Desktop Recorder/Screencaster Terbaik Untuk Windows dan Ubuntu

Salam.

Ya! Masih lagi berkisar tentang desktop recorder/screencaster! Inilah dia minat Mr.Hac yang paling digemari ketika mengadap skrin komputer.

Untuk Windows, Mr.Hac telahpun tulis sebuah entri khas iaitu tentang perisian Camtasia Studio 7. Silakan menjenguk dan membacanya. Memang sebuah perisian desktop screencaster terbaik untuk Windows yang pernah dicipta.

Untuk Ubuntu, Mr.Hac telah senaraikan 3 jenis desktop screencaster terbaik yang berada dalam Ubuntu 11.10, yang digunakan oleh Mr.Hac untuk melakukan kerja-kerja dekstop screencasting.

1. Eidete


Setakat ini, Eidete ialah desktop screencaster terbaik yang pernah digunakan oleh Mr.Hac pada Ubuntu 11.10 kerana tiada sebarang lag, yang ada cuma kebaikannya sahaja! Seronok menggunakannya kerana ia ringkas, mudah difahami, dan kurang menggunakan sumber memori komputer. Pasangkannya pada Ubuntu anda melalui PPA di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:shnatsel/eidete-daily

sudo apt-get update && sudo apt-get install eidete

2. Kazam Screencaster


Pernah suatu ketika dulu Kazam Screencaster dikatakan telah 'mati', kerana projeknya telah ditinggalkan oleh pembangun asal. Tetapi, disitulah 'kecantikan' dunia perisian sumber terbuka apabila kod sumbernya telah diambil alih oleh pembangun yang baru, dan dibangunkan pula secara intensif. Kini, Kazam Screencaster versi 1.0 telah pun dilancarkan. Pasang ia pada Ubuntu melalui PPA di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:kazam-team/unstable-series

sudo apt-get update && sudo apt-get install kazam

3. Gtk recordmydesktop


Menduduki tempat ketiga dari carta, ia tidaklah terlalu bagus, tetapi tidak pula terlalu buggy. Cuma mungkin ada hasil video yang tidak lancar kerana anda perlu mengubah tetapannya terlebih dahulu. Bagaimanapun, kalau dah namanya percuma, sapu aja lah! Anda boleh pasangkannya melalui Ubuntu Software Center.
Powered by Blogger.