Memanfaatkan Google Dork

Salam. Sebagai intro, Mr.Hac berikan kepada anda pautan untuk rujukan, supaya memudahkan anda dikemudian hari. Bookmark sahaja entri ini, esok-esok bila nak rujuk klik terus padanya.

1. Apakah Google Dork (Oleh Janjangz)
2. The Google Hacking Database (TGHD)
3. 7 Kaedah Popular Menggunakan Google Untuk Menggodam
4. Cari Random Password Dengan Mudah (Oleh Analyzer)
5. Bagaimana Cara Mendapatkan Akses Ke Webcam Yang Tidak Dilindungi Melalui Google
6. Panduan Menjadi Seorang Hacker (Oleh Abg Saki)
7. Siri Tutorial Suntikan SQL (Oleh Janjangz)

Google Dork yang terkandung dalam laman teragung The Google Hacking Database (TGHD), merupakan satu-satunya ciri yang mampu mengalahkan enjin carian lain. Baris dork ini mampu mencari perincian yang anda berikan dengan super tepat.

Cuma kebiasaannya Google Dork kerap dikaitkan dengan kaedah penggodaman. Biarpun ianya benar, namun Google Dork mempunyai fungsi yang lebih dari itu. Jika anda manfaatkan dengan sebaik-baiknya, anda akan menjadi lebih 'rapat' dengan Google, dan anda dapat mendalami kelebihan Google yang satu ini. Antara yang anda boleh lakukan ialah:

1. Mencari Mp3 Dengan Mudah:

“?intitle:index.of?mp3 cromok“

site:mediafire.com cromok


Meskipun banyak terdapat diluar sana akan blog-blog yang memberikan pautan untuk muat turun Mp3 secara percuma, namun tidak kurang juga laman-laman penipu yang menyebarkan virus atau menipu wang anda. Google Dork di atas juga boleh digunakan untuk mencari fail pdf, fail arkib seperti rar atau zip, dengan hanya mengganikan 'mp' kepada 'pdf' atau 'rar'. Gunakan Google Dork untuk carian tepat dan terus, atau anda boleh juga gunakan kata kunci seperti ini:

cromok deafening silence full album mediafire download

Mudah dan berkesan untuk mencari album penuh, atau boleh juga untuk mencari filem-filem yang anda minati. Nyatakan secara terperinci akan apa yang anda hendak cari. Google akan paparkan hasil carian terbaik mengikut 'permintaan' anda.

2. Mencari Contoh Resume Atau Dokumen Peribadi

Errr.. Google Dork ini, boleh digunakan untuk tujuan baik mahupun sebaliknya. Terpulang kepada anda akan bagaimana cara untuk anda 'memanfaatkannya'.

intitle:”curriculum vitae” “phone * * *” “address *” “e-mail”

filetype:xls inurl:”email.xls”

intitle:index.of finances.xls

Sekarang anda sudah nampak di situ? Google Dork bukan sekadar 'mencari maklumat sulit untuk menggodam'. Ia boleh digunakan untuk membantu kerja-kerja harian kita sekiranya digunakan dengan betul. Jangan sempitkan pemikiran mengaitkan Google Dork dengan penggodaman, biarpun kita tahu fakta bahawa Google adalah sahabat terbaik penggodam.

Sekian. Jumpa lagi!
Powered by Blogger.