Ubuntu 12.04 Beta 1 Dilepaskan!

Akhirnya! Rilisan beta yang pertama dari jadual rilisan Ubuntu 12.04 telah pun dilepaskan kepada pengguna. Berita baik kepada mereka yang menanti versi beta kepada Ubuntu 12.04 Precise Pangolin, kerana ia kini lebih stabil, lebih pantas, dan lebih banyak kegunaan berbanding versi alpha.

Rilisan beta yang kedua dijangka akan dilepaskan pada 29 Mac ini, dan versi akhir akan dilepaskan pada 26 April 2012.



Berikut ialah video yang menunjukkan beberapa perubahan ketara pada Precise Pangolin:



Heads UP Display (HUD)

Klik kekunci Alt untuk menampilkan HUD.


Unity Lens Baru : Video Lens

Pencarian video di Youtube, Vimeo, Daily Motion, bahkan pada cakera keras anda dipermudahkan lagi dengan ciri Video Lens!


Privacy

Jika pada Ubuntu 11.10 anda sering tertanya-tanya bagaimana cara mudah untuk memadamkan 'History' pada komputer anda, kini dengan ciri Privacy anda boleh memadam pilihan-pilihan yang ada dengan mudah sekali.


Banyak lagi ciri-ciri baharu pada Ubuntu 12.04 Beta 1 ini. Anda kena muat turun, pasang, dan rasakan sendiri pembaharuan yang dibawakan.

Muat turun Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Beta 1 di sini : Download



Sumber berita dan gambar dari :
OMG! Ubuntu!
Powered by Blogger.