Certified Ethical Hacker Version 7

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?


Baiklah anda mesti sudah tahu mengenai Certified Ethical Hacker ini betul tak? Bagi yang tidak tahu, Certified Ethical Hacker ini adalah pengiktirafan profesional yang diberikan oleh International Council of E-Commerce Consultants (EC-Council) kepada mereka yang layak menerimanya.

Ethical Hacker ini atau dalam bahasa melayunya penggodam beretika, selalunya mereka ini orang yang boleh dipercayai yang di lantik dalam sesebuah organisasi untuk menguji keselamatan jaringan(network) atau/dan sistem komputer dengan menggunakan cara yang penggodam lakukan. Tujuannya untuk mencari dan membaiki ruang sekuriti komputer tersebut.

Kursus untuk versi 7 ini mempunyai 19 modul, iaitu:
  1. Introduction to Ethical Hacking
  2. Footprinting and Reconnaissance
  3. Scanning Networks
  4. Enumeration
  5. System Hacking
  6. Trojans and Backdoors
  7. Viruses and Worms
  8. Sniffers
  9. Social Engineering
  10. Denial of Service
  11. Session Hijacking
  12. Hacking Webservers
  13. Hacking Web Applications
  14. SQL Injection
  15. Hacking Wireless Networks
  16. Evading IDS, Firewalls, and Honeypots
  17. Buffer Overflow
  18. Cryptography
  19. Penetration Testing

Anda mesti mahukan modul kursus ini betul tak? Boleh saja. Setelah saya mencari, akhirnya saya terjumpa satu fail yang lengkap dengan kursus dan alat-alatnya sekali. Ianya bersaiz 16GB! Menarik tak? Belum cukup menarik lagi. Heeee. Di dalam fail tersebut juga disertakan video untuk setiap tajuk modul kursus tersebut. Wow! Jadi apa pautannya? Sabar-sabar. Pautannya ialah di Lanunbay.org.

Ianya adalah torrent jadi kepada sesiapa yang malas sangat nak menggunakan torrent ini dan ingin memuat turunnya secara terus anda boleh salin pautan ini dan pergi ke laman zbig.com dan tampalkan pautan yang telah anda salin tadi pada ruang yang di sediakan. Tetapi ianya hanya boleh di muat turun jika anda memiliki akaun premium, kerana hanya 8GB sahaja had yang dibenarkan untuk memuat turun bagi akaun percuma. Jadi nak tak nak kena guna torrent juga la. Itu sahaja yang dapat saya bantu anda. Selamat memuat turun dan di harap anda dapat menjadi penggodam yang beretika selepas ini. Hidup Penggodam Malaysia!

Update download link: Anda boleh mencarinya di Hotfile.

Sekian.
Powered by Blogger.