Cara Mudah Mahir Bahasa Inggeris : Bahagian 3

Pada yang belum mengikuti siri ini, sila klik pada pautan di bawah:

1. Bahagian 1

2. Bahagian 2

Kita masih ada satu 'komponen' lagi yang tertinggal iaitu penguasaan bertutur. Jujurnya Mr.Hac pun tidaklah begitu fasih berbahasa Inggeris, tetapi mujurlah ada 'orang rumah' yang mahir dan fasih. Jadi Mr.Hac jadikan beliau sebagai 'speaking partner'.


Ini adalah penting, kerana kebanyakan syarikat-syarikat sekarang membuat temu duga dalam bahasa Inggeris. Kecualilah anda minta kerja kilang, atau kerja kerajaan, memanglah tiada masalah. Tetapi skop ini harus dilihat secara lebih meluas lagi. Bukan sekadar temu duga semata, bahkan meliputi jaringan komunikasi yang lebih luas.

Oleh itu, setelah anda buat apa yang disebutkan dalam tips bahagian 1 dan 2 itu, langkah seterusnya ialah mahirkan diri dalam bertutur. Petuanya pilihlah teman yang rapat dengan anda sebagai speaking partner dan kalau boleh, pilih yang 'levelnya' lebih kurang anda saja. Bukan apa. Dikhuatiri jika beliau lebih pandai dari anda, bimbang anda segan untuk bercakap pula. Tambah lagi bila ada saja yang tak kena atau salah dari segi grammar. Kalau anda jenis 'muka tebing' alias 'tembok' dan tak kisah ditegur, maka silakan saja memilih teman mana yang anda selesa.


Peringkatnya begini:

1. Penguasaan Vocab dan Grammar.

2. Penguasaan Penulisan.

3. Penguasaan Bertutur Dalam Bahasa Inggeris.

Untuk penguasaan penulisan, setelah anda kumpulkan ratusan perkataan dalam buku nota anda, cuba anda rangka satu karangan (Semestinya dalam BI la!) yang panjang berdasarkan kepada perkataan-perkataan tersebut, kalau boleh gunakan kebanyakan dari perkataan itu dan berikan kepada teman yang lebih pandai untuk menyemaknya, atau guru anda! Ini boleh membantu anda juga. Apabila sudah terbiasa menulis karangan, maka selepas itu sudah tiada masalah lagi untuk menulisnya lagi.

Jika anda sayangkan masa depan anda, kuasailah bahasa Inggeris. Jangan sibuk dengan ilmu 'godam' sehingga masa depan anda yang TERGODAM akhirnya. Salam hormat dari saya, Arya Putra.
Powered by Blogger.