"KB971033" Si Pahlawan Windows Penentang Lanun

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Microsoft telah melepaskan kemas kini Windows 7 yang terbina dalamnya sistem pengaktifan dan pengesahan(Windows Activation Technologies) sebagai langkah dalam memerangi lanun cetak rompak ni. HAHA. Kemas kini ini akan di hantar melalui Windows Update, dengan namanya "Update Micorosft Windows (KB971033)" pada akhir februari lepas. KB971033 ini boleh di muat turun secara berasingan di Microsoft Download Center dan boleh dapatkannya secara talian di www.microsoft.com/genuine.


Berdasarkan Genuine Windows Blog, Windows Activation Technologies Update untuk Windows 7 ini boleh mengesan lebih dari 70 activation cracks yang berpontensi berbahaya atau eksploitasi. Eksploitasi pengaktifan(Activation Exploits) yang juga kadang-kadang dipanggil "hacks" boleh melepasi atau berkrompomi dengan Windows Activation Technologies.

Setelah kemas kini itu dipasang, kemas kini itu akan melindungi pelanggan dengan mengenal pasti eksploitasi pengaktifan yang akan memberi kesan terhadap pengalaman PC mereka. Jika ekploitasi pengaktifan dijumpai, Windows akan memberi amaran pilihan kepada pelanggan dan menawarkan pilihan untuk menyelesaikan isu tersebut. Komputer yang menggunakan Windows 7 yang tulen tidak akan mendapat amaran eksploitasi pengaktifan tersebut. Jika menggunakan Windows 7 yang tidak tulen atau palsu, ianya akan mengeluarkan notifikasi yang menyatakan bahawa Windows tersebut tidak tulen dan memaparkan kotak dialog informasi dengan pilihan sama ada ingin mendapat lebih informasi mengenai Windows tersebut atau mendapatkan Windows yang tulen di laman rasminya. Desktop(paparan muka) akan beralih ke paparan muka yang biasa iaitu tiada latar belakang(warna hitam). Peringatan secara berkala dan watermark paparan muka akan berterusan mengeluarkan alert untuk mengingatkan pelanggan.

Walaubagaimanapun kemas kini ini boleh dinyahpasang. Ianya telah ditanda sebagai kemas kini penting(Important updates), jadi anda boleh memilih sama ada ingin memuat turunnya atau tidak. Baiklah pada pendapat saya bagi pengguna tegar Windows 7 tidak tulen, anda diingatkan jangan sesekali memuat turun dan memasangnya ke komputer atau laptop anda. Jika anda pasang, komputer anda yang telah di "crack" oleh aplikasi-aplikasi crack yang popular seperti Remove WAT,akan kembali menjadi tidak tulen semula dan ianya akan kekal begitu sampai bila-bila melainkan anda membeli kunci pengaktifannya di laman web rasmi Micorosoft. Kerana walaupun anda telah menyahpasang kemas kini tersebut, ianya tetap tidak akan dapat di pecahkan. Kenapa saya bercakap demikian? Sebab saya telah mencuba di laptop saya dan laptop saudara saya. Pada laptop saya, saya telah updatekan dengan kemas kini KB971033 dan beberapa update lain(kemudian nyahpasang(uninstalled) semula kemas kini KB971033 untuk tujuan crack), manakala laptop saudara saya pula adalah Windows 7 fresh installed iaitu Windows 7 yang baru saja di pasang tanpa sebarang update. Jadi saya telah menggunakan beberapa aplikasi untuk crack kedua-dua laptop tersebut dan ianya hanya berkesan pada laptop saudara saya.

Sebab itulah kalau boleh disablekan kemas kini anda supaya anda boleh memilih kemas kini yang sesuai untuk komputer anda. Jadi faham-faham je la bagi mereka yang telah menggunakan pelbagai aplikasi crack tetapi tetap tidak dapat tulenkan Windows itu, ini semua kerana anda telah memasang kemas kini KB971033! Haha. Saya simpati dengan anda. Hee.

Update Picture:


Sori gambarnya agak kabur sedikit.

Sekian.
Powered by Blogger.