Firefox 11 Dilepaskan Kepada Pengguna

Baru semalam Mr.Hac mencuba Firefox versi terbaru iaitu versi 11 dalam Ubuntu. Memang lebih 'snappy' digunakan dan ketika mencubanya dalam Windows pula, pembukaan tab terasa lebih lancar tanpa lagging.

Beberapa pembaharuan kecil dapat dilihat pada versi ini iaitu:

1. Page Inspector 3D


2. Migrasi dari pelayar web Chrome [Bookmark, History, Cookies].

3. Add-on Synchronization : Anda boleh selaraskan Add-on yang anda gunakan pada semua PC anda.

4. Reka bentuk semula kawalan media video HTML5.

5. Beberapa penambahbaikan dari segi bugs dan juga untuk pembangun (Developer).

Anda boleh muat turun fail pemasang (Installer) Firefox 11 DI SINI ataupun anda boleh juga pergi kepada Help > About Firefox dan tunggu sehingga pengemaskini (Updater) selesai muat turun fail Firefox yang hendak dikemaskini, seperti di bawah:



Dalam Ubuntu, anda boleh gunakan Update Manager untuk menaik taraf Firefox, ataupun buka Terminal dan gunakan baris perintah:

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
Powered by Blogger.