Cara Bypass Sharecash 2012

Nota Penting: Kaedah ini telah diajarkan oleh seorang sahabat Mr.Hac dari India. Cara ini mungkin tidak lagi berkesan, mungkin juga masih boleh digunakan. Jika ia tidak lagi mampu untuk melepasi kaji selidik Sharecash, maka anggaplah ia sebagai satu ilmu baru untuk hari ini.

Cara Melepasi Kaji Selidik Sharecash 2012:

Ramai yang menyampah dengan Sharecash. Tidak kurang juga yang mencemuh dan mengeji kerana kita perlu melengkapkan kaji selidik terlebih dahulu sebelum dapat memuat turun fail yang diingini. Dalam kaedah atau method ini, kita akan menggunakan Sandboxie untuk menjayakannya. Tidak lupa juga VPN untuk kita dapat menukar IP dari Malaysia kepada US. Anda juga boleh rujuk Arkib MHAH Bulan 6 2011 untuk mengetahui mengenai VPN dan fungsinya, serta kaedah-kaedah menggunakannya.

1. Baiklah. Anda sudah tukar IP anda kepada IP dari US? Bagus. Kenapa kita perlu tukar? Kerana kaji selidik Sharecash akan memerlukan kita untuk memberikan verifikasi dari telefon bimbit jika kita BUKAN DARI US.

2. Setelah anda berjaya menukar IP dengan VPN, cari program Sandboxie dari menu, dan klik pada 'Run Web browser sandboxed'. Kemudian bukalah pautan Sharecash. Ini ialah bagaimana rupa kaji selidik yang telah dibuka oleh Mr.Hac. Cuba cari pada kaji selidik tersebut, apa-apa yang memerlukan anda untuk memuat turun sesuatu, seperti yang Mr.Hac tunjukkan pada gambar di bawah, dengan kekotak berwarna hijau:


3. Setelah anda muat turun, akan keluar satu tetingkap seperti di bawah:


Anda cuma perlu klik pada 'Close'.

4. Jalankan program/toolbar yang anda muat turun itu tadi, tetapi melalui pelayar web. Maka ia secara automatik akan dijalankan melalui Sandboxie.


Pasangkan sahaja toolbar tersebut. Apabila ia memerlukan anda untuk mulai semula (Restart) pelayar web anda, benarkan ia untuk berbuat begitu.

5. Tetingkap seperti di bawah akan keluar:


6. Kemudian keluar pula tetingkap ini selepas anda siap muat turun fail anda. Klik pada 'Recover'.


7. Anda sudah boleh tutupkan pelayar web anda. Segala perubahan ibarat tidak berlaku kerana Sandboxie sudah memadam kesemua perubahan tersebut. Pergi kepada direktori anda muat turun fail anda itu tadi dan lihat sama ada ia berjaya di muat turun atau tidak.

Tunggu apa lagi? Selesai dah entri kita hari ini.
Powered by Blogger.