05 March 2012

BOOTMGR is compressed. Press Ctrl+Alt+Del to restart - Apa Nak Buat?


By on 1:06 AM

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Setelah selama beberapa minit memikirkan masalah yang di alami oleh laptop saudara saya ini. Akhirnya saya telah jumpa jalan penyelasaiannya dan berjaya menyelesaikannya. Apakah masalah yang saya hadapi itu?

Masalahnya ialah saya akan mendapat error apabila start laptop tersebut. Errornya ialah


BOOTMGR is compressed
Press Ctrl+Alt+Del to restart

Bila restart pun keluar error yang sama. Jadi apakah cara penyelesaiannya? Terdapat pelbagai cara. Tapi cara yang telah saya praktikkan ini mungkin cara yang paling mudah. Apa yang anda perlukan hanyalah:
  • CD atau DVD Windows (mengikut versi anda gunakan di laptop atau komputer anda)
  • Laptop yang mengalami error tersebut
  • Dan.... Pemikiran yang cerdik! Hehe.

Okay setelah anda memiliki ketiga-tiga tersebut. Seterusnya adalah anda perlu boot laptop atau komputer anda itu dengan CD atau DVD windows. Kemudian tunggu hingga sampai ke setup.


Apabila sampai ke setup, anda perlu tekan SHIFT+F10. Kemudian akan keluar command.


Di situ anda taipkan kod ini
bootrec/fixboot (kemudian tekan enter)
bootrec/fixmbr (kemudian tuliskan pula kod di sebelah ini dan tekan enter)

Setelah siap, anda restartkan balik komputer anda dan tadaaa!! Anda telah dapat boot laptop atau komputer anda tanpa ada sebarang error.
Baiklah, pasti anda tertanya-tanya, bagaimana error ni boleh berlaku? Okay. Punca error ini berlaku adalah di sebabkan anda compresskan Local Disk C anda semasa melakukan Disk Cleanup.

"Macam mana pulak aku nak tau yg aku compress disk C aku tu?"

Okay. Anda pergi ke My Computer. Kemudian tekan klik kanan pada Local Disk C anda. Selepas itu anda klik pada Properties. Di situ anda akan lihat gambar seperti ini. Warna kuning itu adalah pilihan sama ada anda ingin compresskan disk C anda ataupun tidak.


Jadi cara untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda jangan klik pada Compress the drive to save disk space.

Ini adalah videonya bagi yang tidak faham akan apa yang saya ajar di atas.



Mungkin ada daripada anda tidak mendapat error tersebut bila compresskan disk C. Tetapi cara yang saya beri ini kepada mereka yang mengalami error tersebut. Supaya mereka tahu akan puncanya.

Sekian.

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment