[Software] Kingsoft Office Suite Professional 2012 : Unlimited


Salam...
Mengapa percaya pada angin yang menggoncangkan pokok? Mengapa percaya pada monyet yang menggoncangkan dahannnya. Mengapa tidak katakan pokok bergoncang dek gempa skala 7.3 ritcher. Akal biar sendat dengan pilihan. Akal biar bijaksana membuat pilihan. Jangan bersuara tanpa kata-kata. Jangan melihat tanpa menatap. Jangan menghidu tanpa bau. Jangan hingar tanpa mendengar. Jangan membaca tanpa mengeja. Janganlah menilai sebelum anda membelai.

Selain Microsoft Office yang mendominasi minda dan budaya IT, terdapat juga pilihan terbaik seperti Libre Office, Open Office dan Kingsoft Office. Paling hebat ianya boleh dimiliki secara percuma total. Office adalah salah satu perkakas yang tidak boleh katakan tidak di dalam sesebuah komputer. Tetapi untuk mendapatkan yang sesedap ulam chantek manis seperti Microsoft Office, anda terpaksa membayar dengan darah yang telah dicekik. Rela ke?

Mengapa tidak kita berkenalan pula dengan Kingsoft Office produk China yang telah diangkat ketahap tertinggi antarabangsa. Ia telah dijulang sebagai yang terbaik dan seiras dengan Office buatan Microsoft. Percayalah...alternatif kepada Microsoft Offce telahpun ditemui. Jom ketawa control jahat ramai-ramai kejap...hehehe...

Ciri- ciri Kingsoft Office Suite Professional 2012:
1  Sesuai dan sepadan sepenuhnya dengan format Microsoft Office
*Apabila anda memilih Office, ciri-ciri inilah yang harus anda congak terlebih dahulu. Supaya nanti anda tidak bermasalah apabila membuka dokumen yang telah dicipta oleh Microsoft Offce.
2  Menukar format dokumen office ke PDF
*Satu lagi ciri paling penting yang harus anda ketahui dalam Office. Dan lebih penting lagi ia berfungsi untuk pelbagai format PDF.
3  Butang tab pelbagai fungsi untuk memudahkan pengurusan fail
4  Automatik semakan ejaan
5  Tetapan keselamatan untuk perlindungan fail
6  Saiz pemasangan yang kecil – Pelancaran lebih ringan
*Ironinya semakin kecil saiz perisian, semakin ringan aplikasi di jalankan semakin ringanlah komputer anda. Amat sesuai untuk komputer berkapasiti zaman mak datuk.
7  Antaramuka 2 pilihan – moden atau klasik

Sebenarnya anda boleh memiliki tanpa membayar Kingsoft Office 2012 Free Version. Tetapi adakah ianya sudah cukup memaniskan pelamin anda setelah beberapa fungsi tidak dilengkapkan [ pr67am™ ] Lai... Lai... Lai... Hari ini kami akan berkongsikan sesuatu yang lebih hebat dan paling hebat ciptaan Kingsoft®. Pada harga USD69.95 anda boleh memiliki Kingsoft Office Suite Professional 2012 untuk sepanjang hayat secara muktamad percuma.

Eh... Betul ke? Eh... Bukan crack ke? Eh... Boleh update ke? Eh... Bukan trial ke? Eh... Apa punya banyak ‘Eh’ dah...! Kalau dah padi kenapa harus bertampi-tampi lagi. Jom kita orak gaya ke depan... Anda boleh muat turun Kingsoft Office Suite Professional 2012 (8.1.0.3018) 101.9MB di [ pr67am™ ] Dan sembuhkan keraguan anda pula di sini [ pr67am™ ]

Sayugia diingatkan Kingsoft Office Suite Professional 2012 hanya mengandungi 3 teras utama. Iaitu Kingsoft Writer (Word untuk MSO), Kingsoft Presentation (PowerPoint untuk MSO) dan Kingsoft Spreedsheets (Excel untuk MSO). Sayang sekali mengapa tidak ada fungsi Access yang saya anggap pelengkap kepada kerja pejabat. Tetapi untuk kegunaan rumah, Kingsoft Office Suite Professional 2012 sudahpun di anggap memadai.

Peluang yang baik akan menjangkakan hidup yang lebih baik untuk anda. Sekali air bah, berubahlah sebelum surut mengubah... Sekian :)

*Anda boleh melakukan muat turun kemaskini tanpa sebarang masalah. Dan anda anda boleh menggunakan perisian ini untuk sepanjang hayat dengan syarat persian ini kekal dalam versi yang telah ditawarkan.
Powered by Blogger.