Cara Mengubah Kedudukan Bar/Dock Unity Ke Bawah Pada Ubuntu 11.10

Perhatian: Tutorial ini tidak digalakkan mencuba jika anda jenis berdarah gemuruh.

Adakah anda pengguna Ubuntu 11.10 yang ingin mengubah kedudukan bar/dock Unity daripada biasa:


Kepada kedudukan seperti berikut:



Anda mahu? Teruskan membaca.

1. Sila buka Terminal, dan masukkan perintah di bawah untuk memasang Ubuntu Unity Plugin Rotated, Libnux terbaru dan CCSM. Jika sebelum ini anda sudah pernah memasang CCSM, maka baris perintah itu bolehlah di diabaikan.

sudo add-apt-repository ppa:paullo612/unityshell-rotated
sudo apt-get update
sudo apt-get install unityshell-rotated libnux-1.0-0 compizconfig-settings-manager


2. Buka CCSM, sila buangkan tanda pada kotak 'Ubuntu Unity Plugin' dan tandakan pada kotak 'Ubuntu Unity Plugin Rotated'. Akan keluar tetingkap yang memberitahu terdapat 'konflik', di sini sila pilih 'Resolve conflicts'. Jika ada lagi dua tetingkap yang keluar (dalam kes Mr.Hac tiada), sila pilih 'Disable Run Dialog' dan 'Disable Flip Down'.

3. Jika CCSM 'hang', tetapi anda telah berhasil menandakan kotak 'Ubuntu Unity Plugin Rotated', untuk mengatasi masalah ini, sila tekan kekunci Ctrl + Alt + F1, masukkan nama pengguna dan kata laluan dan taipkan:

sudo service lightdm restart

Kemudian log masuk seperti biasa.

4. Jika CCSM 'hang' selepas anda membuangkan tanda pada 'Ubuntu Unity Plugin', tetapi anda tidak sempat menandakan pada kotak 'Ubuntu Unity Plugin Rotated', sila lakukan langkah nombor 3, kemudian setelah log masuk tekan kekunci Ctrl + Alt + T untuk membuka Terminal dan taipkan:

ccsm

Lalu tandakan terus pada kotak 'Ubuntu Unity Plugin Rotated'.

Untuk membuat paparan Unity seperti asal, anda cuma perlu membuang tanda pada kotak 'Ubuntu Unity Plugin Rotated' dan tandakan semula pada kotak 'Ubuntu Unity Plugin'.

Jika anda mahu membuang PPA itu tadi, sila buka Terminal dan masukkan perintah di bawah:

sudo apt-get install ppa-purge
sudo ppa-purge ppa:paullo612/unityshell-rotated
sudo apt-get remove unityshell-rotated



RUJUKAN: Webupd8
Powered by Blogger.