Pasang Ailurus : GNOME Tweaker Pada Ubuntu 11.10/12.04

Ailurus merupakan satu tool yang paling bagus untuk melakukan pengubahsuaian, pemasangan, pemantauan dan sebagainya terhadap sistem Ubuntu (atau derivatif Ubuntu). Ia mempunyai pelbagai jenis fungsi seperti:

Membantu pengguna mempelajari dan memahirkan diri dengan Linux
Memasang beberapa aplikasi yang bagus untuk sistem
Memasukkan repositori pihak ketiga
Memaparkan maklumat perkakasan asas
Membersihkan cache APT / YUM
Membuat sandaran dan memulihkan status APT / YUM
Menukar tetapan GNOME
menguruskan repositori
Menukar nama host
Menambah atau membuang program
Mengosongkan cache Nautilus
Menghapuskan fail konfigurasi perisian yang tidak digunakan dan banyak lagi!




Untuk memasangnya pada Ubuntu, masukkan baris perintah di bawah ke dalam Terminal:

sudo apt-get install gdebi

wget -O ailurus_10.10.1_all.deb http://goo.gl/x0R3o

sudo dpkg -i ailurus_10.10.1_all.deb
Powered by Blogger.