Ketiadaan Sambungan Internet Pada 8 Mac?

Sambungan internet mungkin akan terputus pada 8 Mac 2012 ini apabila sejenis virus yang digelar sebagai DNSChanger Trojan telah menjangkiti komputer-komputer dari 100 buah negara.

Virus tersebut dikatakan akan menyalurkan pengguna ke pelayan palsu, dan kemudian menghantar mereka ke laman web yang tidak diingini, dan kadangkala ke laman yang menyalahi undang-undang.

Kesan utama jangkitan ini ialah ia telah menyebabkan pelayar web dihantar ke laman web palsu dengan menukar apa yang dipanggil sebagai DNS pada tetapan internet komputer.Domain Name System (DNS) merupakan tulang belakang skim alamat Internet dan pelayan DNS merupakan komputer-komputer di seluruh dunia yang bertindak sebagai polis trafik Internet, yang akan menghalakan anda kepada laman web yang anda ingin lawati.


Pengguna Windows dan Mac berisiko dijangkiti virus ini kerana ia tidak menyebarkan 'dirinya' ke dalam komputer, sebaliknya hanya menjangkiti pelayar web. Berikut adalah beberapa DNS yang digunakan oleh DNSChanger Trojan:

64.28.176.1 - 64.28.191.254
67.210.0.1 - 67.210.15.254
77.67.83.1 - 77.67.83.254
85.255.112.1 - 85.255.127.254
93.188.160.1 - 93.188.167.254
213.109.64.1 - 213.109.79.254

Untuk memeriksa sama ada pelayar anda dijangkiti atau tidak, sila ke DNS-OK.

Kenapa 8 Mac 2012?

Virus ini sebenarnya telah ditemui sejak tahun 2007 lagi. FBI telah mendapat perintah dari Mahkamah untuk menubuhkan rangkaian DNSChanger Command & Control sementara. Perintah ini akan tamat pada 8 Mac 2012, dan melainkan FBI mendapatkan perintah untuk melanjutkan tempoh operasi rangkaian sementara ini, ia akan dimatikan. Ini akan menyebabkan berjuta-juta komputer tidak akan dapat mengakses internet akibat bergantung kepada DNS yang dijangkiti tersebut.
Powered by Blogger.