Konsert Cromok Reunion Live in KL Live Center 2012

Penantian para peminat selama 15 tahun akhirnya berbaloi jua apabila BAND METAL LAGENDA MALAYSIA, iaitu CROMOK bakal membuat persembahan dalam satu konsert khas, Cromok Reunion Live in KL Live Center [Thrashing Kuala Lumpur].

Konsert tersebut dianjurkan oleh Clockwork Events dan Uncang Tiga yang akan diadakan pada 8 Aril bermula jam 4 petang di KL Live Center, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Cromok ialah band Metal tempatan yang diasaskan di Wolllongong, Australia pada tahun 1987. Anggota asal Cromok ialah Karl (Gitar), Sam (Vokal, Bass), dan Miji (Dram). Gitaris kedua mereka iaitu Din pernah menubuhkan sebuah band setelah keluar dari Cromok, iaitu D'Cromok. Namun hayat beliau tidak lama dan beliau meninggal dunia pada tahun 1997.


Cromok terpanggil untuk menjayakan konsert ini selepas melihat Search menjayakan empat konsert jelajah mereka.

Beberapa band tempatan akan membuat pembukaan bagi konsert tersebut, antaranya Nuclear Strikes, Metalasia dan Langsuyr!

Mr.Hac: Membesar dengan lagu-lagu Cromok. Sejak kecil sudah hafal boleh kata kesemua lagu mereka dan disebabkan Cromok jugalah Mr.Hac pernah membuat band berkonsep Melodic Metal suatu ketika dulu. Anda boleh dengarkan suara growl Mr.Hac melalui embedded mp3 di bawah.


Nak lagi 'horror' dengarkan melalui headphone. Pasti anda sukar tidur malam lepas ini! Hahaha!
Powered by Blogger.