Tribler : Aplikasi Bittorrent Tanpa Menggunakan Laman Web Torrent

Tribler ialah sebuah aplikasi Bittorrent yang paling menarik untuk digunakan. Ini adalah kerana ia tidak memerlukan sebarang laman web Bittorrent untuk mencari fail-fail Torrent. Sama seperti klien Torrent yang lainnya, ia juga mempunyai bar carian pada paparan muka hadapannya, namun hasil carian itu bukanlah datang dari indeks pusat Torrent, bahkan sebaliknya ia datang dari peers yang lain.

TorrentFreak dalam satu artikelnya yang bertajuk Tribler Makes BitTorrent Impossible to Shut Down, mengatakan pengguna Tribler tidak perlukan laman web Torrent untuk memuat turun kandungan, tetapi kerana ia berasaskan komunikasi peers-to-peers yang asli, ia hanya perlukan peers sebagai nadi.

Anda boleh merujuk kepada Pengenalan Kepada BitTorrent/Torrent untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Torrent.


Untuk memasangnya pada Ubuntu, anda boleh gunakan PPA yang telah dibuat oleh Webupd8 ini:

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/tribler
sudo apt-get update
sudo apt-get install tribler

Untuk para pengguna Windows, Mac, dan Linux yang lainnya, anda boleh rujuk pada pautan INI untuk memuat turun fail pemasang yang sesuai dengan sistem operasi anda.
Powered by Blogger.