I'm In My Hometown, The Gorgeous Ipoh City

Salam.

Sory guys. Bukan tak nak update entri, tapi Mr.Hac sedang berada di kampung halaman yang tercinta, iaitu BANDAR IPOH. Jadi di kesempatan berada di kafe siber ini, Mr.Hac nukilkan juga sedikit penulisan supaya anda tidak berasa 'diabaikan'.

Ahh. sukar nak gambarkan pengalaman berada di sini. Semuanya menarik untuk dilihat, tak lupa juga mudah untuk mencari makanan yang sedap-sedap di sini. Kalau hendak dibandingkan dengan duduk dibandar, agak terasa 'seksa' hendak mencari makanan yang memenuhi kehendak dan cita rasa kerana semuanya mahu kaut untung lebih, manakala 'sengsara ekstra' untuk para pengguna. Isk!

Terdapat juga tempat-tempat yang menarik untuk anda kunjungi jika anda datang ke sini. Antaranya seperti The Lost World of Tambun, tempat-tempat perkelahan dan rekreasi seperti Gunung Lang dan sebagainya.


Imej dari photomalaysia.com

Syukur, dapat juga merasa menghirup udara nyaman biarpun pada waktu tengahari kenderaan bersesak-sesak di atas jalan menuju ke destinasi masing-masing. Sukar hendak gambarkan perasaan bila berada di sini. Segalanya menghiburkan dan memberi inspirasi baru untuk hari-hari yang bakal mendatang.

Semoga anda semua ceria selalu, Mr.Hac hendak tamatkan sesi di kafe siber ini. InsyaAllah kita akan jumpa lagi dalam entri seterusnya.
Powered by Blogger.