Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Alpha 2 - HUD & Unity 5 Preview




Anda boleh merujuk mengenai HUD di sini -> Melayubuntu

Unity 5.0 ialah versi baru Unity yang akan melengkapkan Ubuntu 12.04 Precise Pangolin. Ia membawakan kepada kita cara baru berkomunikasi dengan komputer, daripada menyemak atau meneliti 'hutan menu', sebaliknya hanya menggunakan 'bar carian' sahaja. Lebih pantas dan produktif. Kepada mereka yang membenci Ubuntu disebabkan Unity, anda perlu fikirkan semula.

Ya, masa Unity mula-mula diperkenalkan dulu dalam versi 11.04, Mr.Hac meluat juga. Tak pernah buka lepas cuba buat pertama kali dan terus melekat dengan Classic Desktop (Gnome 2). Tetapi dalam Ubuntu 11.10, ia semakin bagus, menarik, dan kurang masalah. Silakan mencubanya, anda pasti jatuh hati.

Muat turun: Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Alpha 2
Powered by Blogger.