Firefox Speed Dial Pada Firefox Aurora

Pelayar kegemaran ramai, Firefox, bakal memperkenalkan kepada para penggunanya akan fungsi 'baru' iaitu Speed Dial. Fungsi ini sudah lama diimplementasi oleh pelayar Opera, dan Google Chrome, namun implementasi terbaik adalah dari Opera.

Fungsi ini bakal dimasukkan pada Jun 2012 rilisan Firefox versi 13. Namun, anda boleh mencubanya melalui Firefox Aurora.


Para pengguna Ubuntu boleh memasang Firefox Aurora menggunakan PPA seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/firefox-aurora

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

Namun harus diingat, pemasangan Firefox versi Aurora atau Beta akan menindan (Overwrite) Firefox versi stabil. Oleh itu, sila pastikan anda tahu apa yang anda lakukan sebelum membuat apa-apa perubahan pada komputer/sistem operasi.

9 kekotak yang terpapar ialah hasil dari laman-laman yang kerap anda kunjungi. Tidak akan ada Thumbnail selagi anda tidak klik secara terus pada Speed Dial tersebut, yang boleh diakses sekiranya anda membuka tab baru.

Kekotak Speed Dial itu boleh diubah susunannya, di-pin, atau dibuang/dipadamkan. Cuma setakat ini masih belum ada fungsi tetapan untuk mengubah pautan, mengubah latar belakang Speed Dial, mengubah bilangan dial itu sendiri dan sebagainya. Pendek kata fungsi ini masih lagi dalam proses pembikinan ke arah kesempurnaan.
Powered by Blogger.