Cara Bertanya Soalan Dengan Cara Yang Bijak



Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?.

Pada hari ni saya akan bercerita pula mengenai "Cara Bertanya Soalan Dengan Cara Yang Bijak".


Ramai yang terasa hati bila soalan mereka tidak di jawab oleh orang uang bergelar "hacker" ataupun pakar IT ini. Kerana apa? Kerana anda bertanya soalan seperti budak-budak. Contohnya:

  • "Bagaimana untuk men"download" file ini?"
  • "Step tu aku tak faham la. Boleh terangkan lagi?"
  • "Boleh ajar aku hack?"

Anda tahu apa yang hacker ini fikir bila anda bertanya soalan macam tu? "Nampak sangat korang semua ni malas nk mencari maklumat". Jadi mereka mungkin akan menjawabnya acuh tak acuh ataupun tidak menjawabnya langsung. Sebenarnya seorang hacker ini lebih suka untuk menjawab soalan yang pada mereka mencabar daya pemikiran mereka sebagai contoh:
  • "Step no.3 saya tk berapa faham. Saya telah praktikkanya tetapi tidak menjadi. Ianya akan keluarkan "error". Saya da mencari beberapa maklumat berkenaan error di beberapa laman web tapi tetap tidak menemukan jalan penyelesaiannya. Ini adalah linknya www.blalala.com, wwww.hahaha.com. Saya guna windows 7 ultimate. Mungkin saya ada tersalah. Jadi saya sertakan beberapa gambar yang terpampar di laptop saya ni semasa saya melakukan step ke-3 itu. Harap anda dapat membantu saya."

Jadi itu adalah antara soalan yang di sukai oleh hacker. Anda perlu menerangkan masalah yang anda hadapi itu dengan cara yang lebih menyeluruh. Nyatakan masalah anda, nyatakan segala komponen atau apa sahaja yang berkaitan dengan komputer anda yang mungkin menyebabkan masalah itu terjadi. Nyatakan usaha anda anda dalam menyelesaikan masalah tersebut seperti menyenaraikan beberapa laman web yang berkaitan dengan masalah itu dan kalau boleh sertakan gambar apa yang anda lakukan semasa anda cuba untuk menyelsaikan masalah tersebut. Dengan cara tersebut, mereka ini akan berasa senang hati untuk menjawabnya kerana anda telah berusaha sebelum anda bertanyakan soalan kepadanya.

Tujuan saya membuat entri ini kerana ingin memberi panduan kepada anda supaya jangan menanyakan soalan macam anda ni tak berusaha langsung. Usaha adalah segala-galanya jika anda ingin berjaya. Saya rasa kesian dengan Mr.Hac dan penulis-penulis di Mhah kerana kadang-kala perlu menjawab soalan-soalan yang rasanya tak patut untuk di jawab. Tapi di sebabkan niat untuk membantu, mereka tetap juga menjawabnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila rajinkan diri anda untuk click di sini. Kerana apa yang saya terangkan di atas adalah antara isi-isi penting yang terdapat dalam link saya bagi itu. Selamat membaca dan beramal. :)
Powered by Blogger.