Hacker Evolution Duality

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?.

Memandangkan saya ni masih di tahap remaja, jadi game sudah tentu menjadi kegemaran saya. Hehe. Pada hari ini saya akan memperkenalkan antara game yang saya minat. Iaitu "Hacker Evolution Duality". Game ini bertemakan adventure.

Permainan ini adalah simulasi kepada permainan penggodaman(hacking). Permainan ini berkisarkan seorang programmer yang hebat iaitu Brian Spencer cuba untuk menghentikan Artificial Intelligence dari terus beroperasi yang merupakan hasil ciptaan beliau. Beliau ingin mengambil alih syarikat itu secara senyap tanpa di sedari orang lain dan ingin mengawal sepenuhnya syarikat tersebut yang pada suatu ketika dahulu adalah miliknya.

Anda perlu menggodam sesebuah komputer dengan menggunakan pelbagai alat, dari cracker firewall yang asas sehinggalah sistem suara pengesahan yang canggih. Anda juga perlu mencuri wang untuk membiayai bagi melaksanakan objektif anda, membeli alat-alat yang untuk menaiktaraf peralatan sedia ada atau merasuah penggodam lain yang turut bermain dalam permainan ini. Anda perlu melepasi sistem keselamatan yang kompleks untuk membolehkan anda masuk kedalam bangunan tersebut dan mencuri data yang berkaitan. Anda juga boleh memerangkap mereka bahkan membunuh mereka dengan memerangkap mereka dengan cara yang bijak. Anda tidak keseorangan dalam permainan. Penggodam lain yang telah dikawal oleh Artificial Intelligence, tidak akan berhenti dari cuba untuk memusnahkan anda.

Permainan ini mempunyai mod pemain perseorangan atau tunggal(single player mode) di mana anda mengikuti cerita permainan dan mod dunia terbuka(open world mode), di mana anda akan bermain deathmatch dengan penggodam lain di luar sana.

System Requirements:
    PC
  • Operating System: Windows XP / Vista / 7
  • Processor: 1 GHz CPU or faster
  • Memory: 1 GB RAM
  • Harddrive: 100 MB free disc memory
  • Graphic Card: OpenGL compatible video card
  • DirectX®: 8.0
  • Sound Card: DirectX compatible sound card
    Mac
  • Operating System: OS X 10.5.8, OS X 10.6.3 or later
  • Processor: 1 GHz CPU or faster
  • Memory: 512 MB RAM
  • Harddrive: 200 MB free disc memory
  • Graphic Card: 32 MB graphic card


Ini adalah review Hacker Evolution Duality.




Ini pula adalah screenshot nya.




Sebenarnya Hacker Evolution Duality bukanlah game simulasi penggodaman yang pertama di keluarkan. Sebaliknya terdapat dua lagi game hacker evolution yang terdahulu iaitu Hacker Evolution dan Hacker Evolution Untold

Link untuk memuat turun game ini ada di sini. Ianya adalah torrent. Jadi sesiapa yang tidak tahu bagaimana untuk memuat turun game tersebut melalui torrent ini, anda boleh rujuk di video ini. (utorrent and the pirate bay tutorial)

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh boleh klik di Hacker Evolution Duality. Sekian Terima Kasih.

UPDATE DOWNLOAD LINK:Jumbofiles.
Powered by Blogger.