FiMOS : Linux Buatan Malaysia

FiMOS ialah sebuah distro Linux berasaskan Ubuntu yang telah dicipta oleh rakyat Malaysia. Ia merupakan singkatan dari The First Malaysian Operating System. Kod namanya yang pertama ialah Transformasi, dan untuk pengetahuan anda nama asalnya ialah MY1OS. Namun begitu, atas sebab-sebab tertentu ia telah ditukar kepada FiMOS, walaupun ia bukanlah distro Linux yang pertama dari Malaysia!


FiMOS bukanlah percuma. Anda perlu membelinya dari laman sesawang rasmi di sini -> FiMOS.

Dengan harga sebanyak RM111, anda boleh memiliki sistem operasi Linux ini. Berikut adalah paparan video FiMOS Transformasi:



Komen Mr.Hac:

1. FiMOS bukan Linux Malaysia yang pertama, jadi nama The First Malaysian Operating System itu memang sangat 'tidak kena'.

2. Harga RM111? Adakah anda rasa ia berbaloi untuk dibeli? Terpulang. Apapun alasan anda, Mr.Hac tetap katakan tidak. Harga letak nombor 1,1,1, ada unsur-unsur 1 Malaysia a.k.a politik lagi ke? Tahulah dahulu nama asalnya MY1OS, tak kanlah harga juga nak letak nombor 1? RM11 boleh? Lihat gambar dibawah, gambar asal MY1OS:


3. Bukan tidak mahu menyokong produk buatan Malaysia, tetapi Mr.Hac lebih rela menyokong Revamp Linux atau Oshirix mahupun simpleLinux dan Narloo Ribbon. Kerana apa? Kerana ia bebas dari unsur meragukan. Contoh? Lihat pada laman web rasminya di bawah. Langsung tidak dikemaskini (lihat pada tulisan di dalam kotak hitam):


Anda mahu membeli dan mencubanya?
Powered by Blogger.