dari dikesan dan dipadam oleh perisian antivirus. Ringkasnya Crypter ialah program yang membantu untuk melakukan enkripsi kepada kod sumber virus/keylogger yang digunakan olehnya. Sila lihat entri berkenaan cara antivirus berfungsi untuk memahami kaedah pengesanan antivirus.

Crypter melakukan kerjanya dengan cara mengubah atau melindungkan kod sumber yang asli. Cuba lihat contoh mudah di bawah:

Kod sumber virus sebelum dilakukan enkripsi:

001————- 010
100|Saya Virus Yang Hensem|000
010————- 111

Kod sumber virus selepas dilakukan enkripsi:

101————-110
010|Saya Virus Yang Hensem|110
110————-010

Kod aslinya telah diubahsuai oleh Crypter dan ini akan menyebabkan perisian antivirus gagal mengesannya sebagai virus. Inilah dia tujuan penggunaan Crypter, iaitu untuk membantu Keylogger yang kebanyakkannya dari jenis Home/Public dari dikesan oleh antivirus dan membantu penggodam untuk melengkapkan misi remote PC.

Contoh Crypter yang diedarkan di internet:


Apa Itu FUD?

FUD ialah kata singkatan dari Fully Undetectable. Oleh kerana Crypter dan Binder telah digunakan secara meluas, maka kebanyakkan antivirus telah memasukkan definisi untuknya ke dalam pengkalan data maklumat. Ini menyebabkan Crypter juga dikesan sebagai 'hack tool' dan segera dikuarantin atau dipadam sebelum ia dapat digunakan.

Kebanyakan Crypter atau Binder hanya akan bersifat FUD setelah satu atau dua hari ia dilepaskan kepada umum. Jika anda mahukan Crypter/Binder yang bersifat FUD, anda kena rajin mencari di forum-forum hacking yang tinggi kadar INTEGRITINYA, dengan harapan Crypter/Binder yang diedarkan tidak pula mengandungi apa-apa petualang seperti trojan mahupun virus!
Powered by Blogger.