Unity Concept Mockup - Ubuntu 12.10

Salam.

Nampaknya reka bentuk Unity, sebuah persekitaran desktop Ubuntu yang telah menjadi penanda aras pada semua persekitaran desktop yang lain, telah menerima satu konsep reka bentuk dari seorang yang bernama Frederico Ara├║jo Mendes.

Mari kita sama-sama lihat apa yang cuba beliau sampaikan dalam konsep reka bentuknya melalui video di bawah.



Antara perkara yang cuba beliau ketengahkan ialah:

1. Unity Appearance Settings.

Bagi Mr.Hac, tetapan ini adalah paling bagus untuk Unity kerana setakat yang Mr.Hac tahu, untuk mengubah beberapa tetapan yang boleh diubahsuai hanyalah dengan menggunakan CompizConfig Settings Manager (CCSM), MyUnity atau Ubuntu Tweak. Maka dengan adanya tetapan seperti ini di dalam Unity, ia akan menjadi pelengkap terbaik dan menggembirakan para pengikut Unity dan Ubuntu khususnya.


2. Unity Social Network & Widget.

Kebanyakan dari kita pasti sukakan screenlets atau widget seperti Conky yang digunakan untuk menghias dekstop. Jika ini menjadi kenyataan, tak mustahil populariti Ubuntu akan jauh lebih meningkat. Tambahan pula, setiap hari siapa lagi yang tidak membuka laman sosial? Jika tidak dalam Ubuntu 12.04, mungkin pada 12.10, ia menjadi komponen lalai (Default) dalam Unity.


3. Unity Music Lens.

Yaaa. Music Lens. Sememangnya satu konsep yang paling menarik perhatian pencinta muzik seperti Mr.Hac! Dengan adanya Lens ini, anda boleh memainkan muzik secara terus dari Unity. Bukankah itu lebih mudah dan pantas berbanding terpaksa menunggu pemain muzik untuk dibuka? Selain itu, ia juga tampak lebih 'style'. Tahniah Ubuntu, jika anda menerima cadangan konsep ini dan menjadikannya suatu kenyataan!

Mari kita bersama-sama sebarkan berita ini dan berharap agar team Ubuntu akan menerima idea-idea dan penciptaan baharu ini. Jika ia menjadi kenyataan, esok lusa kita sendiri tidak akan berasa aneh, segan atau pelik apabila menggunakan Ubuntu kerana ia jauh lebih bergaya dan tampak lebih profesional!

SUMBER: Unity Mockup
Powered by Blogger.