Problem event name: StartupRepairOffline? Macam Mana Nak Buat?

Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Baiklah. Setelah saya melihat masalah yang dihadapi oleh along iaitu tidak dapat boot kan windows 7 di sebabkan oleh windows 7 miliknya adalah versi tiruan. Jadi di sini saya hanya ingin berkongsi bagaimana untuk menyelesaikan masalah ni. Secara jujurnya saya tidak pernah menghadapi masalah ini, entri yang saya tulis ini berpandukan dari satu forum ni iaitu techsupportforum. Jadi jika ada salah silap di dalam entri ini harap di maafkan. Niat saya hanya ingin berkongsi.

Pertama sekali, berdasarkan apa yang along tuliskan di komen di [Tinjau] Windows 8 Consumer Preview. Dia telah restore windows 7 miliknya tetapi tetap tidak dapat menyelesaikan masalahnya. Gambarnya seperti di bawah:

Okay punca kepada masalah ini mungkin cakera keras(hard drive), atau DVD driver milik along ada kerosakkan.

Jadi cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan cuba menggunakan bootable disk yang lain untuk melihat sama ada ianya dapat menyelesaikan masalah ini dengan menghapuskan segala punca yang yang menyebabkan kerosakkan.

Ada dua bootable hardware diagnostics yang boleh di gunakan :
  • Bootable Memory Diagnostics
  • Bootable Hard Drive Diagnostics

Apa yang anda perlukan adalah:
  • satu CD kosong
  • komputer atau laptop yang mempunyai hubungan internet di mana anda boleh memuat turun fail, burn fail kepada CD. (Tidak semestinya perlu menggunakan komputer anda yang tidak boleh boot itu.)
Langkah-langkahnya adalah:

1)Muat turun fail iso yang anda ingin gunakan untuk membaiki komputer atau laptop anda.
    Ini untuk Bootable Memory Diagnostics
  • MEMDIAG

Cara untuk melihat jenis dan pembekal cakera keras anda:
Untuk WinXP

- Dalam Windows XP - Pergi ke Start...Run...and taipkan "devmgmt.msc" (tanpa ada quote itu) dan tekan Enter. Tekan pada tanda + bersebelahan dengan Disk Drives dan gunakan Google untuk mencari informasi yang telah di senaraikan di situ). Juga cari informasi berkaitan USB, eSATA dan 1394 peranti(devices). Sambil itu, anda menguji mana-mana dan semua peranti storan(sorage device) (menghapuskan apa-apa pemacu kilat(flash drive))

Untuk WinVista/7

-Dalam Windows Vista/7 - Pergi ke Start dan taipkan "devmgmt.msc" (tanpa ada quote itu) dan tekan Enter. Tekan pada tanda + bersebelahan dengan Disk Drives dan gunakan Google untuk mencari informasi yang telah di senaraikan di situ). Juga cari informasi berkaitan USB, eSATA dan 1394 peranti. Sambil itu, anda menguji mana-mana dan semua peranti storan(menghapuskan apa-apa pemacu kilat)

Dari luar laptop atau komputer anda, sila putuskan segala punca elektrik, seperti bateri laptop dan plug yang dipasangkan. Melihat ke dalam untuk mengesan cakera keras(hard drive) dan tuliskan pembuat dan nombor model (walaupun nombor model tidak diperlukan bagi ujian, ia akan membantu anda untuk mengenal pasti cakera keras yang mana perlu digantikan jika ujian berkata bahawa cakera itu rosak). Juga cari informasi berkaitan USB, eSATA dan 1394 peranti. Sambil itu, anda menguji mana-mana dan semua peranti storan(menghapuskan apa-apa pemacu kilat)


2)Tekan apa sahaja key yang boleh buka bios komputer atau laptop anda. Kemudian jadikan CD Drive anda itu kepada tempat di atas sekali bagi boot device.(Kira atas hard drive anda la). Tujuannya supaya anda dapat boot CD anda itu.
  • HP/Compaq - Esc (starting to use F9 also) (F10 will usually access BIOS)
  • Dell - F12 (F2 will access BIOS)
  • Gateway/eMachines - F10 (moving to F12 with newer models) (F2 will access BIOS)
  • Acer - F12 (not always) (F2 will access BIOS)
  • Toshiba - F12 (older systems will be different)
  • Sony - usually will boot to CD, may ask you to "Press any key to boot from CD"
  • Asus - Esc (F2 will access BIOS)
  • Samsung - Esc (F2 will access BIOS)
  • Nokia - F12 (F2 will access BIOS)
  • Lenovo - F12 (?Del wil access BIOS)
3)Baiklah setelah boot kan CD itu.

Bagi Bootable Memory Diagnostics(memdiag)

-Anda hanya perlu ikut saja apa yang di suruh di paparan skrin itu. Jalankan test untuk minimum menggunkan 3 pass. Tetapi ada juga yang menngalakkan minimum 7 pass. Tak kisah la. Janji and cuba je dulu. Hehe.

-Tetapi jika anda mendapat error semasa didalam prosesnya, anda boleh rujuk gambar-gambar di sini

Bagi Bootable Hard Drive Diagnostics(hddiag)

-Anda ikut sahaja arahan yang dipaparkan di skrin untuk meneruskan prosesnya. Pada kebiasaanya anda jalankan Long/Extended/Complete/Comprehensive/etc test - sebab kemungkinan shorter tests tidak boleh diharapkan sepenuhnya.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Jika anda tidak faham anda boleh pergi ke laman web ini untuk keterangan yang lebih lanjut.
Bootable Memory Diagnostics
Bootable Hard Drive Diagnostics

p/s: jika ada mengalami masalah, cuba selesaikan cara itu dengan berpandukan apa sahaja panduan yang di berikan. Tidak kisah la panduan dari forum, web atau apa2 sahaja. Janji anda mencuba. Walaupun dengan cara format dapat menyelesaikan masalah ini, tidak salah jika kita cuba cara lainkan? NO PAIN NO GAIN. Hee.

Sekian.
Powered by Blogger.