Ubuntu 12.04 Beta 2 Dilepaskan!

Ubuntu 12.04 telah dilepaskan semalam (29hb 3 2012) dan ini merupakan rilisan beta terakhir sebelum rilisan stabilnya dilepaskan kepada pengguna. Ini merupakan antara rilisan beta yang paling super stabil pernah Mr.Hac cuba.

Antara pembaharuan jelas yang boleh dilihat ialah:

1. Persekitaran dekstop Unity 5.8 yang telah ditingkatkan.
2. Animasi pada HUD dan juga sokongan pada perubahan launcher.
3. Unity quicklist


4. Tema yang diperbaharui.
5. Ralat pada sekuriti dan pepijat yang telah diperbaiki.
6. Prestasi dan kestabilan yang semakin baik.
7. Libre Office dan Firefox telah dinaiktaraf.
8. Sokongan berbilang (multi) monitor.
9. Ubuntu One klien desktop berasaskan Qt.

Sila tonton video dari OMG! Ubuntu! ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas:




Rilisan seterusnya iaitu versi stabil dijangka akan dilepaskan pada 26 April 2012. Sama-sama kita nantikan rilisan super gempak ini!

Muat turun di sini : Ubuntu 12.04 Beta 2

Sedang mendonlod dengan gembira! Haha!



Sumber gambar dari Web Upd8.
Powered by Blogger.